Ustaz ganti kena tahan , Pukul Sampai Cedera Teruk



Sungai Petani: Ustaz ganti sebuah pusat tahfiz, di Sungai Petani, di sini, berusia 27 tahun yang didakwa memukul tiga murid lelaki berusia 10 sehingga 12 tahun direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, suspek yang ditahan 10.10 malam tadi di Parit Buntar, Perak ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Harian Metro hari ini melaporkan tiga pelajar terbabit lebam di badan dan luka di kepala selepas dipercayai dirotan suspek.
Punca kejadian disebabkan tiga pelajar itu melarikan dari madrasah ketika solat Subuh sebelum ustaz terbabit mencari dan menemui mereka berhampiran IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Muda.
Mereka kemudian dibawa ke bilik kuliah sebelum dirotan dihadapan rakan-rakan.
Kejadian berkenaan menjadi viral di laman sosial Facebook dan Whatsapp sejak malam kelmarin apabila gambar badan kanak-kanak berkenaan dipenuhi dengan kesan rotan yang teruk disebarkan.

loading...