PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menafikan dakwaan seorang wanita di laman Facebook kononnya terdapat kes difteria di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, lapor Harian Metro.
Beliau menerima khabar angin berkenaan semalam yang kononnya Putrajaya mencatatkan kes difteria pertama semalam.
"Setakat ini, tiada kes yang disahkan (difteria di Putrajaya)," katanya melalui akaun Facebooknya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa rakannya yang bertugas di Hospital Putrajaya memaklumkan bahawa terdapat kes difteria di Putrajaya. Wanita itu menyarankan rakan-rakannya yang bertugas di Putrajaya berhati-hati dan elak bawa anak-anak ke tempat sesak terutamanya di shopping mall.
Perkara itu kononnya juga 'disahkan' oleh seorang doktor pakar seperti yang tersebar dalam screenshot perbualan WhatsApp.