Berita Hangat!!! Konstabel polis tidak mengaku rasuah

Tags



Butterworth: Dua konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menerima dan meminta suapan sebanyak RM480 pada Jun tahun lalu.
Mohd Nashriq Ismail, 24, dan Mohd Aizuddin Abdul Aziz, 26, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.
Pada 28 Jun 2014, Mohd Nashriq dan Mohd Aizuddin didakwa menerima suapan RM180 sebagai dorongan untuk tidak membawa pengadu dan pasangannya ke Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) kerana berdua-duaan di tempat gelap di Taman Permainan Lorong Lintang Bulan, di sini, pada 11 malam.
Kedua-dua tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan meminta suapan RM300 daripada pasangan berasingan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada hari sama, 9.45 malam.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.
Julie Lack menetapkan 5 Oktober hadapan sebagai tarikh serahan dokumen serta lantikan peguam, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amin Yaacob.


loading...