Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia Pagi Tadi, Ini Komen Datuk Tentang Punca Kematian



Pagi tadi sekitar jam 3 pagi, satu berita sedih telah diteima.

Isteri kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hasan, Datin Hashimah, telah disahkan meninggal dunia.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat daripada komplikasi pembedahan jantung.

Berita sedih ini turut disahkan oleh Jalaluddin.

Ini komen Jalaluddin Hasan yang turut mendedahkan punca kematian isterinya:

"Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung. 

"Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.

"Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi,”


Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Takziah diucapkan kepada Datuk Jalaluddin Hasan dan keluarga. Mari kita doakan dan sedekah Al Fatihah.
loading...

12 Artis Malaysia Yang Ada PHD, Tapi Sengaja Tidak Diceritakan Umum. No.10 Paling Tak Disangka !



1-NAJWA MUHYIDDIN

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

2- Lisa Surihani
Pelakon Istanbul, Aku Datang ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

3- Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

4- Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

5- Ahmad Idham
PaDa tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah Remp-It yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

6- Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

7- Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

8- Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

9- Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

10- Kaer Azami
Selepas bekas peserta Akademi Fantasi Musim 2 ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

11- Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

12- Azhar Sulaiman
Pelakon Keluarga Iskandar ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

p/s : Tang Jep tu mohon abaikan..hihi
loading...

PERGHH UCAPAN 'BERASAP' Dari Elly Mazlein Di Laman IG ‘Terima Kasih Kak Faye, Jaga Azmi Baik-Baik’





SUSULAN pendedahan pelakon Faye Kusairi yang mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta

PERGHH UCAPAN 'BERASAP' Dari Elly Mazlein Di Laman IG ‘Terima Kasih Kak Faye, Jaga Azmi Baik-Baik’  Penyanyi Elly telah memuat naik ucapan terima kasih yang disertakan dengan gambar anaknya, Putri Sara Sefhia di laman Instagram, pagi tadi.

Dalam ucapan itu, Elly turut mendoakan Faye bahagia selain ‘berharap’ agar pelakon wanita itu mampu menjaga Azmi Hatta sebaik mungkin.



“Terhutang budi .. terima kasih ya .. kakak lina sayang kakak faye ketat-ketat.. jaga Amzi Hatta baik-baik tau .. kakak Lina doakan kakak Faye bahagia tau .. meh cium cikit kakak Faye,” tulisnya.

Kakak Lina merujuk kepada diri Elly seperti yang digunakannya pada posting-posting terdahulu.

Ucapan penuh sakarstik itu turut mendapat perhatian peminatnya yang memberi pelbagai kata semangat buat Elly.

FAYE KUSAIRI

Terdahulu, Faye menafikan menjadi punca penceraian rumah tangga Elly dan Azmi, sebaliknya mendakwa menjalinkan hubungan cinta itu selepas pasangan itu bercerai.



Azmi dan Elly hercerai pada 15 Oktober 2015 iaitu kira-kira 11 bulan berumah tangga. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.


loading...

Isu Cukai : Che Ta Mengamuk di IG dan Panggil Followers Sebagai BERUK ! Apa Punca Ni??



Tidak tahan terus dituduh mengelak membayar cukai walaupun mempunyai gaya hidup yang mewah, Rozita Che Wan dikatakan mengamuk selepas seorang pengikutnya memberikan komen berbentuk provokasi. Menerusi laman Instagram, Che Ta yang berang dengan kenyataan lelaki itu membidas komen lelaki itu mengenai kemampuannya menyelesaikan cukai tertunggak.


“Eh bequkkkkkk! Aku bukan tak bayar income tax! Lain Kali kena tau dulu sebelum nak bercakap! Aku bayar income tax dekat sejuta setahun! Tapi MASIH TAK CUKUP!! Bukan aku tak bayar bodoh!,” tulisnya menerusi laman sosial membidas kritikan pengikutnya yang mendakwa beliau sengaja mengelak untuk membayar cukai sehingga disekat keluar negara.

Dalam masa yang sama, Che Ta dan individu yang dikenali sebagai Afif PLC turut saling membalas komen dan berperang mulut di laman sosial. Bagaimanapun, menurut portal Oh Bulan, komen-komen berkenaan telah pun dipadamkan di laman sosial usahawan terbabit.

Rata-rata ramai peminat Che Ta mempertahankan tindakan pelakon kesayangan mereka kerana menganggap isu tidak membayar cukai tidak sepatutnya dipanjangkan sehingga menghina seseorang. Malah ramai juga yang turut meminta Che Ta supaya terus bersabar dengan dugaan yang melanda dirinya dan tidak mempedulikan kritikan orang ramai terhadap isu terbabit.

Terdahulu, Che Ta dikatakan terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran Aaisya Dhia Rana yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di London kerana disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak. Ramai yang mendakwa Che Ta seolah sengaja mengelak untuk membayar cukai terbabit kerana kemewahan yang dipamerkan beliau sekeluarga.
loading...

33 Artis Dalam Senarai Yang Pernah Menjadi Pramugari Dan Pramugara





33 Artis Dalam Senarai Yang Pernah Menjadi Pramugari Dan Pramugara
Artis-Artis Yang Pernah Menjadi Pramugari Dan Pramugara
Berikut merupakan artis-artis yang pernah menjadi pramugari dan pramugara :

1. Ziana Zain (MAS)



2.Anuar Zain (MAS)



3.Amy Mastura (MAS)



4.Datin Normala Shamsuddin (MAS)
5. Scha Yahya (AirAsia)
6.Intan Sarafina (AirAsia)
7. Danny X Factor (MAS)



8.Ellie Suriyati Omar (MAS)
9. Farouk Hussin (MAS)
10. Sherry Ibrahim (MAS)
11. Shereen (MAS)
12. Raja Azmi (SIA)
13. Zul -former vokalis Umbrella- (MAS)
14. Asha Malik (MAS)
15. Ferry Anugerah (MAS)
16. Khatijah Ibrahim ( Saudia)
17. dlu ade sorang anggota kumpulan Freshies join MAS...
18. Yusanani Yushak (MAS)
19. Sharifah Shawati (MAS)
20. Dayang Nurfaizah (Firefly)
21.Fizo(MAS)
22.Hero Budak Kelantan (MAS+Japan Airlines)
23.Sarah Raisuddin (MAS Cargo)
24.Ning Baizura(SIA)
25.Sheila Majid(SIA)
26.Zain Ruffedge(MAS)
27.Har Iklan Petronas(AirAsia)
28.Maria Tunku Sabri(MAS)
29.Ida Nerina(MAS)
30.Mas Idayu(MAS)
31.Ina Naim(Firefly 1bulan je kot)
32.Faizah Ilai(MAS)
33.Fauziah Gost(MAS)


loading...

Ngeri dan Pelik! Koleksi Gambar Pembedahan Plastik FAIL Selebriti Malaysia Yang Tak Sanggup Dilihat!





loading...

Rita Rudaini: “Ada Orang Sengaja Tanya, Mana Daddy? Rayyan Beritahu, Rayyan Ada Mummy Aja. Saya Sedih..."





Rita Rudaini: “Ada Orang Sengaja Tanya, Mana Daddy? Rayyan Beritahu, Rayyan Ada Mummy Aja. Saya Sedih..."
Tentang prinsip, ketabahan dan kelukaan seorang ibu tunggal. Rita Rudaini menceritakan perjalanan hidupnya selepas perpisahan.

KONGSI pengalaman Rita ketika kali pertama hamil?

Kali pertama hamil usia saya awal 30-an, tujuh tahun lalu. Ketika itu saya rasa tak mahu hamil lagi. Rasa lebih baik mati. Saya alami alahan teruk, tak selera makan, muntah dan pening hingga usia kandungan lapan bulan.

Perasaan kali pertama tengok anak?

Saya melahirkan secara normal. Kali pertama melihatnya depan mata, diletakkan atas dada saya, saya rasa nak beranak lagi. Rasa bahagia yang saya tak dapat, tak pernah rasa seumur hidup.

Jarak anak sulung dengan kedua?

Dua tahun. Tak rancang pun. 
Sumber: @ritrud727

Bagaimana menguruskan anak sulung?

Ketika dengan Rayyan memang kekok, maklumlah kali pertama. Ketika dia demam, saya kelam-kabut, tak tahu apa nak buat. Nak mandikan anak juga kekok. Abang saya yang tolong mandikan, selain emak saudara.

Masih ingat detik pertama anak boleh berjalan dan bercakap?

Rayyan mula berjalan ketika berumur setahun lebih. Adiknya, Arjuna juga begitu. Mereka juga bercakap tanpa pelat.


Aktiviti yang biasa dilakukan dengan anak-anak?

Saya akan ikut apa-apa sahaja yang mereka suka. Mereka suka tengok wayang, berjalan-jalan di pusat beli-belah dan makan-makan.

Sumber: @ritrud727

Formula dalam mendidik anak-anak?

Sejak mereka bayi, saya pasang Al-Quran di telefon bimbit sewaktu mereka tidur hingga pagi. Saya mahu anak-anak cintakan Al-Quran.

Waktu hamil, saya selalu bercakap dengan bayi dalam perut. Saya beritahu mereka, saya mahu mereka jadi anak yang baik, berperangai elok dan rupa paras yang elok. Hari-hari bercakap, terasa macam orang gila pun ya juga. Alhamdulillah, mereka sekarang sangat berminat apabila disuruh mengaji. Rayyan suka buku, suka Al-Quran dan sangat taasub dengan huruf jawi.

Apabila disuruh solat, dia akan terus buat. Saya juga akan cakap dengan mereka seperti mereka orang dewasa dan bersembang seperti kawan-kawan.

Sumber: @ritrud727

Antara berleter dengan pukul, yang mana Rita lebih cepat kalau mereka buat salah?

Saya tegur dahulu. Kalau mereka ulang salah lagi, saya berleter. Saya akan jadi macam radio dari pagi sampai petang. Saya puas hati kalau mereka dengar saya berleter.

Saya memang tegas kalau benda tak betul. Saya manjakan mereka berpada-pada. Cara saya kasihankan mereka adalah dengan bertegas. Saya tak mahu, apabila mereka besar, mereka tak mendengar kata lagi. Kalau mereka sudah umur 12 tahun, ketika itu cakap pun tak guna lagi. Sekaranglah masanya.

Kalau mereka degil, perlu juga pukul. Sekadar pukul tangan, supaya mereka ingat, lain kali mereka takkan buat lagi.

Rita masih ingat perkataan pertama mereka?

Biasanya budak akan panggil mak. Rayyan tak pandai sebut mummy, dia sebut ami. Arjuna juga sama.


Sumber: @ritrud727

Apa yang seronok jadi seorang ibu?

Seronoknya tak terkata. Apabila saya jadi emak, barulah saya ingat balik kenapa emak saya dahulu suka marah dan berleter... sebab dia mahu saya jadi yang terbaik. Apabila jadi emak, barulah saya rasa sebak dan fikir tentang emak saya dahulu. Kalau dulu waktu kecil, setiap kali emak berleter, saya rasa benci dan rasa nak lari dari rumah. 
Apabila jadi emak, barulah rasa kita nak anak jadi terbaik dan berguna apabila besar. Sebab itu kalau tak betul, perlu marah dan ditegur. 


Sumber: @ritrud727


Saya hanya boleh berehat apabila mereka tidur. Selagi mereka tak tidur, selagi itulah saya macam mesin. Ada sahaja yang perlu dibuat.

Kalau mereka buat kerja sekolah, saya kena duduk sekali dengan mereka. Dahulu waktu saya kecil, saya buat kerja sekolah sendiri, emak tak perlu ada depan saya. Tetapi anak-anak sekarang, pembelajarannya lain. Kita kena duduk depan mereka dan semak apa mereka buat.
Saya memang takut memikirkan masa depan mereka. Sebab itu saya sanggup habiskan duit dengan mengupah ustaz untuk mengajar mereka, tambah dengan kelas tuisyen untuk mereka. Dahulu adik bersekolah tadika bersama abang, selepas abang masuk tahun satu, saya tak dapat berkejar-kejar menghantar abang dan adik sekali gus. Jadi saya bayar cikgu datang ke rumah seminggu sekali dan kelas tuisyen seminggu dua kali.

 

Anak-anak banyak ikut sikap siapa?

Sikap sayalah agaknya. Rayyan itu cara abang-abang sikit. Semuanya nak sempurna. Arjuna banyak mengelat. Kalau disuruh menulis, dia beri alasan, “Tangan adik macam nak patah!”

Emak saya kata, begitulah perangai saya dahulu. Rayyan apabila mengajar adik, dia mahu adik pandai masa itu juga. “Fokus, mata tengok mana?” Begitulah selalu dia marah adiknya. Kalau tak betul, berleterlah dia.



Sumber: @ritrud727


Bagaimana Rita fahamkan anak-anak tentang hubungan Rita dengan ayah mereka?

Saya tunggu mereka bertanya tetapi mereka tak pernah bertanya. Rayyan faham tapi dia tak pernah bertanya. Arjuna pula kenal saya sahaja. Saya tak pernah bercerita sebab tak mahu beri tekanan kepada mereka. Saya sendiri datang dari keluarga yang ibu bapa bercerai. Saya faham perasaan mereka, mereka akan sedih. 
Saya sedih juga apabila orang berkata di hadapan Rayyan, “Ini muka bapa dia!” Rayyan sudah faham, tetapi dia jenis yang suka simpan dalam hati. Dia akan diam, hanya apabila tak dapat simpan, barulah dia bertanya. 

Sumber: @ritrud727


Pernah sekali ketika kami bersembang sebelum tidur, dia memberitahu, ada orang dewasa bertanya dia, mana daddy? Rayyan beritahunya, Rayyan ada mummy saja.

Saya sedih juga kerana itu akan memberikan tekanan pada anak. Kalau orang bercakap di hadapan saya sahaja, tak mengapa, tapi apabila anak mendengar, saya rasa tak patut, sebab kita tak tahu apa yang dia rasa.

Sumber: @ritrud727

Takut tak kalau suatu hari nanti mereka bertanya?

Saya tak takut, saya akan bercerita. Kalau dia mahu tengok gambar kahwin, saya akan tunjukkan. Saya tak mahu menipu anak-anak saya.

Pada pandangan Rita, adakah anak- anak daripada ibu bapa yang bercerai, lebih berdikari?

Saya tak tahu keadaan anak-anak daripada ibu bapa biasa. Mungkin mereka ada cara mereka. Sebenarnya kalau saya tak bercerai pun, saya akan tetap ajar anak-anak berdikari. Saya tak mahu terlalu manjakan mereka. Kalau mereka masuk asrama, mereka akan tahu uruskan diri, pandai simpan dan jaga barang. Apatah lagi mereka anak lelaki. 
Kadangkala saya terpaksa bertanya ustaz anak saya, bagaimana perangai lelaki. Rayyan umpamanya selalu menegah saya daripada melihatnya pakai seluar. Saya sendiri sudah tak boleh pakai baju depan anak. Hal-hal begini, saya sendiri pun kadangkala malu hendak bertanya, jadi saya banyak bertanya kepada seorang sepupu yang ada anak lelaki besar.
Nak peluk cium anak juga sudah susah sekarang. Rayyan sudah malu dan cuba mengelak. Kalau saya cium pipinya, dia akan lap pipinya. 


Sumber: @ritrud727


Di rumah, saya suka tengok filem Hindi. Rayyan jelas tak selesa apabila tengok pelakon perempuan bersari nampak perut dan adegan peluk cium. Kalau adik suka, dia akan marah adik. Begitu juga kalau lelaki tidak berbaju di TV, dia akan marah saya tengok lelaki tak pakai baju di TV.
Kadangkala mereka perhati muka saya lama-lama. Saya tanya kenapa, jawab mereka, “Kalau tengok muka mummy dapat pahala.”

Benda-benda begini buat saya gembira, kerana mereka sudah boleh membezakan yang baik dan tak baik. Sebab itu saya rasa berbaloi mengupah ustaz untuk mengajar mereka. Bukan saya tak boleh ajar sendiri, tapi saya fikir, biarlah orang yang pakar mengajar mereka.



Sumber: @ritrud727

Cabaran sebagai ibu tunggal?

Penat... ya, hanya saya dan Tuhan yang tahu. Semua benda saya buat sendiri, hantar ke sekolah, ke kelas tuisyen, berkejar-kejar. Tambahan pula, anak-anak saya lelaki.

Macam mana saya nak study tentang lelaki? Perangai lelaki lain, ego anak lelaki lain. Pernah saya rasa macam nak menangis. Apabila saya keluar dengan sepupu berserta suaminya, atau dengan kawan berserta suaminya, anak-anak saya akan pergi peluk dan duduk atas riba kawan lelaki saya itu, mereka akan kongsi cerita apa-apa yang mereka buat. Saya sedih juga melihat.

Antara ibu zaman dahulu dengan ibu zaman sekarang, mana lebih susah? 

Ibu zaman sekarang. Macam-macam dugaan sekarang. Sekarang anak-anak tahun satu sudah belajar tentang bahagian badan manusia dalam subjek sains. Kita dulu tak belajar semua itu. Ini suatu cabaran pada ibu sekarang apabila anak-anak sudah tahu banyak perkara.


Sumber: @ritrud727


Kesilapan Rita dahulu yang Rita tak mahu anak-anak ulangi?

Dalam bab belajar. Dahulu saya malas belajar. Saya fikir, asal habis sekolah saja. Sekarang saya mahu anak-anak pentingkan ilmu. Nak jadi apa-apa pun kena ada ilmu, nak jadi pemain bola, pilot, ustaz, boleh sahaja tetapi kena ada ilmu. Ilmu itu penting untuk dipelajari sejak kecil.

Prinsip apabila mendidik anak?

Saya tak berkira. Sebab saya takut apa-apa jadi pada saya, saya tak tahu adakah saya sempat tengok mereka membesar atau tidak. Saya tak mahu mereka terkapai- kapai.

Sebab itu, saya ajar mereka 
berdikari. Saya ajar mereka mandi sendiri, lap tubuh sendiri. Emak saya pernah kata, kasihan anak-anak saya buat sendiri, ikat kasut sendiri, tapi saya tegaskan alasannya untuk lebih berdikari.

Sumber: @ritrud727

Rita tak rasa ralat dengan ketiadaan ayah mereka?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman saya waktu kecil (sebelum emak berkahwin lain), saya rasa kasih sayang emak saya tidak pernah berkurangan. Walaupun ada suami tetapi kasih sayang ibu lebih besar. Dalam keadaan apa sekalipun, anak akan tetap cari emak.

Kalau tak keberatan, boleh kongsi pengalaman ibu Rita?

Emak saya berkahwin lain ketika umur saya lima tahun dan abang enam tahun. Emak macam saya juga, awalnya dia tak mahu berkahwin lain kerana takut orang tak sayang anak-anaknya. Tapi Tuhan temukan jodohnya dengan bapa tiri kami. Dia sayang kami lebih daripada emak. Dengan emak, dia dapat seorang anak. Kami sangat happy. Ini menunjukkan dia bukan sahaja mahu emak tapi dia mahu menjaga kami adik-beradik.

Sampai kami besar dan sampai dia meninggal dunia, dia tak pernah jentik, tak pernah tinggikan suara dan tak pernah marah.

Bagaimana dengan bapa kandung?

Bapa kandung saya juga sudah meninggal.

rita rudaini intrend cover

Tabiat emak yang Rita warisi?

Dalam bab mengemas, dari dalam rumah, luar rumah, kalau boleh dengan rumah jiran pun nak tolong kemas. Itu ada dalam keturunan kami, tak boleh tengok rumah bersepah. Tabiat ini bagus kerana menjadikan kami pembersih.

Satu lagi, kami tak boleh tengok barang dapur, semuanya nak dibeli. Satu lagi masalah keturunan kami, pantang berjumpa dan berkumpul, asyik bercerita tentang pinggan dan periuk. Di rumah ada macam-macam pinggan tapi semua simpan, sayang nak guna!

Kenangan dengan emak yang selalu Rita ingat?

Waktu kecil, sebelum ada bapa tiri, dia tak pernah tinggalkan kami walau ke mana-mana pun dia pergi. Itu yang saya buat pada anak-anak saya sekarang. Apa-apa pun semua untuk anak. Kata emak saya, dia sanggup heret anak-anaknya daripada tinggalkan mereka di rumah.


Sumber: @ritrud727

Ada resipi istimewa yang diturunkan kepada Rita?

Emak suka memasak. Saya ketika anak dara tak suka masuk dapur, sebab emak macam saya, semua nak buat sendiri.

Saya pula memang pemalas dan tak suka masak. Apabila sudah ada anak, saya jadi suka ke dapur. Saya akan telefon emak tanya resipi. Setiap kali buat, terus menjadi. Saya terfikir, bakat ini barangkali sudah ada dalam darah keturunan kami.

Sumber: @rumahkueh

Sumber: @rumahkueh

Pesanan tertentu emak Rita berdasarkan pengalamannya?

Emak saya selalu cakap, yang sekarang saya ingat benar, “Biar orang suka kita, jangan kita suka orang. Kalau nak cari seseorang, biarlah orang itu sayang kita, bukan kita yang sayang dia lebih.”

Tapi itulah, ketika bercinta dahulu, saya lupa semua itu. Apabila sudah jadi dan ingat cakap mak, “Betullah!” Dahulu saya pegang tetapi longgar sebab waktu bercinta tak ingat semua itu

loading...

12 Gambar Terlajak PANAS Aksi Mengiurkan Elizad Shariffudin, heroin drama Teman Lelaki Upahan




Sambutan hebat terhadap drama-drama yang diadaptasi daripada novel-novel tempatan di kaca tv telah berjaya menambat hati penonton dan menjadi satu fenomena yang luar biasa..

Terkini drama adaptasi novel bertajuk Teman Lelaki Upahan yang dibawa dengan begitu berjaya oleh dua pelakon yang menjadi tunggak utama dengan karisma tersendiri masing-masing itu iaitu Ungku Ismail Aziz dan Elizad Shariffudin ternyata telah berjaya menghidupkan watak El dan Kyra Lydia, .

Novel Teman Lelaki Upahan yang mempunyai jalan cerita  begitu menarik yang memaparkan keserasian di antara watak El dan Kyra di dalam drama ini memang begitu hebat dan mantap.

Karakter El yang agak lucu tapi dalam masa sama seorang yang cukup gentleman pasti membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana cair.

Nama Ungku Ismail dan Elizad sebenarnya bukanlah asing dalam industri perfileman tempatan namun melalui drama ini nama mereka kian menyerlah.

Apapun, jom kita lihat lagi 11 keping foto aksi yang menggiurkan Elizad Shariffudin di bawah  ini.


Nama Sebenar: Siti Elizad Mohd Sharifudin
Tarikh Lahir: 25 Mei 1984
Umur Siti Elizad: 31 tahun (2015)
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
Profesion: Model, pengacara dan pelakon
Pencapaian: Tempat ketiga Puteri Era Felisa (2002)

Ikuti perkembangan Siti Elizad Sharifuddin di laman sosial:
Instagram Siti Elizad: http://instagram.com/elizadsharifuddin
Facebook Siti Elizad: https://www.facebook.com/elizad.sharifuddin
Kredit: Biodata Siti Elizad Sharifuddin

Senarai drama, telemovie dan filem lakonan Siti Elizad Sharifuddin:
Teman Lelaki Upahan, Ejen 016, Mas Kahwin, Panggilan Rindu, Menggapai Awan Di Langit, Bayang-Bayang Musyriq, Panggilan Rindu, Ezora, Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Cinta Yang Satu










loading...

[5 Gambar] Inilah Rahsia Body Mantap & Menggairahkan Ira Kaza





Ramai pengikut khususnya wanita mencemburui tubuh badan yang dimiliki Ira hinggakan dia dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai rahsia yang diamalkan untuk mendapatkan body mantap sepertinya.
Berkongsi rahsia kepada umum, gadis yang mempunyai berat badan 54 kilogram ini memberitahu, dia sangat mementingkan amalan gaya hidup sihat.
“Saya selalu pergi ke gym sekurang-kurangnya 3, 4 kali seminggu bersama rakan untuk mengeluarkan peluh.
“Setiap pagi, saya akan membuat kira-kira 30 sit up agar perut tidak buncit.
“Untuk mendapatkan tubuh yang cantik, kita juga kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar.
“Paling penting adalah displin. Kalau kita jaga makan, dapatkan tidur yang cukup dan melakukan senaman cardio memang badan kita akan maintain fit,” katanya.
Pun begitu, Ira atau nama sebenarnya, Fadira Fatini Kazar, 21, mengakui sebagai orang Melayu dia tidak boleh lari daripada pengambilan nasi namun mengawalnya dengan senaman.
Kata Ira yang juga salah seorang peserta ujibakat Akademi Fantasia 2016 ini, dia merupakan individu sangat mementingkan senaman di bahagian kaki.
Sementara itu, Ira memberitahu, idola yang sering dijadikan inspirasi untuk memiliki badan fit adalah Michelle Lewin.

ira-kaza3

ira-kaza2
ira-kaza1
loading...

"Walaupun Saya Hamil 5 Bulan Tapi Dia Tetap Buat Benda Tu Pada Saya, Adil Ke Suami Macam Ni?", Panas! Adira Dedahkan Perangai Sebenar Dato Red Buat Orang Ramai Terkejut Besar!



Walaupun sedang membawa kandungan berusia lima bulan, Adira memberitahu bahawa dirinya tidak pernah menjadikan alasan hamil sebagai satu kelebihan untuk dirinya mendapat layanan istimewa sebagai isteri kedua daripada suami berbanding madunya.


"Walaupun Saya Hamil 5 Bulan Tapi Dia Tetap Buat Benda Tu Pada Saya, Adil Ke Suami Macam Ni?", Panas! Adira Dedahkan Perangai Sebenar Dato Red Buat Orang Ramai Terkejut Besar!
Selain itu sejak hamil, suaminya, Datuk Seri Adnan Abu juga bersikap adil serta memberikan layanan sama rata, tanpa ada lebih atau kurang diantara mereka berdua.

“Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain. Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil. Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising”

“Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk. Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala,” katanya kepada Harian Metro berhubung dengan perkara itu.

Wanita hamil sering mengalami bermacam alahan, ada yang mengamalami alahan teruk tetapi ada juga yang bernasib baik. Bagaimanapun, bagi Adira, pada awal kehamilannya, beliau lebih gemar untuk bersendirian selain tidak terlalu memikirkan mengenai kerja mahupun berada di tempat yang bising. Dalam masa yang sama juga, pada ketika ini alahan yang dialaminya juga agak teruk serta mengalami selera makan yang bertambah.

loading...

AKHIRNYA TERBONGKAR INI PUNCA SEBENAR FARA FAUZANA KENA MAKI TERUK DENGAN PEMINAT NEELOFA DAN FATTAH AMIN. PATUTLAH PEMINAT MARAH SANGAT



Sejak kebelakangan ini, gosip percintaan Neelofa dan Fattah Amin memang menjadi bualan ramai bukan?

Malah, ia mendapat perhatian bekas penyampai radio popular, Fara Fauzana ketika menghadiri program MeleTOP semalam.


Fafau ada mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ Saya kenal Neelofa dan Fattah bukan taste dia” dan kemudian berpelukan dengan Neelofa.

komen%201.jpg?w=584
komen%202.jpg?w=584
komen%203.jpg?w=584


Rata-rata netizen yang menonton rancangan itu semalam merasa kurang senang dengan kenyataan Fafau apatah lagi ia menerusi program yang disiarkan secara langsung.

Menurut netizen, Fafau seakan memalukan dan mempersendakan Fattah.

Ada juga yang menyarankan agar Fafau membuat permohonan maaf terhadap Fattah.


komen%204.jpg?w=584







Mungkin Fafau tidak berniat untuk memalukan Fattah Amin. Apa-apa pun, harap ini dapat memberikan pengajaran buat Fafau di masa hadapan agar tidak menimbulkan salah faham.

loading...