Berniaga ni bagi saya banyak sangat cabaran. Antara cabaran yang selalu di hadapi adalah dari kawan2 sendiri. Dan semuanya bergantung pada kita bagaimana nak hadapinya.
Cerita saya..
Masa saya mengimport baju dari China dan menjual disini, saya tidak ada rakan kongsi. Saya sendiri menguruskan semua benda kecuali ada beberapa orang yang membantu, dan bukannya rakan kongsi. Tiba2 bila kita dah berjaya sikit, terdengar cerita orang tu mengaku rakan kongsi, orang ni mengaku partner malah yang lebih hebat lagi mengaku jadi bos kepada saya sendiri.
Ada yang bila bisnes kita maju, kita pon berceritalah pada dia tentang perkembangan bisnes kita yang semakin maju. Pergi ke China pon semakin kerap. Sebulan 2 - 3 kali. Pergi pagi balik malam dah cam pergi ke ipoh je. Maka kawan ni pon selalu dok pinjam duit dengan kita. Bila kita bgth kita pon takde duit sangat, dia pon dok canang yang kita ni meniaga tak pandai. Macam mana berniaga takde untung, asyik abis duit je katanya.
Bila saya beralih arah ke bidang tapak niaga dan mula membuka car boot sales, timbul pulak cerita bisnes kita dah lingkup sampai terpaksa berniaga tepi jalan. Ada yang memandang lekeh pada pekerjaan sebegini. Bila jumpa kawan, sembang pon dah macam kita ni teruk sangat.
Ada yang tak percaya saya graduan Universiti Malaya apabila dok sembang dan bercerita tentang tapak niaga tepi jalan. Ada yang bila kita sembang tentang bisnes car boot sales, persepsi rakan terus berubah. Dia kerja pejabat dengan berseluar slack dan baju kemeja berbutang di lengan sedangkan kita hanya keluar pakai tshirt dan jeans lusuh.
Teruskan melangkah. Kalau boleh jauhkan dari orang negatif, kita jarakkan diri. Bukan memutuskan silaturrahim, kita masih berkawan, tetapi mungkin tak serapat dulu. Kadang2 benda begini yang menyebabkan pemikiran kita 'down'.
Fokus pada bisnes kita. Jangan peduli apa orang kata. Bukan mereka yang akan bayar bil letrik kita bila dah kena potong. Bukan mereka yang belikan gas bila dapur kita tak berasap. Bukan semua kawan yang negatif, ramai kawan2 saya yang baik hati dan bijak bistari. Cuma ada seorang dua sahaja yang wajar saya jarakkan diri. - Wan Tampin