Berita Terkini! - Budak 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta 1Jam

Tags



Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam kereta selama hampir satu jam di pasar raya di Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 1.20 petang itu, mangsa, Rayyan Ashraf Najiy Ashraf Munawil diletakkan di dalam kereta sementara ibu dan datuknya masing-masing berusia 30-an dan 60-an memasukkan barang yang dibeli ke dalam but kereta.
Kanak-kanak itu dipercayai menekan butang kunci di dalam kereta menyebabkan ibunya gagal membuka kenderaan itu sebelum meminta bantuan orang ramai.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Rozi Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.09 petang dan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba, ibu mangsa dan orang ramai yang cuba membuka pintu kereta memaklumkan bahawa kanak-kanak itu sudah terkunci di dalam kenderaan kira-kira 45 minit.
"Bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta yang mengambil masa selama tiga minit dan dapat mengeluarkan mangsa dengan selamat," katanya.


loading...