Berita Terkini! - Diperkosa ‘kekasih’ teman serumah

Tags


Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 22 tahun bukan saja disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di rumahnya di Jalan Changkat Thambi Dollah di Pudu, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa menyangka suspek teman lelaki rakan sebiliknya.
Menurut sumber, mangsa yang baru pulang ke rumah mendakwa hendak ke bilik air sebelum melalui kawasan dapur.
“Dia (mangsa) melihat kelibat seorang lelaki tetapi tidak mengendahkannya kerana sangkakan individu terbabit adalah teman lelaki rakan serumahnya.
“Sebaik keluar dari bilik air, mangsa mendakwa sekali lagi melalui kawasan dapur berkenaan untuk ke biliknya sebelum dihampiri suspek,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek kemudian meletakkan pisau di badan mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan wang tunai dan barang kemas miliknya.
Katanya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee untuk siasatan dan tindakan lanjut.
loading...

Berita Terkini! - Remaja 13 tahun rogol adik perempuan 8 tahun setelah menonton video lucah

Tags


BLACKBURN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Blackburn, England telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.

Budak  yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.

Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'.

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau,  manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .

Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'.

"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.

"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.

Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah.

Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.

Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.

Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.

Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.
Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua  yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian."

Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.

"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.

"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya.
loading...

Berita Terkini! - Najib kena saman dengan ahli Wanita UMNO Langkawi

Tags


KUALA LUMPUR: Satu saman difailkan seorang ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Anina Saaduddin ketika ditemui berkata, dia tidak gentar jika dikenakan tindakan oleh parti.

"Saya buat ini demi parti. Saya rasa bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan ahli UMNO dan juga rakyat Malaysia," katanya.

Saman tersebut meminta Najib menjelaskan perihal penerimaan derma politik bernilai RM2.6 billion dalam akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun sudah menjelaskan wang itu bukan untuk kepentingan peribadi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga berkata, sumbangan daripada penyokong biasanya dimasukkan ke dalam akaun parti atau akaun peribadi milik individu yang amat dipercayai dalam sesebuah parti untuk digunakan bagi kerja-kerja politik.

''Tiada undang-undang di Malaysia yang melarang parti politik daripada menerima sumbangan daripada penyokong mereka sendiri dan itu bukan satu kesalahan," katanya.

Dalam saman berkenaan, Anina turut menamakan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusof  sebagai defendan kedua.

Dia juga memohon perintah injunksi bagi menghalang UMNO mengambil tindakan ke atasnya selagi saman tidak dibatalkan.

Pada 9 Ogos, Anina dalam Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Langkawi telah menyuarakan kekecewaan terhadap Najib serta mendakwa mendapat sokongan dari kesemua ahli UMNO.
Pada 3 Ogos, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan wang yang diterima Najib adalah derma politik oleh penderma dari Asia Barat.

Malah, menurut agensi anti rasuah negara itu, sumbangan berkenaan telah disahkan tiada kaitan langsung dengan 1Malaysia Development Berhad.
loading...

Berita Terkini! - Kahwin Impian Zizan

Tags


JIKA ada yang tidak tahu sebelum ini Zizan Razak ada memberitahu dia mempunyai perancangan untuk berkahwin di usia 30 tahun. Bagaimanapun disebabkan kisah cintanya putus di tengah jalan akhirnya dia tidak menolak tiada lagi perancangan sebenar yang dia akan menamatkan zaman bujang kini. Namun menyorot perasaan hati, Zizan tidak mahu menipu diri bahawa berkahwin kini menjadi impian utamanya, selepas melihat keadaan kerjaya yang semakin stabil.
“Saya akui berkahwin adalah impian utama saya kini, namun dalam masa yang sama saya juga masih mencari waktu yang sesuai untuk ke arah itu.
“Soal bersedia atau tidak jika tiba waktunya nanti saya akan berkongsi juga,” katanya.
Sekali lagi menjelaskan mengapa dia terlalu berahsia soal pilihan hatinya kali ini, kata Zizan tidak perlu dia mengulangi kesilapan lalu lagi. Jika sebelum ini dia sudah melihat akibat, tentunya kali ini ada cara berbeza yang perlu dipilih.
“Saya pernah ke tahap untuk berkahwin tetapi tidak jadi, maka kita belajar dari situ untuk tidak terlalu berkongsi jika belum pasti.
“Bukanlah niat saya sebenarnya mahu merahsiakan sangat, tetapi ini permintaan keluarga juga. Soal pilihan pula tidak 100% saya tinggalkan untuk keluarga buat pilihan, sebab saya tahu yang akan berkeluarga adalah saya,” katanya.
Dalam ketenangan ini tiba-tiba Zizan digegarkan dengan perkongsian bekas kekasih yang Zizan khabarnya cuba memburukkan keadaan dengan berkongsi kisah tidak benar mengenai perpisahan mereka. Menolak perkara itu sekeras-kerasnya, kata Zizan dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku.
“Saya tidak tahu mengapa dia bertindak begitu, tetapi bagi saya tiada sebab untuk saya bercerita tentang dia memandangkan kami sudah tiada apa-apa hubungan.
“Bagaimanapun harus saya akui perbuatannya ini tidak disenangi saya dan keluarga. Bagaimanapun saya maafkan sahaja apa yang berlaku,” katanya.
Dituduh playboy pada masa yang sama, tambah Zizan itu salah satu tuduhan yang agak menggelikan hati. Enggan ambil pusing, harapnya Emma akan terus bahagia dengan apa juga keputusan diri.
“Kat mana yang boleh kata saya playboy? Cuba kongsi sedikit boleh.
“Saya maafkan sahaja dia dan doakan sahaja dia bahagia. Sebab saya mahu semua orang bahagia dan hanya memberi fokus kepada kehidupan mereka sahaja,” katanya ringkas.
Cabang baharu
Melihat dunia seni sebagai punca utama rezekinya kini, kata Zizan tiada sebab untuk dia takut untuk menceburi bidang perniagaan pula. Sudah mempunyai empat buah restoran dan sebuah kedai serbaneka, tentunya ini satu lagi kejayaan yang di cipta Zizan ini.
“Apa yang saya lihat mengenai perniagaan ini adalah potensi untuk terus berkembang dengan lebih baik pada masa depan.
“Saya pilih Kelantan sebagai lokasi pertama pembukaan Zizan Mart adalah kerana percaya negeri ini bakal membuka peluang yang mudah untuk saya membuka lebih banyak cawangan kelak. Memang saya idamkan untuk membuka tiga buah kedai serbaneka di setiap daerah di negeri ini,” katanya.
Bermodalkan hampir RM200,000 sebagai permulaan, kata Zizan niatnya bukan sahaja untuk menambah pendapatan tetapi berusaha membantu golongan muda dalam mencari peluang perniagaan.
“Saya buat keputusan ini lebih kurang sebulan dengan pertolongan beberapa ahli lembaga pengarah yang berada di bawah Zizan Group kami berbincang mengenai konsep kedai serbaneka ini.
“Akhirnya kami bersetuju untuk memberi kelebihan kepada pembeli melalui penawaran harga berpatutan. Selain itu juga kami sebenarnya mahu membekalkan peluang perniagaan kepada anak-anak muda di negeri ini,” jelasnya.
loading...

Berita Terkini! - Pendapatan pelaburan suku kedua KWSP RM11.41 bilion

Tags


Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendapatan pelaburan sebanyak RM11.41 bilion untuk suku kedua 2015 yang berakhir 30 Jun 2015.
Jumlah berkenaan meningkat 9.73 peratus berbanding RM10.40 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Secara kumulatif, untuk tempoh enam bulan pertama 2015, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM22.04 bilion, meningkat 14.60 peratus berbanding RM19.23 bilion pada 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, strategi mempelbagaikan portfolio adalah faktor utama yang menyokong prestasi KWSP.
"Pengukuhan nilai matawang dolar Amerika Syarikat turut menyumbang kepada peningkatan pulangan pelaburan yang dijana oleh portfolio pelaburan luar negara,”€ katanya.
loading...

Berita Terkini! - Perkeso tidak lindungi pekerja sertai perhimpunan haram

Tags


MARAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan ketika menyertai perhimpunan haram yang diadakan esok dan Ahad ini di ibu negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, perhimpunan tersebut telah pun diharamkan oleh pihak polis dan menjadi satu kesalahan jika ada pekerja yang didapati menyertainya secara sukarela.
"Berdasarkan undang-undang yang ditetapkan, Perkeso hanya melindungi pekerja yang terbabit dalam kemalangan ketika bekerja selain ditimpa kecelakaan dalam perjalanan pergi serta pulang ke tempat kerja masing-masing.
"Melainkan jika mereka ditugaskan atau terperangkap dalam perhimpunan, itu kita akan lihat menerusi akta Perkeso.
"Jika mereka sengaja menyertai perhimpunan haram itu, Perkeso tidak akan melindunginya walaupun berada dalam waktu bekerja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada bakal jemaah haji, pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bantuan cermin mata kepada pelajar miskin serta warga emas dalam Parlimen Maran di sini, hari ini.
Ismail dalam pada itu turut menegaskan pihak kementerian juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan kementerian tersebut yang didapati menyertai perhimpunan haram berkenaan.
"Saya nasihatkan kepada semua jangan sertai perhimpunan itu... banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan," katanya.
Dalam pada itu mengulas mengenai isu pemberhentian 300 pekerja Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah yang tersebar di laman sosial, Ismail berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung perkara itu.
"Kami akan teliti dahulu laporan mengenainya (sebaik laporan diterima) dan akan ambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan itu.
"Kebiasaannya pihak kementerian akan membantu mereka dengan menambah kemahiran baharu menerusi kursus tertentu bagi memastikan mereka mendapat pekerjaan semula," katanya. 
loading...

Berita Terkini! - Ayu Raudhah Tuntut Janji Zaquan

Tags

SATU ketika dulu, wajah aktres jelita, Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar sering kali menghiasi kaca televisyen.

Namun, sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abdul Razak, pada 2011 lalu, Ayu mengambil keputusan untuk menumpukan lebih perhatian kepada keluarga, sementelah dikurniakan dua cahaya mata yang masih kecil.

Dalam kesibukannya menguruskan keluarga, siapa sangka pelakon yang berusia 30 tahun ini berjaya melakar kejayaan tersendiri apabila tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah, pada Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27).

"Sudah tentunya saya terkejut, tergamam dan teruja. Perasaan saya bercampur baur sehingga tak tahu nak cakap apa.

"Alhamdulillah, syukur di atas pencalonan ini. Walaupun hanya tercalon, tapi bagi saya ia bagaikan satu pengiktirafan yang besar apatah lagi ini adalah yang kali pertama.

"Malah, saya juga akan menuntut janji dari suami yang memberitahu akan menemani jika saya tercalon untuk mana-mana anugerah walaupun suami bukanlah seorang yang gemar hadir ke majlis-majlis hiburan," katanya.

Akui rindu untuk kembali berlakon, aktres yang pernah popular menerusi drama bersiri Gemersik Kalbu ini mengakui mula mengehadkan aktiviti seni sejak kelahiran anak keduanya, Muhammad Aisy Aryan yang kini berusia setahun 3 bulan.

"Buat masa ini, saya memang tidak berlakon kerana anak-anak masih kecil dan sedang menyusu badan. Tambahan pula, saya kini menetap di Johor Bharu.

"Jadi, ia menyukarkan sedikit pergerakan saya dan membuatkan saya terus berasa selesa menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh tangga," katanya ketika ditemui Zass.

Jelasnya, keputusan itu dibuat atas kerelaannya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh suaminya.

"Suami adalah seorang yang sangat memahami dan menyokong apa sahaja yang ingin saya lakukan.

"Walaupun tidak berlakon, saya mempunyai perniagaan tudung Zeta En Rawdah di bawah koleksi Padusi yang diusahakan bersama kakak, Rozita Che Wan. Setakat ini, saya lebih selesa berniaga kerana waktunya yang fleksibel.

"Bahkan, kadang-kadang suami akan ke luar negeri kerana tugasnya sebagai pemain bola sepak, jadi saya akan pastikan salah seorang akan ada di rumah menjaga anak," katanya.
loading...

Berita Terkini! - 3 lelaki popular di medan sosial internet

Tags


TIGA orang pemuda 'popular' hari ini selepas didakwa mencuri sebuah motosikal di NU Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Foto ketiga-tiga lelaki berkenaan dimuatnaik oleh pemilik motosikal yang dicuri ke laman sosial Facebook.

"Assalamualaikum 3 orang pemuda ni adalah pencuri moto saya di NU Sentral Kuala Lumpur.. Motor saya telahpun hilang semalam .. Pada hari Rabu 26.08.2015.. Moto saya jenis honda EX5 warna biru K******.. Sesiapa yg mengenali mereka bertiga sila laporkan kepada balai polis berdekatan.. Tolong share please," rayu mangsa.

Foto berkenaan sudah dikongsikan hampir 4,000 pelayar yang lain.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru dari salah seorang rakan mangsa hari ini menunjukkan bahawa motorsikal yang dicuri telah dipulangkan kembali kepada pemilik asal.
loading...

Berita Terkini! - TIKUS makan mata dan jari bayi.

Tags


ANDHRA PRADESH - INDIA . Seorang bayi maut selepas seekor tikus memakan mata dan jari seorang bayi yang baru berumur 10 hari di sebuah hospital, semalam. Tiga kakitangan hospital tersebut digantung kerja berikutan kejadian itu. Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Kerajaan Guntur berkenaan kerana mengalami masalah saluran kencing.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu bayi tersebut, Chavali Lakshmi selepas mendapati jari bayinya mempunyai kecederaan seperti digigit. Mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit.
Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu memerintahkan kejadian tersebut disiasat.
loading...

Berita Terkini! - Budak 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta 1Jam

Tags


Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam kereta selama hampir satu jam di pasar raya di Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 1.20 petang itu, mangsa, Rayyan Ashraf Najiy Ashraf Munawil diletakkan di dalam kereta sementara ibu dan datuknya masing-masing berusia 30-an dan 60-an memasukkan barang yang dibeli ke dalam but kereta.
Kanak-kanak itu dipercayai menekan butang kunci di dalam kereta menyebabkan ibunya gagal membuka kenderaan itu sebelum meminta bantuan orang ramai.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Rozi Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.09 petang dan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba, ibu mangsa dan orang ramai yang cuba membuka pintu kereta memaklumkan bahawa kanak-kanak itu sudah terkunci di dalam kenderaan kira-kira 45 minit.
"Bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta yang mengambil masa selama tiga minit dan dapat mengeluarkan mangsa dengan selamat," katanya.


loading...

Berita Terikin! - Saya Bukan Along Saya Mau Tolong

Tags


Georgetown: “Akak nak bantuan kan, boleh tak ikut cakap saya, lepas akak ikut cakap saya, saya masukkan duit dalam bank akaklah. Kalau nak anak cepat sembuhkan, akak buatlah apa yang saya nak bolehkan, nanti akak siap buat, saya masukkan duit dalam bank akak.
“Akak gosok...tu bolehkan atau akak nak tengok anak menderita sampai bila-bila.” Itulah antara mesej biadab diterima ibu Muhammad Harith Aist Qusairi Mohamad Helmi, 15 bulan, yang menghidap sakit kekejangan otot dan lumpuh atau dikenali Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE), semalam.
Nor Hasmilia Abu Seman, 25, berkata, dia kecewa selepas menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada seorang individu tidak dikenali yang menyatakan mahu membantu tetapi meminta dia melakukan perbuatan tidak senonoh.
“Saya tidak menyangka ada individu yang tergamak hantar SMS begini sedangkan kami hanya mohon bantuan atau sekurang-kurangnya doa orang ramai.
“Bimbang dengan SMS itu, saya dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) tengah hari tadi (semalam), ” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.


loading...

Berita Terkini!! - Jahanam Punya Penyamun.

Tags

Serdang: Pemilik premis pengurup wang kerugian RM100,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini, 6.30 petang tadi.
Dalam kejadian itu, empat lelaki terbabit menaiki dua motosikal memakai topi keledar bertutup penuh serta bersenjatakan dua bilah parang memasuki premis itu.
Difahamkan, premis berkenaan baru dibuka sebulan lalu dan tidak mempunyai pengawal keselamatan.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, dua suspek menunggu di motosikal dengan enjin masih hidup manakala dua lagi cuba mencabut tingkap plastik gelongsor di hadapan kaunter namun tidak berjaya.
"Suspek yang berang gagal mencabut tingkap plastik gelongsor itu bertindak menendangnya sebelum memasuki premis terbabit.
"Suspek kemudian melarikan wang serta pelbagai mata wang asing berjumlah kira-kira RM100,000 dan satu telefon bimbit," katanya.
Razimi berkata, siasatan anggota forensik di lokasi kejadian mendapati premis itu tidak dilengkapi jeriji keselamatan pada cermin kaunter selain premis itu juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan.
"Pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dengan meneliti rakaman CCTV milik bank berhampiran yang dijangka dibuat esok berikutan ketika kejadian bank itu sudah tutup,"katanya.


loading...

Berita Terkini! - Warga Emas Bunuh Diri

Tags



Bahau: Lelaki warga emas ditemui mati tergantung dalam stor di rumahnya di Kampung Chu Ward, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa To Chee May, 76, ditemui mati oleh ahli keluarganya selepas curiga dengan pintu stor yang terbuka.
Sumber berkata, mangsa bangun seawal 6.15 pagi dan menggantung diri menggunakan wayar dipercayai akibat tekanan perasaan selepas disuruh berpindah.
Keluarga mangsa antara penduduk kampung berkenaan yang diarahkan berpindah apabila tanah kampung seluas 0.8 hektar itu diambil pemilik baru bagi projek pembangunan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya bagi meredakan keadaan pihaknya akan berbincang dengan mahkamah dan pemaju untuk menangguhkan pemindahan berkenaan.


loading...

Berita Hangat!!! Konstabel polis tidak mengaku rasuah

Tags


Butterworth: Dua konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menerima dan meminta suapan sebanyak RM480 pada Jun tahun lalu.
Mohd Nashriq Ismail, 24, dan Mohd Aizuddin Abdul Aziz, 26, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.
Pada 28 Jun 2014, Mohd Nashriq dan Mohd Aizuddin didakwa menerima suapan RM180 sebagai dorongan untuk tidak membawa pengadu dan pasangannya ke Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) kerana berdua-duaan di tempat gelap di Taman Permainan Lorong Lintang Bulan, di sini, pada 11 malam.
Kedua-dua tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan meminta suapan RM300 daripada pasangan berasingan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada hari sama, 9.45 malam.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.
Julie Lack menetapkan 5 Oktober hadapan sebagai tarikh serahan dokumen serta lantikan peguam, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amin Yaacob.


loading...

Bapa Liwat Bayi Berusia 23 Hari Kerana Isteri Tak Mampu Layan Tuntutan Nafsunya

Tags


Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak s3ksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.

Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.

Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.

“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.

Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan s3ks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.

Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.

Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
loading...

PERAGUT DISEMBELIH TANPA BELAS!!! MENGERIKAN!!!

Tags

Nasib malang yang terjadi kepada dua
peragut yang telah berjaya ditangkap oleh
penduduk kampung Sungai Baru Utan Aji,kangar Perlis
Menurut saksi, Manan Kamis 48, salah
seorang penduduk tempatan yang berang
dengan kedua-dua peragut ini telah
membawa keluar parang tajam yang berkilat
lalu mahu menetak leher peragut itu tapi
sempat dihalang oleh jirannya.
Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak
saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang
yang berharga yang didapati pada peragut
itu. Salah seorang penduduk tempatan yang
juga imam dan ketua kampung di situ pula
yang berang pada peragut itu telah
memerintah anak buahnya menyembelih
kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut itu
diikat!!
Dengan takbir,dia telah menyembelih 2
peragut tersebut tanpa rasa belas kasihan.
Darah menyembur keluar,orang tempatan
tidak berani menghalang perbuatan ketua
kampung itu, kerana yang disembelih itu
ialah seekor kambing dan seekor lembu
yang meragut rumput disembelih sempena
hari raya korban.
Tak lama lagi nak sambut Hari Raya Korban......

loading...

Penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Khir Toyo diketahui esok | Berita Hangat Terikini!!!

Tags



PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo akan mengetahui nasibnya esok, sama ada merengkuk dalam penjara atau dibebaskan. Mahkamah Persekutuan dijadual membuat penghakimannya esok berhubung rayuan akhir Dr Mohamad Khir terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan unit banglo. 

Sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepadanya, Dr Mohamad Khir akan dibebaskan namun, jika keputusan sebaliknya, beliau akan menjalani hukuman penjara mulai esok. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Dr Mohamad Khir selepas mendengarnya pada 18 Januari lepas. 

Hakim-hakim lain ialah Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali. Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir, 49, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya Zahrah Kechik, 47, dua plot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, pada 2007 daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadapnya Hartanah itu dibeli dengan harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004. 

Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu dengan mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan perniagaan dengannya atas kedudukan rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Dr Mohamad Khir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007. 

Mahkamah Tinggi memerintahkan pelucutan hak hartanah itu dan diserahkan kepada kerajaan. Pada 30 Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. 

Susulan itu, beliau memfailkan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan. Dr Mohamad Khir diwakili oleh sekumpulan peguam diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud.



loading...

BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Seri Manjung | Berita Hangat Terkini!!!

Tags


IPOH: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Seri Manjung, kira-kira 85 kilometer dari sini, meningkat kepada 101, iaitu paras tidak sihat setakat jam 2 petang ini. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Abdul Razak Abdul Manap, berkata pihaknya kini masih mengumpul data dan sedang menentukan trend bacaan IPU berkenaan. "Sekarang kita masih dalam peringkat melihat trend bacaan dan punca kenaikan menggunakan pendekatan yang ditentukan jabatan. "Selebihnya, sekiranya bacaan semakin tinggi, kita akan melaksanakan tindakan mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata, pihaknya ketika ini sudah bertindak dengan melaksanakan pemantauan untuk memberi maklumat semasa dan paling terkini. "Kita sudah mengarahkan pegawai membuat rondaan dan kajian di sebarang lokasi yang menjadi punca IPU tinggi. Ia mengambil masa kerana kita perlu membuat penilaian di kawasan yang luas," katanya.



loading...

Nilai matawang dijangka akan terus menurun sehingga ke rm4.50

Tags

Nilai matawang dijangka akan terus menurun sehingga ke rm4.50 sehingga akhir september ini disebabkan oleh ringgit tidak digunakan sebagai matawang yg digunakan dalam urusan pasaran saham dunia. Nilai ringgit tersandung disebabkan oleh tindakan kerjaan yg mengurangkan export minyak mentah tetapi melebihkan aktiviti menimport. Setiap org harus mengambil langkah berjaga jaga kerana ini merupakan bencana ekonomi kepada semua.. bank negara hanya mempunyai rezab rm101 bilion buat masa sekarang. Hutang kita pula meningkat kepada 580 bilion. Hentikan aktiviti membeli hartanah serta kereta buat masa sekarang. Bencana besar sedang menuju kearah kita semua.
Pakar ekonomi menjangkakan ekonomi malaysia akan hancur/rebah dalam msa 100 hari. Pasaran saham dunia serta nilai matawang akan melemaskan kita semua secara drastik.
Ini adalah kerana keadaan semasa ekonomi dunia yg negetif. Isu isu keselamatan dunia seperti penganas ISIS dan konflik timur tengah. Lebih menakutkan lagi adalah isu di kepulauan Spartly yg mana China, vietnam, taiwan, filifina dan malaysia mahu menuntut hak. Latihan ketenteraan china dan russia akhir2 ini seakan akan ingin menunjuk kan kemampuan serta kekuatan ketenteraan. Ini semua kerana secara tidak langsung ingin memberitahu kepada US supaya tidak cuba untuk berperang dengan mereka. Krisis minyak mentak akhir2 ini adalah disebabkan oleh lebihan bekalan. Pihak amerika mengepam minyak dengan jumlah yg banyak dengan alasan:-
1) Untuk menyekat ekonomi serta matawang russia kerana russia adalah pengeksport no 1 minyak mentah dunia. Pihak US dan kesatuan Eropah (EU) menyalahkan russia diatas kegawatan di ukrain serta isu MH17 yg tiada kesudahan..
2) untuk menghentikan keganasan. Terutama ISIS yg menjual murah minyak mentah yg diseludup dari syria dan iraq. Malaysia diburukan lagi dengan ketidaktentuan politik, penyalahgunaan kuasa serta penutupan kebenaran oleh seseorg. Dunia juga melihat malaysia sebagai dikedudukan no 1:-
1) rasuah dan skandal
2) juara dunia dalam pemalsuan kad kredit.
Oleh itu para sahabat serta ahli keluarga.. berjimat cermatlah dalam membelanjakan wang.. kita sekarang kearah keruntuhan ekonomi dunia. Hari2 yg mendatang akan menjadi suram dan tidak menentu. Perjalanan hidupbkita akan menjadi amat susah dan tidak boleh dijangka. Krisis ini akan 'menghentam' kita semua. Tidak kira kaya atau miskin..
Nasihat


Jangan beli rumah/kereta/aset lain dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Ekonomi malaysia dijangka akan gawat pada bulan 9. Duit tidak akan dapat dikuarkan dari bank. Bagi yg ada duit lebih...boleh beli ketika org yg nk jual aset ketika itu kerana gawat. Dijangka potongan ke atas aset boleh mencecah sehingga 30%. Asalkan aset dapat dijual dan dapat pulangan wang (cover bayar loan rumah bulan2 bg org yg mempunyai aset 3-4 biji. Dijangka akan jual 1-2 biji aset). Jika boleh...duit jangan disimpan dalam bank. Simpan cash di mana2 yg boleh digunakan pada bila2 masa. Malaysia boleh diumumkan gawat jika nilai mata wang terus jatuh.

loading...

Shahir nafi hubungan rapatnya dengan Erra Fazira putus

Tags


KUALA LUMPUR: Sebelum ini pernah dilaporkan mengenai jalinan hubungan rapat antara juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir Zawawi dengan Erra Fazira. Namun sejauh mana rapatnya hubungan mereka berdua, ia kekal misteri kerana hanya empunya badan yang lebih arif mengenainya. Baik Shahir mahupun Erra, tidak menafikan mereka cukup rapat dan cuma sekitar awal bulan ini ada kolum gosip menulis hubungan kedua-duanya kian renggang. Semalam, BH Online menghubungi Shahir dan Erra untuk mendapatkan kepastian mengenai cerita itu. Shahir sendiri agak terkejut dengan gosip berkenaan dan akui penyanyi lagu Aku Yang Berdosa itu, hubungannya dengan Erra seperti sedia kala. "Saya sendiri tak tahu menahu kenapa wujud cerita itu. Sumbernya sendiri tak berani untuk dedahkan nama. "Jadi saya anggap penulisan itu hanya sekadar usik usik atau andaian semata mata. Yang pasti tiada apa yang berubah," kata Shahir meleraikan persoalan. Shahir menjelaskan dia dan Erra masih berhubung seperti biasa. "Oleh kerana saya di kampung (Perak) dan dia di ibu kota, kami banyak berkomunikasi di telefon bimbit," katanya. Ditanya apakah Shahir tidak mahu kembali memeriahkan persada seni yang ditinggalkan buat seketika, jejaka berkenaan mahu berbuat demikian dan cuma masa sahaja yang akan menentukan. "Rangka perancangannya ada, Insya-Allah. Tunggu masa sesuai. Keinginan itu ada. Rindu nak balik kembali ke dunia seni. Ikhlas suatu hari nanti saya pasti kembali," katanya. Erra yang ditanyakan hal yang sama juga menjelaskan secara ringkas bahawa berita yang ditulis sebuah akhbar itu adalah tidak tepat.

loading...

NUBHAN dan Afifah sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta

Tags


KUALA LUMPUR: Bintang Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, 28, selamat melangsungkan pertunangan 11 pagi tadi dengan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 25. Majlis diadakan di kediaman keluarga tunangnya di Seremban 2. Pasangan ini menjalinkan hubungan sejak enam tahun lalu. Perkenalan mereka berputik di Pulau Pangkor ketika Nubhan menjalani penggambaran manakala tunangnya pula bercuti di situ. "Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir. "Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh," kata Nubhan yang kini sedang mempromosikan single terbaru ciptaan Ajai berjudul Kisah Kasih. Nubhan menjelaskan pada mulanya memang cukup perit bercinta jarak jauh. Ia pengalaman yang cukup mencabar buat mereka. "Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu. "Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh. "Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya," kata Nubhan mengenai Afifah yang turut berasal dari Kuala Pilah sepertinya tetapi berbeza daerah.


loading...

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH

Tags
10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK
Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.
Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.
1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?
2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.
3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.
4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
7) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”
Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?
Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.
5) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”
Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.
9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Bandingkan dgn apa yg kita dah buat pd anak2..
loading...

SEDIH ! Ibu Tinggalkan Nota Dan Bayinya Dihadapan Rumah Orang

Tags
Alangkah sedihnya melihat nasib yang menimpa si kecil yang baru dilahirkan ke dunia ini. Atas kesempitan hidup, ibu kepada bayi ini terpaksa mengambil tindakan yang tidak akan diambil oleh mana-mana ibu yang lain.

Wanita ini terpaksa meninggalkan anaknya di hadapan rumah orang lain dan amat berharap keluarga terbabit dapat menjaga serta membesarkan anaknya seperti anak kandung mereka sendiri.

Apa yang lebih menyedihkan, wanita itu juga telah berjanji tidak akan kembali untuk menuntut bayi itu. 

Baca surat menyedihkan dari si ibu kepada bayi berkenaan;

Assalamualaikum encik. Saya memohon maaf kerana meletakkan anak saya di rumah encik sekeluarga. 

Saya tidak mampu membesarkan anak ini atas masalah kewangan dan keluarga saya tidak pernah kenal encik sekeluarga. Tetapi saya amat berharap encik sudi memberikan perlindungan kepada anak saya atas apa cara sekali pun.

Saya amat gembira jika encik sekeluarga sudi membesarkan anak ini seperti anak encik sendiri.

Saya berjanji atas nama Allah, saya tidak akan kembali di masa hadapan untuk mengambil anak saya kembali.

Saya memohon jasa baik encik sekeluarga untuk menjaga dan membesarkan dia.

Terima kasih.
loading...

ZALIM ! Pemilik Taska Campak Mayat Bayi

Tags
KRONOLOGI

Pada 3 Ogos 2015@Isnin, dalam pukul 4:50 petang, saya dikejutkan dengan berita kematian anak saya yang diberitahu oleh Doktor Ayu dari Klinik Dahlia yang terletak di Bandar Baru Selayang. 

Setibanya saya di Klinik, tiba-tiba pemilik Taska anak saya, Taska Kasih Fidza, yang bernama Mohfidzawati binti Darus, telah tunduk dan bersujud di kaki saya. Selepas itu, saya terus melihat anak saya terkulai layu di atas katil dengan lebam dan bintik-bintik merah di muka dan dia tidak bernyawa. Saya sangat terkejut dan sedih teramat sangat kerana di sebelah pagi tadi saya menghantar anak saya ke taska dalam keadaan sihat, ceria.

Menurut Doktor Ayu, terdapat kesan lebam bukan sahaja di muka tetapi terdapat juga di leher dan benjolan di kepala. Kesan lebam di leher seumpama bekas di cekik dan juga menurut Doktor Ayu apabila pemilik taska tiba di klinik anak saya memang sudah tidak bernyawa. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak saya. 

Paling menyakitkan hati saya setelah pengebumian arwah Doktor Ayu telah menceritakan semula kepada saya yang pemilik taska, Mohfidzawati bt Darus telah ‘mencampak’ jenazah anak saya setibanya di klinik,. Jika Doktor Ayu tidak menyambut jenazah, jenazah akan terjatuh ke lantai. 



SUNGGUH KEJAM!

Pemilik Taska (owner) juga telah mencuba untuk melarikan diri setelah ‘mencampakkan’ jenazah tetapi dapat ditangkap oleh staff-staff Klinik Doktor Ayu. Maknanya semasa saya tiba di klinik dia hanyalah ‘berlakon’ kononnya ‘meminta maaf’ dengan bersujud di kaki tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.

Disebabkan berasa ‘kasihan’ pada Mohfidzawati kerana ‘menangis-nangis’ di situ, saya tidak sampai hati hendak bertanya apa telah terjadi. Pada pemikiran saya pada masa itu, ia hanyalah suatu kemalangan yang tidak disengajakan. 

Pada masa yang sama, kakak ipar saya telah pergi ke taska (kali pertama) untuk mengambil anak sulung dan ketiga, dan juga barang-barang lain. Di situ, dia telah bertanya kepada staff-staff taska apa yang terjadi dan mereka tidak memberi sebarang penjelasan. Kakak ipar saya juga bertanya di manakah kedudukan katil arwah semasa kejadian tetapi mereka tidak memberi apa-apa jawapan. Di situ kami sekeluarga sudah agak was-was tetapi masih meletakkan kepercayaan kepada Taska Kasih Fidza.

Pada petang yang sama, saya pula ke taska sebenarnya untuk mengambil botol susu anak tertinggal, dan saya bertanya sekali lagi apa yang berlaku, barulah salah seorang staff membuka mulut menyatakan yang anak saya ‘sesak nafas’ dan mereka telah membuat CPR dan selepas itu arwah muntah. Setelah mendengar penjelasan dari staff, saya redha dengan pemergian anak saya, pada mulanya.

Pada malam itu, pihak polis yang sudah berada di Klinik Dahlia, meminta kami membawa jenazah ke HKL untuk membuat post-mortem. Kami berkeras tidak membenarkan doktor menjalankan post-mortem. Akan tetapi, mengikut prosedur dan juga pemerhatian doktor pakar kesan lebam di leher anak saya bukanlah kematian seperti yang dinyatakan oleh pihak taska. Jika dia ‘sesak nafas’ sepatutnya tidak ada kesan lebam di leher.

Dipendekkan cerita, malam di HKL, penuh dengan drama yang melibatkan ahli keluarga, pihak hospital dan polis. Tapi yang peliknya pemilik Taska Kasih Fidza langsung tidak hadir di hospital dan tidak dapat dihubungi oleh pihak polis.


Something fishy going on there…

Post-mortem telah dilakukan keesokkan harinya bersamaan 4hb (Selasa). Itu hanya dilakukan setelah pihak polis pergi ke taska untuk menjalankan siasatan. Taska masih beroperasi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Pihak polis menyoal siasat terus dengan owner taska dan staff dan juga melihat CCTV. Malangnya kedudukan katil arwah tidak berada dalam kawasan tinjauan CCTV.

Menurut pihak polis, pemilik taska masih berdolak-dalih untuk menjawab soalan mereka. Setelah pihak polis menggertak pemilik taska, barulah dia menceritakan yang arwah ‘TERJERUT EXTENSION WAYAR’ yang telah berlaku di atas katil arwah.

Saya hanya mengetahui pengakuan pemilik taska setelah pihak polis kembali ke HKL. Saya dan keluarga sungguh terkejut dan tidak dapat menerima cara pemergian anak kesayangan saya dan juga cara pihak taska yang cuba menyembunyikan cerita sebenar. Setiap hari saya terbayang pergelutan anak saya untuk bernafas. Anak istimewa yang ditatang telah pergi di atas kecuaian orang lain. Di mana perginya staff-staff taska pada masa itu?? Anak-anak kami telah ditinggalkan untuk berapa lama tanpa pemantauan sehingga boleh berlakumya kematian!!??

Setelah post mortem dilakukan, keputusan menyatakan arwah meninggal disebabkan ‘COMPRESSION TO THE NECK BY LIGATURE’.

Selepas daripada itu, dalam kesedihan kami terus bergegas untuk menyelesaikan proses pengebumian arwah. Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan sebelum azan Maghrib pada hari yang sama.


Ye, pemilik taska ada menghubungi dan SMS kami, tetapi masih belum datang berjumpa sehingga kini. Walaubagaimanapun, jika dia datang, kami pun tidak ada hati nak berjumpa disebabkan PENIPUAN dan BERDOLAK-DALIH dan LAKONAN SEMATA-MATA. Penampilan yang alim tetapi tidak berhati perut dan berperangai munafiq. 

Lagi membuak kemarahan kami apabila kami mendapat tahu yang pemilik taska dengan sombongnya berkata kepada parents yang menghantar anak-anak mereka di taskanya,



"TASKA SAYA TAK AKAN DITUTUP, INI HANYA KES KECUAIAN!"

Wahhhhhh, angkuhnya pemilik taska ini. Allah sahaja yang mengetahuinya..

Kami berharap keadilan dapat ditegakkan dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan menjalankan tanggungjawab dengan telus. Semoga Allah membantu kami dalam mencari keadilan untuk almarhum anak kami. Al-Fatihah buat anakanda Farees Ikhwan Bin Fathan

MENGAPAKAH TASKA INI MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA??? CUAI SEHINGGA MELIBATKAN KEMATIAN.

Saya amat tidak bepuas hati dengan “TASKA KASIH FIDZA” di Taman Pinggiran Templer, Bandar Baru Selayang. Dimanakah letaknya tanggungjawab seorang pemilik Taska sehingga kini kami sebagai ibubapa tidak mengetahui dan tidak mendapat sebarang penjelasan yang tepat dan jujur punca sebenar kematian anak kedua kami? 

Kami hanya mendapat penjelasan dari pihak Polis bahawa anak kami meninggal disebabkan “TERJERUT WAYAR EXTENSION”. 

Selama ini kami telah meletakkan kepercayaan ke atas pihak Taska tapi ini yang berlaku. Tiada sebarang jawapan apabila kami bertanyakan pada pemilik Taska akan punca sebenar dan bagaimana ia boleh terjadi??

Sekarang sudah 3 minggu perginya arwah anakanda Farees Ikhwan tetapi Taska ini masih lagi beroperasi. Semoga kes kematian anak kami ini menjadi iktibar dan pengajaran buat taska-taska lain dan ibu bapa untuk memilih taska. Jangan buka Taska kalau setakat nak duit tapi tak bertanggungjawab!!!
loading...
close
Lagi Artikel Menarik Untuk Anda!!
loading...