7 FOTO: TERLAJAK MEWAH ! GAMBAR PENUH SELURUH RUMAH BARU SHUIB DAN SITI SARAH ! MEWAH !

7 FOTO: TERLAWAK MEWAH ! Gambar PENUH SELURUH Rumah Baru Shuib Dan Siti Sarah ! MEWAH !

7 FOTO: TERLAWAK MEWAH ! Gambar PENUH SELURUH Rumah Baru Shuib Dan Siti Sarah ! MEWAH !

Gambar no 3 Sampai 6 Tu Serius Gempak! Untungnya Siti Sarah !


Ternyata semakin lama semakin sayang, itulah apa yang kita nampak kepada pasangan selebriti ini iaitu pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah Raissuddin.

Mana tidaknya, Shuib telah menghadiahkan sebuah rumah baru kepada isteri tercintanya itu di mana membuatkan Siti Sarah begitu teruja dan terasa begitu dihargai.

Siti Sarah melalui laman Instargamnya telah memuatnaik beberapa keping gambar dia dan anak-anak pergi melawat rumah baru mereka berkenaan.

2.jpg

"Setiap kali aku melahirkan anak si suami pasti akan bagi hadiah... Tapi pelik tahun ni ingatkan tak bagi hadiah."

"Tapi tahun ni hadiah paling besar dia bagi RUMAH .. Syukur di bulan mulia ni dapat hadiah paling besar .. Syukur alhamdulillah @shuibsepahtu thank you LOVE," tulis Siti Sarah di Instagramnya.

Bertuahnya Siti Sarah sebab dapat suami yang romantik dan bertanggungjawab seperti Shuib, semoga pasangan ini hidup bahagia sampai bila-bila.
3.jpg

Fire_Ball.png
loading...

x.jpg

loading...

KERETA JEP SEPAHTU KENA TARIK INI ALASAN YANG MUNASABAH PATUT DICONTOHI



Kereta Mewah Pelakon dan Pelawak Jep Sepahtu ditarik. Kami mendapat Update Jep Sepahtu Melalui Laman Sosial Instagram miliknya Awal pagi tadi.. Mungkin rosak teruk agak nya,sebab tu kena minta bantuan abang tarik kereta untuk bawa ke bengkel. Kami Admin Melastik Bulan mendoakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan Jep Sepahtu. Harap Jep Sepahtu tabah dengan dugaan ini.. Tapi Jep ada banyak kereta kan? eh!!
Gambar Dan Video Di Bawah ini:
Screen%2BShot%2B2015-02-27%2Bat%2B6.23.1
Screen%2BShot%2B2015-02-27%2Bat%2B6.41.3
Kereta Jep Sepahtu kena tarik ini alasan yang munasabah patut dicontohi Jom layan video 
loading...

Bayi Cedera Dicakar Kera Peliharaan



DUNGUN - Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan cedera di bahagian pipi kiri akibat dicakar oleh kera perliharaan bapanya di kediaman mereka di Kampung Sungai Buaya, Khamis lalu, lapor Harian Metro

Mangsa, Khaiffah Nurul Damia Qhalifa Syed Mohd Hishamudin, dicakar oleh kera pada jam 9 pagi ketika dia sedang didukung oleh ibunya, Norhayati Mohd Dahan, 36. 

Menurut bapanya, Syed Mohd Hishamudin Syed Mohd Yassin, 36, berkata, dia memelihara haiwan berkenaan sejak 3 tahun lalu dan menambatnya pada sebatang tiang berhampiran rumahnya. 

"Ketika kejadian, isteri keluar untuk mengambil selipar di belakang rumah dan anak saya merengek mahu mengikutnya. Lalu isteri mendukungnya dan berjalan ke belakang rumah. 

"Ketika melalui kawasan itu, kera berkenaan tiba-tiba melompat dan menarik rambut sebelum mencakar pipi anak saya dan menyebabkan dia menjerit kesakitan. 

"Saya yang mendengar jeritan itu segera keluar dan membawanya ke Hospital Dungun sebelum dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.
loading...

'Saya Rela Didera Suami Demi Masa Depan Anak'



KUALA LUMPUR - Rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu, bagaikan neraka bagi seorang isteri yang kerap dipukul oleh suami yang panas baran. 

Anis, ibu kepada tiga orang anak, bagaimanapun tidak melaporkan kejadian yang menimpanya kepada polis kerana bimbang mereka kehilangan tempat bergantung. 

"Kalau saya buat laporan polis, suami akan ditangkap dan dipenjarakan. Apa yang akan terjadi pada tiga anak kami yang masih bersekolah? Siapa yang akan bayar sewa rumah dan tanggung makan minum kami?

"Walaupun dia bertanggungjawab dari segi nafkah wang, namun sifat panas barannya sukar dikikis," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 

Anis yang berusia 30 tahun itu mendedahkan dia pernah dipukul sehingga lebam dan benjol di kepala hanya kerana lambat membuka pintu rumah. 

Namun, Anis lebih rela menanggung kesengsaraan itu daripada membiarkan anak-anaknya kelaparan akibat diabaikan nafkah. 

"Dia mudah melenting dan naik angin bila ditegur. Kadang-kadang lambat menghidangkan makanan boleh menyebabkan pinggan terbang ke muka.

"Malah saya dilempang jika anak-anak bergaduh. Saya dituduh tidak pandai mengawal anak. Saya pernah berhasrat membuat laporan polis tetapi bimbang keadaan bertambah parah selain memikirkan masa depan anak," katanya. 

Oleh kerana tiada tempat lain untuk bergantung hidup, Anis sanggup membiarkan dirinya terus menerus didera oleh suami yang bekerja sebagai pemandu treler. 

"Saya kini hanya mampu bersabar selagi terdaya walaupun didera secara fizikal dan emosi. Saya juga bimbang jika dia menceraikan saya. Siapa yang akan menyara anak, apatah lagi saya tidak punya saudara mara yang boleh diharap. 

"Walaupun sakit hati dan tertekan kerana sering dipukul dan ditengking, namun saya tetap tidak melawan. Selagi terdaya bersabar, saya bersabar," katanya.
loading...

'Papa, Kenapa Kalau Nak Berak Kena Buka Seluar?'



Saya nak kongsi satu kisah lucu yang suami saya alami tadi sebab saya rasa semua bapa-bapa yang ada anak kecil akan boleh relate dengan kisah ini. Jadi, jangan lupa kongsikan dengan suami masing-masing selepas baca ya. 

Kisah ini berlaku di washroom lelaki di dalam Aeon Mall. Semasa suami saya sedang 'melaksanakan hajat di hati' di dalam sebuah tandas di situ, tiba-tiba dia terdengar satu perbualan seorang anak kecil dengan bapanya di tandas sebelah. 

Anak: Papa, papa nak buat apa papa?

Bapa: Nak berak.

Anak: Kenapa papa buka kasut, papa?

Bapa: Supaya senang nak buka seluar.

Anak: Kenapa kena buka seluar pape?

Bapa: Sebab nak berak.

Anak: Kenapa kalau nak berak kena buka seluar papa?

Bapa: Hmm... kejaplah, papa nak berak ni.

Anak: Oh okay. 

Selepas 5 saat....

Anak: Kenapa kalau nak berak kena buka seluar, papa?

Bapa: Supaya seluar tak kotor. Dahlah, papa nak berak kejap.

Anak: Oh, okay okay..

Selepas 5 saat...

Anak: Kenapa kalau tak buka seluar, nanti seluar kotor papa?

Dan perbualan mereka terhenti di situ kerana suami saya terus keluar dari washroom sebab tak tahan nak gelak. Budak-budak kecil ni kan, soalan tahap langit ketujuh dia bagi. Topik berak saja pun dah 60 soalan. 

Selepas suami ceritakan kisah itu kepada saya, kami berdua gelak barai siap hentak-hentak kaki. Hahaha! Dan tiba-tiba Haikal datang dan bertanya,

"Mama, kenapa manusia kena ada kuku?"

Suami pun jawab dengan nada bergurau, "Supaya Haikal senang nak korek hidung," 

"Ooo macam tu. Tetapi kenapa hidung kena ada lubang? Dua pulak tu," soal Haikal lagi. 

Aaarrghhh! Soalan ape ni?! *Terbalikkan meja*
loading...