Padah Berus Gigi Lebih 3 Kali Sehari




Tadi ada seorang pesakit perempuan, 56 tahun, datang sebab sakit gigi. Katanya sangat sakit bila gigit makanan keras, sakit bila berus, sakit bila minum. Dia juga pernah terasa sakit sehingga terpaksa mengambil panadol. Pesakit ini jenis yang sangat jarang mengambil ubat tahan sakit.
“Kalau skor 1-10 (paling sakit), puan skor ke berapa?” soal saya.
“Lapan,” jawabnya.
“Selalu ke sakit?” untuk kepastian.
“Selalu,” katanya.
Bila saya periksa, apa yang saya nampak ialah gigi dan mulutnya sangat bersih. Tetapi secara general, ada lengkuk yang dalam di permukaan gigi terutamanya gigi taring dan gigi-gigi seterusnya. Ada pula gigi yang sebahagian akarnya sudah terdedah. Semua gigi ini tiada hitam-hitam caries.
Apa yang berlaku sebenarnya? Mari saya ceritakan.
Kesan lengkuk di permukaan gigi itu, namanya lelasan/hakisan (abrasion). Sebab apa? Sebab terlalu rajin memberus gigi lebih tiga kali sehari. Selain itu, menggunakan berus yang kasar. Kita wajib menggunakan berus gigi yang soft sahaja.
“Bersih ke Doktor kalau guna berus gigi soft? Macam tak berkesan saja?”
Bersih. Percayalah, guna berus gigi soft, dengan cara memberus yang betul. Rujuk video di laman Youtube, Modified Stillman’s Method of Brushing. Untuk kanak-kanak, Circular Method.
Nampakkan lengkuk tu. Yang oren2 mcm berkarat sikit tu bahagian akar yang sepatutnya terlindung dengan gusi
Nampakkan lengkuk tu. Yang oren2 mcm berkarat sikit tu bahagian akar yang sepatutnya terlindung dengan gusi
Lama-lama slim macam ni. Ini dah tak lama dah ni...
Lama-lama slim macam ni. Ini dah tak lama dah ni…
Dari kiri kekanan, nampak progres. Dari peringkat awal semapi ke peringkat kronik. Jadi ingat, pergi belajar di YouTube: Modified Stillman's Method of Brushing. Kalau nak saya ajar, mari datang ke Klinik Melaka-Manipal Medical College
Dari kiri kekanan, nampak progres. Dari peringkat awal semapi ke peringkat kronik. Jadi ingat, pergi belajar di YouTube: Modified Stillman’s Method of Brushing. Kalau nak saya ajar, mari datang ke Klinik Melaka-Manipal Medical College
Lelaki dan orang tua amnya, suka berus yang berbulu kasar. Tuan-tuan dan puan-puan, tukar ya. Sekarang anda mungkin tidak nampak kesannya tetapi lama kelamaan kelak, lapisan gigi semakin haus dan masalah besar bila hypersensitivity. Nak makan sakit, minum pun sakit, terkena sejuk pun sakit. Apa pun tak boleh.
loading...

Lelaki Putus Tunang Akibat Harian Metro Siarkan Gambar Dirinya Sebagai Penjenayah




Seorang lelaki mendakwa telah putus tunang, hampir dibuang kerja serta keluarganya menerima kecaman akibat gambar dirinya digunakan oleh Akhbar Harian Metro sebagai seorang penjenayah.
Dalam laporan berita jenayah di Metro Ahad bertajuk “Mizan Gemuk Diburu”, gambar Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman difahamkan telah ditulis sebagai “suspek utama cuba merempuh anggota polis yang mengejarnya”.
Namun beliau menafikan sebarang kaitan dirinya dengan berita tersebut.
Merujuk salinan laporan Polis yang ditunjukkan kepada EdisiRakyat.com, Ku mula menyedari perkara tersebut selepas dihubungi oleh salah seorang rakannya bernama Nebi Habul B Yusman melalui aplikasi Facebook messenger.
lelaki-putus-tunang-akibat-harian-metro-siarkan-gambar-dirinya-sebagai-penjenayah1
lelaki-putus-tunang-akibat-harian-metro-siarkan-gambar-dirinya-sebagai-penjenayah-1

Ku kemudiannya pergi mendapatkan naskhah akhbar Metro Ahad yang bertarikh 25 September 2016.
Beliau mendapati paparan berita bertulis “Polis cari anggota Geng Rizal Kundang bolos ketika dikejar” ditulis oleh Fardi Bungga dan Faliq Lajim (am@hmetro.com.my) pada halaman enam telah menggunakan gambarnya dengan tulisan tertera dirinya sebagai “Suspek utama cuba merempuh anggota polis yang mengejarnya”.
Ku yang menetap di Pulau Pinang, turut melahirkan rasa tidak puas hati di dalam laporan itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.
Beliau yang mendakwa dirinya mengalami trauma yang teruk akibat laporan itu, mahu pihak Harian Metro memperbetulkan kesilapan tersebut.
loading...

TERBONGKAR KEKAYAAN MELAMPAU PELAKON POPULAR AIDIL AZIZ CUBA TENGOK ASET DAN HARTA LUAR JANGKA AIDIL DILUAR NEGARA INI SELEPAS BELIAU DI TANGKAP POLIS MEMANG KALAH DATUK VIDA BEB





Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28. ditahan bersama dua lagi suspek di sebuah kediaman di Jalan Ampang pada jam 12.40 tengahari, Ahad dan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan.

Menerusi salinan laporan polis yang diterima Astro Gempak, ketika serbuan pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.

Selain itu turut ditemui lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok ganja, tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Dua suspek yang ditangkap bersama Aidil ialah seorang penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36 dan pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez, 33.


fg.jpg

loading...

Perompak Dungu Larikan Mesin Kemas Kini Buku Akaun Disangka Mesin ATM




Empat perompak berputih mata selepas tersilap membawa lari mesin kemas kini buku akaun bank yang disangka mesin pengeluaran wang automatik (ATM), baru-baru ini. AGENSI
MUMBAI 26 Sept. – Mungkin kerana faktor kurang ilmu, sekumpulan pencuri di India terpaksa berputih mata selepas mereka tersilap melarikan sebuah mesin mengemas kini buku bank yang disangka mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam satu kejadian dekat Guwahati, Assam, baru-baru ini.
Portal mid-day melaporkan, mesin yang dilarikan empat pencuri itu sebenarnya adalah sebuah mesin kemas kini buku akaun bank milik Bank Negara India (SBI).
Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku setelah kumpulan pencuri itu yang memecah masuk bangunan SBI di Binovanagar gagal membezakan antara mesin ATM dan mesin kemas kini buku akaun bank.
Pencuri yang dikenal pasti sebagai Sahab Ali, Saiful Rahman, Mainul Haque dan Saddam Hussain kemudiannya nekad melarikan mesin kemas kini buku akaun tersebut.
Bagaimanapun, belum sempat melarikan diri, mereka diberkas anggota polis yang sedang membuat rondaan.
Ketika ini, kebanyakan premis bank di India turut menempatkan mesin ATM bersama mesin kemas kini buku akaun bagi memudahkan urusan pelanggan.
Kesilapan kumpulan pencuri itu membuktikan mereka tidak terdedah kepada perkembangan teknologi semasa.
loading...

Onani Dan Seluar Ketat Punca Dara Wanita Jadi Rosak




Dalam istilah Kedoktoran, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.
Letaknya di antara 1 atau 2 cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit / semilunar dan mempunyai pemisah (septum).
Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologinya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia memiliki “beban yang berat” kerena dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan. Selain berhubungan intim ternyata selaput dara juga bisa pecah, hal-hal yang menyebabkan selaput dara pecah antara lain:
  • Adanya benda tajam atau tumpul yang menembusnya.
  • Terjatuh
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
  • Masturbasi
  • Perawatan yang dilakukan pada liang vagina
  • Gangguan penyakit pada saluran vagina
  • Kecelakaan dan aktivi berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Memakai jeans ketat boleh menjadi penyebab kepada JANGKITAN FARAJ. Jeans ketat seperti skinny jeans (juga legging dan seluar dalam) mengurangkan pengaliran udara ke kawasan faraj. Ini meningkatkan tahap kelembapan di sekitar faraj dan vagina, seterusnya menyediakan kawasan perumahan yang sesuai untuk yis, bakteria, virus dan parasit.
Selain jeans ketat, jangkitan pada kawasan vulvovagina (atau vulvovaginitis) juga berlaku kerana :
  • Tahap estrogen yang rendah di kalangan wanita-wanita yang sudah mengalami putus haid (menopaus) menyebabkan vagina kering.
  • Alergik kepada buih sabun, pembersih faraj dan wangian Tahap kebersihan yang rendah di kalangan kanak-kanak
  • Jangkitan daripada pasangan melalui aktiviti seks (sexually transmitted disease – STD)
Ajarlah anak-anak atau adik-adik anda untuk membasuh kawasan kemaluan dari depan ke belakang bukan sebaliknya, kerana dikhuatiri kuman dari saluran dubur akan menjangkiti faraj. Vulvovaginitis adalah jangkitan yang kerap ditemui di kalangan kanak-kanak kerana pH vagina masih tidak sesuai untuk menghindari jangkitan kuman.
Antara tanda-tanda yang perlu kita sebagai perempuan ambil tahu ialah :
  • Gatal-gatal di sekitar kemaluan
  • Ruam panas
  • Keluarnya cecair dari faraj
  • Vagina berbau
  • Tidak selesa atau sakit ketika melaksanakan hajat kecil
Perhatikan warna cecair faraj sama ada hijau kekuningan, putih atau kekelabuan. Periksa cecair yang keluar dari kemaluan anda selepas hubungan kelamin, terutamanya jika baunya hanyir seperti ikan.
loading...

Benarkah Wanita Tidak Digalakkan Memakai Coli Ketika Tidur. Ini Jawapannya




Selalu kita dengar tentang saranan untuk wanita supaya tidak memakai bra semasa tidur. Artikel kami sebelum ini ada berkongsi yang Penyelidik Sydney Singer menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara digalakkan memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Oleh itu menurut penyelidik tersebut, waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah dengan tidak memakai bra ketika tidur.
Bagaimanapun, saranan memakai bra ketika tidur untuk mengelakkan payudara kendur seperti yang disarankan lagenda Hollywood Marilyn Monroe mungkin membuatkan anda berasa ragu-ragu terhadap pendapat untuk tidak memakainya ketika tidur.
Menurut Dr. Amber Guth , profesor bersekutu pembedahan dan pengarah Breast Cancer Surgery Multidisciplinary Fellowship di NYU Langone Medical Center, tidak ada bukti yang kukuh tidur dengan bra akan memberi manfaat atau berbahaya terhadap kesihatan payudara , malah kesan payudara mengendur boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kehamilan dan penyusuan bayi selain faktor usia dan graviti.
Pakar pembuat coli, Linda Becker pula berpendapat, graviti merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi masalah payudara kendur. Jadi individu yang memakai coli lebih lama (lebih dari lapan jam) akan mendapat manfaat ini kerana payudara mereka mendapat sokongan yang lebih lama.
Jadi mana saranan yang betul sebenarnya? Pakai atau tidak?
Menurut Linda, ianya bergantung kepada saiz payudara anda sendiri. Jika anda memiliki saiz cup A dan B, mungkin tidak perlu. Namun jika anda memiliki saiz payudara yang lebih besar, anda mungkin perlu memakai coli semasa tidur untuk memberi sokongan dan keselesaan semasa tidur. Bgaimanapun anda disarankan untuk tidak memakai bra dengan sokongan underwire (dawai) kerana ia boleh memberi kesan kerengsaan sebaliknya pakai coli jenis soft-cup.
Jadi menurut laporan ini, memakai bra ketika tidur tidak membawa kepada risiko kanser payudara . Jadi pakai atau tidak semasa tidur adalah pilihan anda dan ianya bergantung kepada keselesaan sendiri.
loading...

‘Betul Ke Kalau Orang Itu Suka Jalan Menonggek, Maksudnya Ada Cacing Dalam Dubur?’




Betul ke klu suka tonggek atau gatal lubang dubur…ada CACING? Betul ke mkn ubat cacing waktu BULAN TURUN?….”
“Doc ada apa benda bergerak2 di dubur anak saya? Doc pun cek….masyallah cacing terkodek2….apa lagi doc kapit dgn forsep & tarik keluar….hi hi hi..panjang mcm “mee”. Ibu nya rasa geli & termuntah2. Pernah kes seorg kanak2 gatal punggung..doc touch…tu dia cacing kerawit ramainya keliling lubang jubur berdisco!!…hi hi hi.
A.Doc nak bagi info hal cacing untuk rakan fb doc:
1. Jangkitan cacing berlaku drp pencemaran tanah yg tercemar dgn telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yg X dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dlm usus anda.

2.Ingat cacing hidup dlm badan semua manusia…kanak2 atau anda yg dewasa yg rendah immune & kebersihan x dijaga.

3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1thn 6 bln. Ubat Albendazole/Mebendazole yg hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pd cacing & cacing kehilangan tenaga & KO.

4.Cacing bkn dlm usus saja. Tpi boleh merayap ke – mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.

5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda spt kucing /anjing & lain2 binatang peliharaan..

B.Tanda-tanda anda ada infeksi cacing:-
* Keluar cacing drp lubang najis, atau nampak cacing pd najis.
* Gatal dubur.
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah krn ada cacing yg hisap darah anda.
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan wlpun selera makan adak
* Menggisir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sbb cacing di paru2.
C. Cara-cara elak jangkitan cacing.
* Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan.
* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum mkn.!!
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
* Pakai kasut bila keluar rumah sbb ada cacing blh masuk menerusi kulit anda.
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dgn teliti terutama yg dimakan mentah.
* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang mkn ubat cacing !
betul-ke-kalau-kanak-kanak-suka-menonggek-ada-cacing-dalam-dubur1

D.Kesan sampingan infeksi cacing.
1. Perut tersumbat dgn cacing. Tak blh berak. Muntah x henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.
3. Cacing yg banyak pd usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dr lubang dubur.
4.Ada cacing hisap darah kita mcm dracula & menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.
Jgn pandang acuh tak acuh..Bahaya tak cacing ni ??
Nak habak ni…Petua Tok nek kata:
Jangan mkn kelapa..nanti cacing dlm perut. Nak bunuh cacing :
1.Makan buah tomato mentah atau
Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.
Ada soalan, silakan. Insyallah lapang doc jwpkan.
loading...

7 Sikap Wanita Melalui Cara Berjalan




1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
loading...

Cara Paling Berkesan Untuk Putihkan Ketiak Yang Hitam




Wahai para wanita, jangan pandang ringan.Walaupun kedudukan ketiak agak tersembunyi, tetapi kesan gelap di kawasan ketiak ini mampu mencacatkan penampilan dan boleh membuatkan anda hilang keyakinan diri.
Bagi yang suka memakai baju tanpa lengan pastinya ia menjadi masalah besar, tidak terlepas juga kepada yang berhijab dan sudah bersuami. Sememangnya anda akan berasa malu jika sang suami melihatnya. Jangan terkejut jika tiba-tiba suami mati selera tatkala melihat ketiak adan yang berkarat itu.
Rawatan memutihkan ketiak berkarat di pusat kecantikan kadangkala cukup mahal. Malangnya, tak semua cara itu kurang berkesan. Lagipun kebanyakannya banyak menggunakan krim pencerah yang ada bahan kimia sehingga menimbulkan kesan sampingan berbahaya kepada kesihatan. Sebenarnya ada cara putihkan ketiak semulajadi yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jom, semak!

1. Lemon

Buah lemon mudah didapati di pasar atau pasaraya. Kandungan vitamin C yang tinggi dan amat bermanfaat sebagai pemutih semulajadi. Keberkesanannya untuk memutihkan kulit sangat bagus dan membuatkan kulit segar. Cara putihkan ketiak adalah dengan melulur lemon pada ketiak setiap hari. Selain memutihkan, lemon juga akan membantu membersihkan sisa sel kulit mati dan mampu membuat tubuh menjadi lebih wangi.

2. Mentimun

Mentimun merupakan buah yang sangat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit dan juga dapat digunakan untuk memutihkan kulit ketiak. Dengan menggunakan mentimun, noda hitam di kawasan ketiak dapat disamarkan dengan cara menghaluskan timun. Kemudian sapukan dikedua-dua belah ketiak. Lakukan dua kali dalam seminggu.

3. Kunyit

Rasanya ramai sudah tahu manfaat kunyit pada kecantikan wanita. Kunyit juga boleh dipakai sebagai lulur untuk ketiak yang gelap. Caranya ialah dengan menyapukan serbuk kunyit di kawasan ketiak. Biarkan beberapa saat kemudian bilas. Lakukan setiap hari untuk hasil yang mengagumkan, malah ia juga membantu mengatasi bau badan.

4. Yogurt & Limau Nipis

Campurkan yogurt asli dengan beberapa titis limau nipis. Kemudian aplikasikan bahan ini sebagai scrub di bahagian ketiak dan biarkan selama 10 minit. Bilas menggunakan air sejuk dan Insyaallah ketiak akan lebih putih apabila dilakukan secara rutin setiap minggu.

5. Yogurt & Susu

Yogurt dan susu mengandungi asid laktat yang dapat dijadikan sebagai pemutih semulajadi kulit tidak terkecuali pada kulit di bahagian ketiak. Campurkan dua sudu yogurt dan tiga sudu susu. Kemudian gaul sebati dan sapukankan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang sejam. Kemudian bilas dengan air suam.

6. Kulit Limau

Sediakan kulit limau terlebih dahulu, kemudian keringkan kulit limau di bawah cahaya matahari. Parutkan kulit limau tersebut dan campurkan dengan sedikit susu dan air mawar. Gaul sehingga ia berbentuk pes. Gunakan sebagai skrub selama 10 minit dan bilas dengan air sehingga bersih.

7. Ubat Gigi

Ambil ubat gigi dan sapukan pada hujung jari anda. Kemudian sapukan ubat gigi pada kawasan ketiak dan biarkan selama 15 minit. Lakukan cara ini secara rutin untuk hasil yang maksimum.

8. Minyak Kelapa & Kulit Limau

Minyak kelapa kaya kandungan vitamin E dan bermanfaat untuk kecantikan. Vitamin E dapat melembabkan kulit. Apabila vitamin E dikombinasikan dengan vitamin C maka kesannya adalah lebih bagus karana dapat digunakan untuk meningkatkan kolagen dan mencerahkan kulit di bahagian ketiak. Pertama kisar kulit limau bersama beberapa titis minyak kelapa kemuadian sapukan di bahagian ketiak.

9. Baking Soda

Bukan hanya untuk membuat kuih sahaja, baking soda juga mampu untuk dijadikan skrub untuk menanggalkan sel kulit mati yang ada pada kulit ketiak. Buatlah pes daripada baking. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu. Apabila ketiak sudah kelihatan cerah, sebaiknya berhenti menggunakan baking soda karana akan menyebabkan iritasi jika terlalu kerap dipakai.

10. Menggosok Ketiak

Menggosok ketiak adalah salah satu cara memutihkan ketiak. Penggunaan deodorant supaya badan tidak menimbulkan bau yang tidak sedap akan meninggalkan kesan pada kulit ketiak, maka dari itu rajinlah menggosok ketiak ketika mandi untuk menanggalkan kesan deodorant yang menyumbat pori–pori kulit ketiak.
loading...

8 Bahaya Menelan Sperma Suami Yang Perlu Anda Tahu




Beberapa khabar angin mengenai sperma sering bermain di telinga masyarakat, sperma di katakan baik untuk kesihatan. Malah ada pula yang mempercayai kalau menelan sperma boleh menjadikan wanita lebih awet muda. Kebanyakkan wanita mula mengamalkan cara tersebut yang masih tidak di ketahui khasiatnya dan keberhasilannya sebelum melakukan penelitian serta menguji hal tersebut.
Tapi adakah menelan sperma ini salah? Jika anda melihat dari sudut kandungannya, sperma memang bukan merupakan racun kepada tubuh badan kita. Di dalam sperma terdapat banyak zat gizi dan nutrisi yang baik untuk memberikan kita zuriat. Tapi adakah khasiat tersebut mampu di serap secara terus oleh tubuh badan kita?
Sperma yang masuk ke dalam tubuh akan hilang kandungan dan nutrisinya ketika sampai ke sistem reproduksi. Cairan sperma ini juga di kenali sebagai seminal fluid.
Sememangnya sperma merupakan zat yang mengandungi gizi serta kaya dengan nutrisi yang sihat untuk manusia. Tapi adakah ini bermakna sperma boleh di makan?
Wanita yang menelan sperma dengan sengaja sememangnya memberikan kesan yang positif. Salah satunya adalah memberikan kepuasan yang tersendiri kepada lelaki dan wanita. Manakala secara psikologi, pengaruh kepada perkara di atas mampu memberikan kebahagian kepada pasangan tersebut berkekalan. Bukan kerana wanita itu memakan sperma tetapi rasa bahagia dan memiliki antara satu sama lain serta saling menerima apapun yang dimiliki oleh pasangannya.
Jika di nilai dari bahayanya, pastilah memang ada. Cuba semak semula kenyataan mengenai bahaya menelan sperma seperti berikut:

Penyalur infeksi penyakit

Sememangnya penyakit itu boleh di jangkiti oleh sesiapa saja dan tidak kira di mana pun termasuklah melalui pasangan anda. Jika di dalam tubuh pasangan anda terdapat virus yang telah dijangkiti, termasuk pula sudah di jangkiti pada sperma yang ada dalam penis. Maka ketika sperma yang telah dijangkiti virus tersebut masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan anda sendiri yang sakit.
Oleh kerana yang masuk itu merupakan sperma, maka biasanya penyakit yang tersebar juga berkait rapat dengan masalah penyakit seksual. Seperti penyakit raja singa, sifilis dan sebagainya. Mengerikan bukan?

Risiko tinggi jika tekak anda sedang sakit

Lebih tinggi lagi risiko anda akan di jangkiti timbul jika ternyata tekak anda sedang sakit. Terkena radang atau kerana terdapat luka di dalam tekak. Misalnya jika terdapat kesan luka di permukaan kulit tekak, ketika sperma masuk ke dalam mulut lalu ditelan akan menyebabkan rasa sakit. Ditambah lagi jika sperma yang ditelan tadi mengandungi zat yang tidak baik seperti kualiti sperma yang rendah dan sebagainya. Malah akan lebih berbahaya lagi jika pasangan anda mengalami gangguan pembiakan. Anda juga pasti akan dijangkiti dengan penyakit tersebut.

Kemungkinan rasa loya dan muntah

Air mani yang di miliki oleh lelaki mengandungi banyak protein, maka air ini akan agak berbau sedikit. Beberapa wanita mengaku merasa loya ketika mahu mencuba untuk memasukkan air mani pasangannya ke dalam mulut untuk di telan. Adakah rasanya sedap? Entahlah tapi yang jelas untuk mereka yang tidak tahan terhadap baunya mengaku bahawa air mani tersebut mampu membuatkannya muntah darah.

Terkena selesema

Risiko lainnya adalah terkena jangkitan selesema. Beberapa orang yang mengaku alergi terutamanya pada protein. Mereka akan menunjukkan reaksi selesema ketika air mani ini sudah terhidu pada hidungnya. Jika sememangnya dia tetap memaksa untuk memakan air mani tersebut maka berkemungkinan dia akan mengalami demam dan suhu badan yang meningkat naik.

Sakit kepala

Walaupun tidak semua orang mengakuinya, tetapi terdapat banyak kes yang menyatakan begitu. Mereka yang memakan sperma mengakui sering sakit kepala. Terasa pening sampaikan wajahnya menjadi pucat. Ini menjadi salah satu bentuk gejala psikosomatis bagi mereka yang sebenarnya merasa jijik pada sperma. Reaksi ini timbul secara natural tanpa di sengajakan. Sebagai salah satu respon penolakkan benda asing yang hendak di makan.

Bukan merupakan minuman yang bersih

Beberapa orang mengaku bahawa air mani atau sperma yang di hasilkan oleh lelaki bukanlah merupakan air yang bersih. Maksudnya adalah air mani yang ada merupakan kelenjar yang di gunakan untuk menghasilkan sel telur yang ada di dalam perut. Maka tak sepatutnya untuk di gunakan secara bebas, apatah lagi sampai di minum. Walaupun itu merupakan sperma suaminya sendiri. Tapi kejadian ini membuatkan seorang wanita mengalami psikosomatis ketika mendengar atau melihat seseorang yang menelan air mani pasangannya.

Berisiko untuk mendapat penyakit yang berbahaya

Merasa ngeri? Sememangnya boleh membahayakan jika dengan menelan sperma saja boleh mengakibatkan meninggal dunia. Ada terdapat beberapa kes setelah pasangan tersebut melakukan oral seks, ada khabar angin mengatakan bahawa yang meninggal dunia tersebut merupakan wanita. Setelah di siasat, tenyata bahawa lelaki yang di ajak melakukan seks oral tersebut menghidap penyakit yang berbahaya. Kesan meninggal ini boleh terus di alami oleh wanita tanpa jangka waktu yang lama. Beberapa penyakit yang di ketegorikan berbahaya di sini adalah merupakan gejala hepatitis, HIV/ AIDS, dan sebagainya. Oleh itu, jika anda tidak yakin dengan kesihatan pasangan anda, tidak perlulah susah-susah nak melakukan oral seks terhadap mereka.

Menjadi trauma

Sperma sememangnya menjadi cairan yang membuat beberapa orang menjadi ketagihan dan ingin menelannya lagi. Tapi jarang pula lelaki pun menelan spermanya sendiri. Mereka yang memiliki keberanian besar dan di dorong dengan perasaan yang ingin tahu sahaja yang sanggup cuba menelan spermanya.
Sedangkan wanita yang melakukan oral seks, secara tidak langsung juga akan menelan sperma tersebut. Jika ekspektasinya terlalu berlebihan sperma memiliki rasa yang enak, tapi ternyata dugaannya salah. Sperma yang berjaya masuk ke dalam mulutnya memiliki rasa yang pahit. Malah boleh menyebabkan wanita tersebut merasa loya dan muntah. Dia tidak mungkin akan mengulangi perbuatannya itu di kemudian hari. Inilah yang dikatakan menjadi trauma tersendiri.
loading...

(GAMBAR) Wanita Cantik Yang Dikatakan Bakal Isteri Zamani Slam





Zamani Slam merupakan penyanyi bersuara lunak yang baru-baru ini menjadi tumpuan media. Kini cerita terbarunya ialah Zamani dikataakn sedang mengenali hati budi seseorang dan bakal berkahwin.

Mengakui mereka sudah lama berkawan, Zamani Slam tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut apatah lagi untuk mendedahkan bakal isterinya.

Sebelum ini, Zamani memang pernah menyatakan bahawa dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya.


Bagi Zamani, dia tidak mahu memperbesarkan kisah perancangan perkahwinanannya kerana bimbang tidak menjadi pula. Selain itu, dia mahu menghormati keluarga kedua belah pihak.


Ini komennya:

“Asalnya dia ialah peminat saya dan Slam, seterusnya membantu menguruskan kelab peminat saya. Bermula dari situ, kami berkawan rapat malah dia juga banyak menyokong jatuh bangun saya dalam industri ini,” 

“Saya perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan enggan membelakangkan mereka. Saya perlu dahulukan mereka sebelum memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media mengenai perkara ini. Lagipun saya baru saja berbaik-baik dengan keluarga”

“Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan kembali hubungan yang kembali terjalin dengan berita seperti ini. 

“Sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, saya tidak akan sorok. Saya akan akan beritahu pihak media dan juga peminat,” 





Zamani Slam merupakan penyanyi yang mempunyai suara cukup merdu di Malaysia ini.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya, kini Zamani Slam mula bertapak semula di dalam industri seni dan kariernya semakin baik.

Sementara itu, terdapat sedikit gosip tentang kisah kehidupan peribadi Zamani.

Jika sebelum ini, Zamani pernah akui rapat dengan seorang wanita  namun penyanyi ini masih merahsiakan identiti wanita terbabit

Kini wartawan mStar Online ada menunjukkan gambar wanita terbabit yang juga peminatnya.

Memang cantik orangnya.

loading...

AL-FATIHAH! Pakar Ilmu Fekah Malaysia Meninggal Dunia




KUALA LUMPUR: Seorang pakar ilmu fekah, Ustaz Mohd Fadzli Al Yamani meninggal dunia tidak lama selepas mendarat di Lapangan Terbang Guangzhou di China, tengah malam tadi.

Allahyarham yang juga tetamu jemputan rancangan Tahsin Ibadah di Radio IKIM bersama 28 pendakwah lain ke Guangzhou untuk mengambil lima kanak-kanak Cina Muslim untuk ditempatkan di Madrasah Al Yamani di Kampung Baru, di sini.

Anaknya, Muhammad Abdurrahman, berkata bapanya disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam tadi waktu tempatan.

"Arwah rebah di lapangan terbang semasa menunggu bas untuk ke hotel. Tiba-tiba sahaja arwah jatuh dan mengalami sawan sebelum ambulans tiba 10 minit kemudian dan pegawai perubatan mengesahkan kematiannya.

"Arwah tiada sejarah sakit jantung dan doktor mengesahkan ia kematian mengejut," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Muhammad Abdurrahman berkata, keluarganya masih berbincang dengan Kedutaan Malaysia di China serta Persatuan Penduduk Muslim di Guangzhou mengenai urusan pengebumian Allahyarham.

"Kami akan mengumpul pelajar Malaysia beragama Islam di Guangzhou untuk membantu menguruskan jenazah. Pada masa sama, beberapa masjid di Malaysia juga akan mengadakan solat jenazah ghaib selepas Maghrib nanti," katanya.
loading...

Selalu Gunting Rambut Di Kedai Mamak, Anda Wajib Baca Perkongsian Doktor Ini !!!




Selalu Gunting Rambut Di Kedai Mamak, Anda Wajib Baca Perkongsian Doktor Ini !!! |Kalau anda pernah gunting rambut di kedai barber,direntap dan dipusing tengkuk selepas usai menggunting rambut memang perkara biasa yang sering dilakukan oleh mereka. Betul?


1 11 22 33wefef

loading...

Suami Tampar Aku, Aku Tampar Dia Balik. Ini Cara Aku Ajar Suami Aku !!!




 Kisah ini merupakan satu kisah benar yang telah dinukilkan menerusi laman IIUM Confession. Berkisarkan tentang seorang isteri yang dipukul oleh suami. Setiap kali dipukul oleh suaminya, wanita ini akan terus membalasnya. Kalau ditampar dia akan tampar semula suaminya. Bila suami tanya kenapa isteri berbuat demikian? Ini jawapan isteri.


1 2 3
loading...

APA MOTIF DATUK SHAKE KELUAR DEWAN OGY AHMAD DAUD



Kuala Lumpur: “Saya tegur perkara yang betul dan tak tahu kenapa pengetua (Datuk Shake) keluar dari dewan. Saya hanya sentuh bab persembahan dan bukannya vokal,” kata Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Ogy mengenai insiden dia memarahi seorang peserta Akademi Fantasia 2016, Ahad lalu.

Dia diundang ke program realiti itu sebagai juri jemputan kategori persembahan.
Ogy berkata, dia menegur dan mahu memperbetulkan persembahan Asha, 20 atau nama sebenarnya Siti Aishah Abdul Rahman.

“Dia menyanyikan lagu Elergi Sepi dendangan asal Azharina Azhar tetapi persembahannya macam Mulan Jamela.

“Melodi Elergi Sepi digubah dengan cukup menarik oleh Edry Abdul Halim tetapi di manakah letaknya kebijaksanaan dan kreativiti Asha ketika menyanyikan lagu itu.

“Saya mesti berkata benar. Lirik Elergi Sepi menceritakan kesilapan yang dilakukan seorang wanita dan dia meminta maaf. Mood lagu itu sepatutnya sedih tetapi Asha jadikannya gembira.

“Mereka berada dalam akademi untuk belajar dan jangan hanya mengharapkan menang undi. Cuba tengok kembali peserta yang menang kerana undi. Kebanyakannya tidak berjaya dalam industri, katanya.
Ogy semakin berang apabila ada peserta yang bersikap sambil lewa dan tersenyum ketika dikritik.
“Ketika saya belajar berlakon dulu nak tengok muka cikgu pun takut. Inikan pula nak tersenyum-senyum memang nak cari nahas. Bagi saya mereka tak serius belajar.

“Apabila ditanya, mereka tak faham apa itu seni. Saya memang tak boleh tahan dengan orang yang mempermain-mainkan seni”, katanya.

Ogy berpendapat hanya dua peserta menampilkan persembahan yang bagus iaitu Kareshma Martin John Patrick (Reshma) 18 dan Mohamad Amal Shafiq Osman (Amal), 26.

Amal jujur dalam persembahannya dan Reshma pula serius belajar,” katanya.
Konsert mingguan AF2016 diadakan di Auditoriam Majlis Bandaraya Shah Alam.
loading...