Duduk Dengan Kakak Di KL Kena Bayar RM500. Tak Cukup Dengan Tu Aku Kena......




Lepas aku baca confesion yang lebih kurang sama pasal mak yang suka maki-maki anak, mak yang suka sumpah anak, mak yg tak hormat suami sendiri, aku tak sangka ada jugak mak jenis yang sama macam tu dan ada jugak yang senasib mcm aku. Dan aku bersyukur atas hikmah yang terjadi.

Tapi kalau cerita pasal mak dan kakak skali kat sini aku rasa akan jadi panjang, dan sebab tu aku cerita pasal kakak shj. Aku anak bongsu daripada 5 org adik beradik. Dua lelaki tiga perempuan, dan 2 je belum berkhawin termasuk aku. Kakak merupakan ank kedua, dan dia kiranya kakak sulung sebab paling atas abang long. Aku perempuan umur 25, bukan UIA hanya lepasan politeknik. Adik beradik semua okay, hubungan akrab antara satu sama lain. Tapi akrab mcm mana pun mestilah ada yg terasa hati. Dan aku terasa hati dgn kakak sulung aku sendiri. Kakak sulung antara yg senang antara yg lain. Yg lain bukan susah mana cuma tak mewah. Aku tulis confesion ni sebab nak tau apa pendapat korang. Perlukah aku terasa hati atau benda nih normal sebenarnya?



Dan skg bila dah kerja, aku duduk menumpang rumah dia. Budak fresh grade dgn gaji RM1800, tolak epf tinggal RM1500. Duduk KL tp kerja dekat kota kemuning. Ye, memang jauh tapi aku tau susah nak dapat kerja jadi mmg x boleh memilih. Aku teruskan untuk dapat experience dan mana tahu dpt rezeki lain. Dan dgn takde transport aku apply loan keta. Ni pun kakak aku yg bertegas suruh amik keta. Alhamdulillhah lepas, dan tinggal lah RM950 untuk byr ptptn, saving, bagi mak abah, minyak tol, hulur sikit dkt kakak, dan selebihnya duit utk survive sampai hujung bulan. Oh ya aku ingatkan tak perlu lah bayar sewa sebabkan dah menumpang rumah family sendiri. Tapi aku silap, kakak minta duit sewa RM300. Aku terasa dan tak sangka. Kebanyakan kawan2 yg duduk menumpang rumah kakak/abang sendiri semua tak byr sewa mcm aku. Ckup lah sekadar menghulur duit dan aku pn tak pernah tak hulur duit. Sebab aku tau aku menumpang. Dan bila kawan2 tau aku menumpang rumah kakak, semua perli untunglah tak pyh bayar sewa rumah. Jimat sikit. Aku hanya terdiam, klau cakap aku pun kena byr sewa mesti diorg pelik nanti.

Alhamdulillah kerja okay, dan gaji naik sikit. Masa nih aku dah lega sangat sebab dah boleh bernafas takdelah cukup2 makan nak bayar sewa, kereta. Tapi bila dia tau gaji naik, dia naikkan sewa bilik RM500. Katanya tu rate duduk KL, mana nak dapat bilik mcm tu harga RM500. Aku hanya tersenyum dan terpaksa akur. Dan kenapa aku tak pindah? Aku kesian dgn anak2 kakak aku ditinggalkan dgn maid. Atleast aku boleh tolong jagakan diorng kalau dua2 busy. Aku bertahan sbb diorang dan aku rasa mcm pentingkan diri kalau keluar dari rumah tu.

Tak cukup dgn tu, aku kena byr pulak setiap bulan RM200 untuk rumah yg baru dibeli. Rumah ni rumah kedua family kitorang. Bayar yang ni aku tak kesah sgt, sbb adik beradik yg lain dh byk keluar duit kecuali kakak sulung. Bila ditanya kenapa aku kena bayar? sbb komitmen skg pun dah kira byk bagi gaji yg tak seberapa je ni. Untuk rumah je dah keluar RM700. Dan dia jawab, zaman dia tlg fmly dah habis, skg zmn aku pulak. Pdhl yg aku ingat entah celah mana dia tolong family. Akhirnya aku akur. Aku tak kesah bayar, sebab ni kiranya tanggungjwb semua. Tapi yg aku berharap ialah dia kurangkan sikit sewa bilik tu. Takkan nak charge adik sendiri pn sampai RM500. Aku tak pernah berkira dgn anak-anak dia. Aku sll entertain, kadang2 terpikir jgk nak layan anak dia mcm mn dia layan aku masa kecik. Tapi aku tak sampai hati.

Dan sebenarnya byk lagi tapi aku dah malas nak taip. Bila birthday, aku tak dapat hadiah tapi yg lain dapat hadiah best-best. Klau ada benda dia nak jual atau bagi, dengan aku aku kena bayar. Yg lain klau nak takpayh bayar pn takpe. Yes benda kecik. Tapi lama-lama benda ni dh menggunung dan membuatkan aku persoalkan kenapa dia mcm berkira sangat dgn aku.
Sekian itu sahaja dan terima kasih kerana membaca. – Lina via IIUM.





loading...

[VIDEO] : 2 Wanita Curi Coklat Sumbat Dalam Seluar Dalam




Moscow: Two women recorded closed circuit television (CCTV) stealing candy and chocolate in a supermarket with a strange way when stuff it into her panties.

Two women wearing short dresses seen hovering around the route which showcases sweets and chocolate before turning their clothes and hid the loot in her underwear.

A woman was also seen moving his body as possible to ensure that the situation may be more comfortable with candy in her underwear before they get out of the supermarket.

No supermarket staff seem at the time.
Local media reported that police are hunting two women and footage of the incident as an attempt to track them.
A social media users who viewed the footage, said: "It's good to steal them. Maybe they had to practice a long time to get used to. "


loading...

'Maafkan Sayang Bang...Tolong Jangan Buat Macam Ni.. Sayang Janji Tak Buat Lagi...'




KISAH ini terjadi pada dua bulan lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.


Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat.
Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya. Saya masih ingat raungan isteri saya ketika itu,
"Ampunkan sue bang (Bukan nama sebenar)..Tolonglah jangan buat buat sue macam ni..Demi Allah sue sudah insaf"

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.

Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.
Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

loading...

Tak Payah Jumpa Doktor ! Inilah Cara SENANG & BERKESAN Nak Hilangkan Karang Gigi Anda !




Rawatan ke doktor gigi memerlukan kos yang tidak sedikit. Nasib baik, ada cara buatan sendiri yang begitu berkesan untuk bersihkan gigi anda. Berita baiknya iaitu, cara ini benarbenar alami.

Karang gigi adalah masalah yang paling umum yang dihadapi kebanyakan orang bila bercakap mengenai kesihatan mulut. Sudah pasti, karang gigi tak terlihat indah serta tak disukai keberadaannya.

 Jika anda tak berusaha membersihkannya, hal semacam ini boleh menyebabkan jangkitan yang disebut juga dengan periodontitis. Namun tenang saja, dengan cara-cara di bawah ini, anda boleh merontokkan karang gigi dengan mudah serta cepat. Cara ini tidak akan menyebabkan kesan sampingan serta boleh digunakan oleh semua orang.

Salah dalam memberus gigi serta flossing tak teratur juga boleh menyebabkan plak serta pembentukan karang gigi. Ini bakal bikin nafas anda jadi tidak enak serta bikin gigi anda kuning atau coklat. Namun dengan trick di bawah ini, anda tidak perlu takut lagi.

Cara 1:
Kunyah beberapa biji bijan, namun janganlah ditelan. Lalu, berus gigi anda sehingga bersih dengan berus kering. Biji bijan bakal gosok gigi anda serta menghilangkan karang dari gigi anda.

Cara 2:
Cara yang satu ini sangat simpel. Pakai garam sebagai pengganti ubat gigi. Lalu, kumur dengan air sejuk. Lakukan ini 2-3 kali seminggu untuk hasil yang
maksimum.

loading...

TERKINI ! Akhirnya Hup Seng Sendiri Tampil BIDAS Siapa Yang Bakar Biskutnya




PETALING JAYA – Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa produk keluarannya, termasuk Krim Kraker Istimewa Ping Pong tidak selamat untuk dimakan.

“Mengenai kes biskut terbakar, kami ingin mengumumkan bahawa ia adalah ciri-ciri produk yang mengandungi tepung gandum dan minyak di mana ia boleh terbakar.

“Namun begitu, keupayaan untuk terbakar tiada kait-mengait ataupun mempunyai kesan pada keselamatan makanan tersebut. Krim Kraker Istimewa Ping Pong Hup Seng adalah selamat untuk dimakan,” kata syarikat ini dalam satu kenyataan.

Syarikat ini mengeluarkan kenyataan berikutan video yang mendakwa biskut atau produk keluaran syarikat ini disalut dengan plastik.

Video ini telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Emo-ji pada 29 Julai di mana telah membakar biskut itu dan mendakwa ia mungkin mengandungi bahan sintetik dan tidak selamat untuk dimakan.

Hup Seng berkata klip video itu bertujuan untuk menjatuhkan imej serta nama baik syarikat.

Menurut kenyataan itu, ujian makmal pada tahun 2011 menunjukkan bahawa tidak ada plastik yang dikesan dalam Kraker Istimewa.

“Baru-baru ini, kami telah menghantar Krim Kraker Istimewa untuk ujian makmal bagi mengesan ‘plasticizers’ sekali lagi dan akan mengumumkan keputusan sebaik sahaja ianya diterima,” katanya.

loading...

NGERI ! Suami Dipancung, Isteri Ditetak Sampai Mati Hanya Kerana 90 Sen !

NEW DELHI: Seorang lelaki dipancung dan isterinya ditetak hingga mati selepas berlaku pergelutan dengan pekedai runcit pada Khamis, lapor pihak berkuasa di India.

Pembunuhan itu berlaku di daerah Mainpuri, Utara India berdekatan Uttar Pradesh. Pasangan yang berada dalam kasta terendah hierarki India tersebut dikatakan telah berhutang dengan pemilik kedai yang dikenali Ashok Mishra sebanyak 90sen (15 rupee) dan mereka tidak mampu untuk membayar semula wang tersebut.

Pasangan mangsa yang dibunuh kerana hutang di India.

Menurut polis, saksi yang berada di tempat kejadian berkata pasangan Bharat dan Mamta meminta untuk tangguhkan bayaran sehingga hujung bulan kerena belum menerima gaji sebagai pekerja buruh.

Selepas pertengkaran berlaku sehingga pukul 6 pagi, Mishra pulang ke rumah untuk mengambil kapak dan menyerang pasangan itu sehingga mati.

"Masih tidak jelas sama ada pemilik kedai itu mempunyai dendam ataupun tidak terhadap pasangan berkenaan.

"Penyerang telah membuat pengakuan jenayah kepada polis dan peranan isterinya dalam kejadian ini masih belum jelas. Kami sedang menyiasat.

"Kami juga sedang menyiasat beberapa saksi untuk mengetahui mengapa tidak ada orang yang cuba untuk menghentikan tindakan suspek," kata pegawai polis, Digambar Kushwaha.

Tambahnya, suspek turut memberitahu polis bahawa pasangan itu turut didera secara lisan olehnya.

Penyerang dan isteri telah ditangkap dan senjata yang digunakan dalam serangan itu telah dirampas.

Menurut pihak berkuasa, Bharat dan Mamta meninggalkan empat orang anak dan tiga daripada mereka masih di bawah umur.

loading...

SAH ! Akhirnya Bekas Ahli Kongsi Gelap Sendiri DEDAH Siapa Yg Ditugaskan Untuk TEMBAK Geng Satu Hati Ni




KUALA LUMPUR: 'Fin', itu gelaran anggota kongsi gelap yang sanggup melakukan apa sahaja untuk geng mereka, termasuk membunuh.


'Fin' dianggap seperti komando yang berani mati dalam menjalankan setiap arahan atau tugasan yang diterima, termasuk membunuh. - Gambar hiasan

Bekas anggota sebuah geng di ibu kota, yang mahu dikenali sebagai 'Dino' berkata mereka yang digelar 'Fin' ini, akan bertindak lebih ganas dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap sesiapapun yang disasarkannya.

"'Fin' bererti penyudah atau pengakhiran dalam Latin dan itulah maksud mereka terhadap mangsa.

"Mereka ini dianggap seperti komando yang berani mati dalam menjalankan setiap arahan atau tugasan yang diterima," katanya.

Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, boleh dikatakan semua kumpulan kongsi gelap mempunyai pembunuh mereka sendiri.

Dia percaya pembunuhan seorang lelaki yang dikata ketua geng 'Satu Hati' di Setapak Rabu lalu adalah perbuatan Fin.

"Memang tugas Fin menakutkan kumpulan lain yang mungkin mahu menceroboh kawasan geng mereka," kata Dino.

Katanya kawasan ditakluk geng dikenali sebagai 'port'. Kumpulan berkenaan mengutip wang perlindungan serta menjalankan pelbagai aktiviti haram di kawasan itu.

'Peperangan' berlaku ketika satu geng cuba merampas port kumpulan yang lain, tambah Dino, yang sekarang bekerja sebagai 'bouncer' di kelab malam.

"Pergaduhan berlaku hampir setiap minggu. Biasanya jika bergaduh, hanya senjata tajam digunakan...tetapi sejak kebelakangan ini banyak kumpulan telah memiliki senjata api kerana harganya murah dan ia mudah didapati ", katanya.

"Kebanyakan mereka mendapatkan senjata api ini dari Thailand yang diseludup melalui 'jalan tikus' dengan harga antara RM1,000 dan RM20,000 bergantung kepada jenis senjata," katanya.

Dino berkata dia terpengaruh untuk menyertai geng lima tahun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Pada mulanya, memang saya tidak berminat langsung untuk menyertai kumpulan ini...tetapi saya perlukan duit...lagipun ketika itu saya tergoda dengan sebuah filem tempatan menayangkan kehidupan kumpulan kongsi gelap," katanya.

"Tugas saya mudah...mengugut dan memukul orang dan jenayah dadah...saya mendapat wang tunai beribu ringgit," katanya

loading...

Kalau Dah Ajal, Hajat Terakhir Anggota Polis Tak Kesampaian




Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, Mohd Zabani Zakaria, 25, meninggal dunia dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi.

Katanya, motosikal yang ditunggangi anggota itu melanggar sebelah kanan lori sebelum terjatuh lalu digilis kenderaan lain.

"Mangsa adalah konstabel yang kini bertugas di Balai Polis Batu Feringgi, Pulau Pinang.

"Difahamkan, mangsa akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 31 Ogos ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Md Zukir berkata, akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

loading...

[VIDEO] Seorang Warga Emas Di Gigit Seekor Anjing Yang Ganas. Jika Korang Lemah Semangat DILARANG Sama Sekali Tengok!





loading...

AWAS ANAK DARA! Batal Perkahwinan Kerana Si Perempuan Tak Pandai Masak



Assalamualaikum admin, mohon postkan confession ini sebagai pengajaran untuk semua. Cerita yang saya nak kongsikan ini bukanlah tentang diri saya tetapi tentang kawan saya yang sepatutnya bernikah syawal ini. Namun terpaksa dibatalkan kerana si perempuan tidak pandai memasak. Ya, bunyinya agak kolot bagi saya juga.

Ceritanya bermula bila aku menjadi orang tengah untuk kawan saya dan bekas tunangnya ini. Saya yang perkenalkan mereka. Saya kenal perempuan itu dan dia memang baik orangnya. Bab agama pun lulus dah. Bab muka pun boleh tahan. Pandai bergaul dengan orang-orang tua, malah dengan budak-budak kecil pun dia pandai bergaul.  Mungkin sebab dia datang dari keluarga yang besar.

Selepas saya memperkenalkan mereka, memang jatuh hatilah kawan saya ini pada perempuan itu (kawan saya juga). Iyelah, kita mestilah nakkan yang terbaik kan untuk kawan sendiri dan saya pun memperkenalkan mereka berdua sebab saya rasa mereka berdua ini secocok, sama-sama baik dan sama-sama padan. 

Nak dijadikan cerita, setelah beberapa bulan (hampir setahun juga, 7-8 bulan agaknya?) mereka berkenalan, berkawan, kenal hati budi masing-masing, yang lelaki pun ada juga datang bertandang ke rumah perempuan ini. Kiranya nak mencuri hati keluarga dan mak ayah perempuan itu. Saya menjadi tukang temannya. Hahaha!

Keluarga perempuan semua okay dengan lelaki, tiada masalah. Melihat pada 'lampu hijau' dari keluarga si perempuan, kawan saya pun membuat keputusan untuk mengahwininya. Dia pun berbincang dengan saya. Saya pun kenal dia, memang jenis yang bertanggungjawab dan matang orangnya. Tiada masalah untuk dia berkahwin walaupun kami baru berusia 23 tahun. 

"Okay, kalau kau rasa benar-benar nak berkahwin dengan dia," kata saya padanya. 

Dia punya muka, toksah cakaplah senyum sampai telinga bila parents dia pun beri keizinan untuk berkahwin.

Maka datanglah rombongan meminang si perempuan. Masa ini saya temankan kawan saya ini. Dia tak ikut mak, ayah dan saudaranya pergi. Dia punya tak senang duduk itu, masyaAllah! Berdebar agaknya nak tahu si perempuan terima atau tidak. Saya tak tahulah perasaan itu macam mana, belum merasa lagi. Hahaha! 

Jadi, mereka pun bertunang. Tempoh bertunang sudah ditetapkan selama 3 bulan. Mak dia kata sempatlah dalam tempoh itu nak berkenalan dengan menantu perempuannya itu. 

Saya dengan kawan saya ini agak rapat. Hampir kesemuanya kami kongsi bersama-sama. Jadi sepanjang dia bertunang, sayalah yang membantu dia menyelesaikan apa-apa masalah. Sepanjang tempoh itu juga, mak kawan saya ini selalu juga menjemput si perempuan datang ke rumah. Mereka luang masa bersama-sama, nak berkenalan kan? Tiba-tiba sampailah satu hari ini, berbaki sebulan lagi sebelum mereka bernikah, bulan puasa yang lalu, memang kalut jugalah saya tengok kawan saya nak siapkan semua benda. 

Mak kawan saya ajak si perempuan datang ke rumah. Kali ini bukan luangkan masa seperti biasa. Kali ini dia interview si perempuan tentang memasak. Kawan saya ini pandai memasak, masa itulah maknya tahu yang tunang anaknya itu tidak pandai memasak! Bagi saya, ini perkara kecil sahaja. Tetapi tak tahulah mungkin sesetengah orang, perkara seperti ini terlalu penting untuk dia. 

Mak kawan tak adalah angin ke apa, cuma dia ada sindir.

"Buat apalah nak isteri tak pandai masak, nanti suami saja yang kena memasak," bakal ibu mertuanya.

Saya yang terdengar pada masa itu pun, "Eh eh makcik ini?" muka kawan saya pun berubah sebab macam tak percaya yang ibunya berkata seperti itu. 

Kawan pun back up la tunang dia tetapi mak dia memang berkeras tak suka orang yang tak pandai masak. Bergaduh jugalah kawan saya dengan mak dia. 

"Kakak ipar kawan mak semua pandai masak, bolehlah nak diharap. Kalau yang tak pandai masak, nanti balik tak masak, anak dia nak makan juga isteri dia masak," kata maknya.

Saya tepuk dahi saja pada masa itu. Kawan saya dah tak mampu nak kata apa dah. Maka rancangan pernikahan mereka dibatalkan semata-mata perempuan ini tak reti memasak. Lagipun, siapa yang selesa kalau nak kahwin tetapi mak sendiri tak suka dengan pasangan kita? 

Saya pula yang emosi pada masa itu sebab memasak ini semua orang boleh belajar. Master Chef Kids pun wujud, maknanya semua orang boleh belajar memasak. Jadi, kalau dia tak reti memasak, apa masalahnya? Suami dialah yang tolong ajarkan dia memasak dan kenapa tidak gunakan peluang itu untuk mak mertua ajar anak menantu memasak? Dalam masa yang sama juga boleh merapatkan hubungan kan? 

Zaman sudah berubah agaknya. Kadang-kadang perempuan sekarang tak reti memasak bukannya apa, bayanglah duduk di kampus/kolej, mana boleh memasak di bilik? Lainlah kalau mereka yang duduk di rumah sewa. Duduk di kolej memang beli makanan di kedai saja. Itu tak campur lagi faktor lain seperti dia jarang balik ke kampung sebab jarak kolej dengan kampung yang jauh, tambang balik mahal, berapa kali saja dalam setahun dia balik rumah merasa pergi ke dapur? 

Ada juga yang bila cuti berbulan itu pergi buat kerja part time. Balik kerja, mak dia sudah sediakan makanan. Sabtu, Ahad sekadar tolong sikit-sikit di dapur. Itu pun tak cukup lagi untuk buat seorang perempuan itu terus pandai memasak. 

Makcik, kadang-kadang bukan orang tak teringin nak belajar memasak, tetapi kalau dah tak ada masa, macam mana? Saya benar-benar beremosi sebab kawan saya yang juga anak dia sendiri pandai memasak, tak ada hal pun. Pandailah budak itu ajar isteri dia masak.

Kadang-kadang mak-mak ini melampau . Jadi kawan saya sekarang ini masih bujang lagi. Tak apalah, bukan jodoh dengan perempuan itu agaknya. Nasib baiklah masa batalkan itu dengan cara yang baik, tak ada masalah gaduh-gaduh dan mereka pun masih berkawan seperti biasa.

Dari dulu saya geram kalau mak-mak yang suka bangkitkan perkara remeh seperti ini. Zaman mereka lain, zaman sekarang lagilah lain.

Akhir katam janganlah jadikan perkara remeh ini sebagai masalah besar. Tak pandai masak, bukannya tak boleh belajar. Nanti dah kahwin, belajarlah memasak dengan pasangan. Bukannya susah sangat pun. Lelaki pun satu hal, saya malu betullah dengan kaum saya yang suka merendah-rendahkan perempuan yang tak pandai masak. Eh kau dah kenapa? Bukan tanggungjawab dia sekadar nak bagi kau makan. Apa salahnya kalau kau pun nanti masak sama-sama dengan wife kau? Sebab saya pernah jumpa lelaki yang melayan isteri dia macam hamba, bukan sebagai isteri. Kerja nak suruh isteri masak saja dan dia tak tolong pun. Yang dia tahu perut dia buncit dengan makanan.

Pleaselah hadam apa yang saya cuba sampaikan. 
loading...

'Bayar Pelamin Mahal-Mahal Sampai RM 3,900 Tapi Dapat Pelamin Macam RM 390 Je !'





'Bayar Pelamin Mahal-Mahal Sampai RM 3,900 Tapi Dapat Pelamin Macam RM 390 Je !'

"Yg atas tu,,salah 1 contoh pelamin yang saya minta,, Yang bawah tu,,pelamin yang saya dapat..

1-pelamin jauh sekali,,indah khabar dari rupaa,,bunga putih tak ada 1 johor katanyaaa..

2-baju nikah perempuan,,sendat,,saya size 46,,dier bagi size 42,,sebab yg size 42 tu size paling besar katanyaa..

3-baju nikah lelaki besar pulakk,,bahu jatuh,,kate nyaa,,nk kecik kn,,tapi,,tiba masa,,tak kecik kan pon..

4-accessories nikah,,katanyaa tertinggal,,tapi saya pakai accessories berinai punya..

5-baju berinai ok..

6-baju outdoor perempuan,,saya minta baju merah cili,,manik2 putih,,tapi yang dier bagi,,baju merah,,manik ala2 coklat ker ape x tawu lah kan..

7-baju outdoor lelaki,,merah maroon,,so x same kale ngan baju saya,dier cari baju kemeja merah cili,,1 johor x ada,,katanyaaa..padahal,,melambak2 kemeja merah kat johor ni..

8-photographer memang termasuk dalam pakej,,free katanyaa,,tapi,,saya dapat album kecik,,yang x lengkap,,tanpa gambar pelamin,,gambar pelamin semua nyaa tak cantik katanyaa,,blurr..page 1 ada gambar,,page 2 n 3 x de gambar,,lain2 ade gambar,,tengah2 x de gambar,,n belakang ade lah dlm 10 page,,tak ada gambar..(album DIY sama mcm saya punya yang ada kat rumah,,tapi size album saya besar selikit drpd album yang dier bg)

9-payung pengantin pon tak hadooo..

10-bunga tangan sanding pon tak hadooi,,yg hado tu,,sy bawa yg outdoor pnye,,tpi bridal x de pesan ape2,,klau sy x bawa,,mkne nye,,time sanding,,sy x ada bunga..

11-pendrft saya dapat kosong.. tak ada gmbar,,kata nye,,tersalah bg pndrft..

Tapi saya tak diman nak yang sebiji perfect mcm dlm gmbar,,cukup seakan2,,n putih semuaa..

12-mula2 sy nak alas meja potong kek kain sequin,,dier kata ade,,boleh..tapi dier pakai meje kecik yg tolak2.. OMG..

13-photographer sy pon kene tipu dengan bridal.

Apa pendapat korang?! Apa patut buat kalau korang kene macam ni?! Sekian terima kasih.."

loading...

Isteri MENGERANG Sakit Telinga. Apa Yang Doktor Keluarkan Dari Telinga Isterinya Sangat MENGEJUTKAN !!!




Isteri MENGERANG Sakit Telinga. Apa Yang Doktor Keluarkan Dari Telinga Isterinya Sangat MENGEJUTKAN !!!

Cotton but adalah alat untuk kita mengorek telinga, namun seringkali kita dengar mengorek telinga menggunakan cotton but dapat membahayakan telinga.

Disini kami kongsikan pengalaman seorang netizen yang mengalami kesakitan di telinga setelah menggunakan cotton but. Moga boleh dijadikan pengajaran

1-2.jpg


2-2.jpg


13754439_531326263732903_515394488988403


3-1.jpg


4-1.jpg


5-1.jpg




loading...

MOHON JANGAN DIABAIKAN DOA Untuk MENGELUARKAN JIN MAKHLUK HALUS Atau RACUN-RACUN ILMU SIHIR ATAU SANTAU Dari Badan Manusia. Tolong SEBARKAN




Salam kepada pembaca yang budiman.

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.

1. Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.

Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1. SURAH ASY SYUARAA’: AYAT 95 hingga 118.
1026-AsSyu%2527ara%2528074-136%2529-vert


2. SURAH AR RA’D: AYAT 30 hingga 34.
013-Al%2527Arad%2528029-042%2529.jpg


3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.

3.jpg


4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.

4.jpg


5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118,

023-AlMu%2527minun%2528105-AnNur010%2529


loading...