Bayi Cedera Dicakar Kera Peliharaan



DUNGUN - Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan cedera di bahagian pipi kiri akibat dicakar oleh kera perliharaan bapanya di kediaman mereka di Kampung Sungai Buaya, Khamis lalu, lapor Harian Metro

Mangsa, Khaiffah Nurul Damia Qhalifa Syed Mohd Hishamudin, dicakar oleh kera pada jam 9 pagi ketika dia sedang didukung oleh ibunya, Norhayati Mohd Dahan, 36. 

Menurut bapanya, Syed Mohd Hishamudin Syed Mohd Yassin, 36, berkata, dia memelihara haiwan berkenaan sejak 3 tahun lalu dan menambatnya pada sebatang tiang berhampiran rumahnya. 

"Ketika kejadian, isteri keluar untuk mengambil selipar di belakang rumah dan anak saya merengek mahu mengikutnya. Lalu isteri mendukungnya dan berjalan ke belakang rumah. 

"Ketika melalui kawasan itu, kera berkenaan tiba-tiba melompat dan menarik rambut sebelum mencakar pipi anak saya dan menyebabkan dia menjerit kesakitan. 

"Saya yang mendengar jeritan itu segera keluar dan membawanya ke Hospital Dungun sebelum dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.

loading...