Kalau Dah Ajal, Hajat Terakhir Anggota Polis Tak Kesampaian




Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, Mohd Zabani Zakaria, 25, meninggal dunia dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi.

Katanya, motosikal yang ditunggangi anggota itu melanggar sebelah kanan lori sebelum terjatuh lalu digilis kenderaan lain.

"Mangsa adalah konstabel yang kini bertugas di Balai Polis Batu Feringgi, Pulau Pinang.

"Difahamkan, mangsa akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 31 Ogos ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Md Zukir berkata, akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

loading...