Gaya Selebriti Di Karpet Merah Festival Filem Malaysia 27

Pada malam ini telah berlangsung Festival Filem Malaysia (FFM) kali ke 27 yang diadakan bagi mengiktiraf karya serta insan seni yang aktif dalam menghasilkan filem tempatan. Malah pihak FFM sebelum ini katanya mahu menjadikan majlis anugerah ini sebagai majlis yang mampu memberi impak positif kepada industri negara.



Antara barisan artis yang turut hadir memeriahkan majlis anugerah pada malam ini ialah Izara Aisyah, Erma Fatima, Umie Aida, Nad Zainal, Ayu Raudhah, Liyana Jasmay, Scha al-Yahya, Awal Ashaari, Joe Flizzow dan ramai lagi rakan selebriti yang lain.
Untuk pengetahuan anda, pemenang FFM 27 tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi rekaan baharu trofi yang terdapat satu kepingan emas 916. Kami kongsikan beberapa keping gambar gaya selebriti di karpet merah majlis ini yang bertemakan Sehati Sejiwa.




























loading...

Anugerah Suntik Semangat Nur Fazura Terus Lakukan Yang Terbaik

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita Nur Fazura kerana telah berjaya memenangi kategori pelakon wanita terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia di majlis Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27).




Dia yang berasa sebak ketika memberikan ucapan kemenangan itu, mengatakan bahawa dia tidak menyangkakan sama sekali kemenangan berpihak kepadanya kerana berpendapat rakan-rakan artis yang tercalon bersamanya semua hebat-hebat belaka dan pernah memenangi gelaran keramat itu.
“Saya tak menyangkakan sama sekali kemenangan pada malam ini, akan tetapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana berjaya memenangi kategori yang saya idamkan selama ini”
“Persaingan untuk merebut anugerah ini begitu kuat sekali apabila mereka yang tercalon adalah semua yang hebat-hebat belaka seperti Maya Karin, Sara Ali, Lisa Surihani dan ada di antara mereka pernah memenangi anugerah tersebut. Mungkin tahun ini rezeki berpihak kepada saya,” katanya penuh gembira.
Tambahnya, sebagai pelakon ini ialah merupakan anugerah yang paling berprestij sekali dan sentiasa diidamkan oleh semua pelakon walaupun hanya memenanginya sekali sahaja sepanjang berada dalam karier lakonan.
“Anugerah ini sentiasa dinanti-nantikan oleh semua pelakon dan Alhamdulillah selama saya berkecimpung dalam industri inilah anugerah yang terbaik pernah saya terima kerana ini bukanlah anugerah yang melibatkan populariti tetapi hasil kerja kita yang terbaik dan dinilai oleh juri”
“Ini menjadikan suntikan semangat untuk saya terus berusaha dalam bidang ini,” jelasnya yang tidak mahukan anugerah yang bersifat popular dan diundi oleh peminat tetapi mahukan anugerah yang menilai hasil usaha kerasnya selama ini.
Sementara itu, Fazura berkata anugerah ini merupakan pembakar semangatnya untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik di masa depan dan menjadi dorongan dan semangat untuk dirinya terus berjaya dalam karier di samping karya yang berkualiti.





loading...

Lelaki Harapan Dunia Ungguli FFM 27


Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-27,yang diadakan di Dewan Plenary, KLCC akhirnya melabuhkan tirai dengan jayanya apabila filem kontroversi arahan Lien Seng Tat berjaya mengungguli anugerah utama Filem Terbaik serta Anugerah Pengarah Terbaik.

Filem Lelaki Harapan Dunia turut mengungguli kategori Pelakon Kanak-kanak terbaik menerusi lakonan mantap adik Raykarl Iskandar dan turut memenangi kategori Cerita Asal Terbaik.
Sementara itu, kategori-kategori seperti pelakon lelaki terbaik Lee Sai Peng menerusi filem The Journey manakala aktres Nur Fazura berjaya merangkul anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.
Berikut ialah senarai 20 pemenang setiap kategori:
1. Filem Terbaik : Lelaki Harapan Dunia
2. Pengarah Terbaik : Siew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
3. Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu : The Journey
4. Pelakon Lelaki Terbaik : Lee Sai Peng (The Journey)
5. Pelakon Wanita Terbaik : Nur Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Amirul Affendi (Terbaik Dari Langit)
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)
8. Pelakon Harapan Lelaki : Kodi Rasheed (Ophilia)
9. Pelakon Harapan Wanita : Dawn Cheong (Cuak)
10. Pengarah Harapan : Raja Mukhriz (Ophilia)
11. Lakon Layar Terbaik : Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
12. Cerita Asal Terbaik : Siew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
13. Pelakon Kanak Kanak Terbaik : Rayqal Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)
14. Sinemortografi Terbaik : Eric Yeong (The Journey)
15. Penyunting Terbaik : Adilan Azemi (Dollah Superstar)
16. Filem Box Office : The Journey
17. Karyawan Sepanjang Zaman : Othman Hafsham
18. Anugerah Khas Juri 1 : The Great Lion
19. Anugerah Khas Juri 2 : Amir & Loqman Pergi Ke Laut
20. Anugerah Khas Juri 3 : Terbaik Dari Langit
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang dan semoga melalui anugerah ini, ia akan membantu untuk menggalakkan lagi industri perfileman tanah air untuk menghaasilkan karya yang berkualiti dan boleh dibanggakan.


loading...

LUAHAN NORA DANISH, SAYA BUKAN JENIS PEREMPUAN KEMBALI KE BEKAS SUAMI


Berbaik dengan berkas mertua nora danish mendapat tohmahan dari beberapa pengguna instagram yang busuk hati dengan kebahagian itu. Ada yang sampai mengheret nama jejai dalam cerita ini

Kata Nora beliau bukanlah jenis perempuan yang suka kembali ke bekas suami, keluar dengan bekas mertua hanyalah satu cara untuk merapatkan hubungan mereka,



Pesan nora kepada yang batu api tu supaya tak bangkit isu ni di kemudian hari.

loading...

'Izara Aishah' Letakkan Syarat Pemakaian Dalam Lakonannya


Mengakui mulai rasa kurang selesa sejak membintangi filem Sejoli lagi, Izara Aishah mengakui dia kini sudah meletakkan syarat dari segi soal pemakaian oleh kerana beberapa penampilan dirinya yang agak seksi di dalam filem sebelum ini.




“Bila saya tonton semula lakonan saya dalam Sejoli, saya mula sedar dan berasa tidak selesa. Jadi, sekarang saya letakkan syarat tidak mahu tampil dengan pemakaian yang terlalu terdedah”.

“Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi tu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi. Namun, dari segi lakonan pula, saya tidak letak syarat apa-apa”


“Lagipun saya percaya yang kekasih saya faham mengenai bidang kerja saya sebagai seorang pelakon. Asalkan saya tahu menjaga diri dan batasan,” katanya yang turut menafikan kepada peminat bahawa dirinya sudah semakin sombong ketika ini kepada Malaysian Digest.

loading...

SENARAI NAMA PENERIMA BR1M | BANTUAN BR1M 1MALAYSIA



SENARAI NAMA PENERIMA BR1M | BANTUAN RM500 Tahniah diucapkan kepada mereka yang tersenarai untuk menerima bantuan RM500 untuk PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA. Kepada semua penerima bantuan RM500 yang tersenarai akan mendapat satu surat rasmi menyatakan permohanan anda telah DILULUSKAN dan dikepilkan bersama SATU BAUCER yang menunjukkan no kaunter dan nombor siri penerima bantuan.. Satu lagi surat jemputan menyatakan tempat, tarikh dan masa juga turut dikepilkan kepada rakyat yang layak menerima bantuan RM500 tersebut. Sekali lagi tahniah diucapkan..

Kepada yang belum menerima jawapan atau apa2 surat, diharap bersabar kerana buat masa sekarang, pemberian wang bantuan diberikan untuk fasa pertama. Diharap kepada mereka yang sudah menerima surat tawaran tersebut, sila hadir ke majlis pada hari dan masa yeng telah ditentukan... Anda akan diberi RM500 secara tunai pada hari tersebut.

Untuk makluman, tak ada sebarang senarai nama yang akan dipaparkan di laman internet dan anda cuma hanya menunggu surat di rumah ataupun menghubungi talian seperti tertera dibawah.


SEMAK SECARA ONLINE : https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s






HUBUNGI KAMI 

TALIAN HOTLINE LHDNM:
1-800-88-2716 (BR1M)
KEMENTERIAN KEWANGAN :
03-8882 4565 / 03-8882 4566
loading...

Kejadiah Aneh Batu Bergerak Sendiri Di Padang Pasir


Pernah mendengar tentang keajiban di padang pasir, yaitu ada batu-batu yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan . Bagaimana ini boleh terjadi? Fenomena ini memang membingungkan, bahkan bagi dunia sains sekalipun.

Di tengah keheningan dan panas yang mencapai 50 darjah celsius di Lembah Kematian (Death Valley), California, Amerika Serikat (AS), batu-batu besar itu nampak bergerak pelan, tanpa dibantu, melintasi padang pasir. Batu-batu itu, beberapa di antaranya lebih dari 100 kg, maju sedikit demi sedikit dalam keanehan, dalam pola garis lurus melintasi permukaan lembah yang datar. “Perjalanan” batu-batu itu dicatat mencapai 318 meter per tahun.

Para sains yakin fenomena itu disebabkan sejumlah keadaan cuaca khusus yang datang bersamaan. menunjukkan, sebuah kombinasi dari angin berkecepatan 90 meter per jam, pembentukan ais pada malam hari, dan lapisan tipis tanah liat pada permukaan padang pasir membantu pergerakan batu-batu itu.
jurugambar Mike Byrne (40) bertahun-tahun membuat dokumentari batu-batu yang bergerak misterius tersebut. gambar yang menakjubkan telah memperlihatkan keadaan batu-batu yang meninggalkan bekas di padang pasir yang hampir tidak dijamah manusia itu.
Dia mengatakan, “Beberapa dari batu-batu ini beratnya sama dengan berat manusia dewasa. Sungguh pelikan membayangkan batu-batu meluncur di pasir seperti itu. Kebanyakan dari batu-batu itu ditemui di sebuah tempat yang dikenal sebagai Racetrack Playa, di mana tanahnya sangat datar.”Lembah Kematian merupakan daerah terendah di AS, berada 84 meter di bawah permukaan laut. Daerah itu hampir seluruhnya rata, dan dicatat sebagai tempat terpanas kedua di dunia dengan temperatur 58 darjah celsius.

Tahun 1990-an, sebuah institusi oleh sekelompok ilmuwan yang dipimpin Professor John Reid, dari Hampshire College, Massachusetts, AS, mencuba menjelaskan pergerakan batu-batu itu.  tersebut menyimpulkan, batu-batu itu mungkin bergerak ketika menyatu dengan lapisan pembentukan sis pada permukaan pasir ketika malam hari.


Ketika pasir meleleh, Profesor Reid mengatakan, batu-batu itu juga ikut bergerak bersama ais dan angin, itulah yang membentuk pola-pola pergerakan tersebut.

loading...

Berita Terkini! - Abam (Bocey) Mencari Cinta Sejati Dan Beristeri



Mengakui berkenalan dengan beberapa wanita dan turut berniat menjadikan mereka isteri, Abam Bocey bagaimanapun dalam masa yang sama turut makan hati apabila ada wanita yang berkenalan dengan dirinnya hanyalah kerana atas status Abam yang bergelar selebriti.

“Saya ada berkenalan dengan beberapa wanita dan memang berniat untuk dijadikan teman wanita sekaligus calon isteri. Apabila saya membawa mereka ke rumah bertemu ibu, mereka seperti kurang mesra dan lebih banyak buat hal sendiri, sedangkan niat saya kalau boleh biarlah mereka lebih rapat dengan ibu dan boleh jadi penemannya ketika saya sibuk”
“Sedih juga dengan keadaan itu, namun saya tidak akan berputus asa walaupun perkenalan ada yang bertahan tiga hari saja,” jelas Abam kepada Harian Metro selain menyatakan bahawa dia tidak akan menjadi kurus kerana mahu mengekalkan jenamanya melalui tubuh badan gempal.
Buat Abam, bersabarlah. Mungkin jodoh Abam akan hadir ketika masa yang tidak dijangka-jangka. Lambat laun pasti ada wanita ikhlas yang turut berniat menjadikan Abam sebagai suami.
loading...

Berita Terkini! - Nora Danish Berusaha Untuk Jadi Ibu Terbaik



Bagaikan tiada penghujung, nama Nora Danish bagaikan tidak pernah lekang daripada menjadi bahan kontroversi. Selain kisah peribadinya bersama bekas kekasih, Nora juga turut dikatakan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu terhadap anaknya, Rayqal.

“Siapa tidak sayang anak? Sebagai ibu, kalau boleh setiap masa asaya mahu berada di sisi Rayqal dan tidak mahu berkongsi kasih sayang ini dengan sesiapa pun. Tapi saya terpaksa akur kerana dia juga masih ada bapa dan datuk serta nenek yang amat menyayangi Rayqal”
“Jadi saya harus bergilir-gilir dengan mereka. Tiga hari Rayqal bersama saya, lima hari di rumah datuk dan neneknya manakala tigak hari lagi bersama Jejai. Sebagai cucu sulung, Rayqal menjadi kesayangan ibu dan bapa mentua saya, mereka terlalu sayang kepadanya”
Pada waktu sama, Rayqal juga seronok bersama mereka kerana rumah datuk dan neneknya lebih luas serta ada sepupu yang hampir sebaya tinggal bersamanya. Jadi Rayqal tidak sunyi di sana. Ibu mentua saya seorag yang sangat baik jadi saya perlu balas budinya”
“Saya bukan menggunakan Rayqal untuk memancing mereka, Rayqal adalah cucu mereka. Jadi mentua turut mempunyai hak ke atas Rayqal. Mungkin orang tidak perasan, sebenarnya sudah lama saya cuba menjauhkan diri daripada keluarga mentua”
“Saya mengelak daripada terlalu kerap menghadiri acara yang dianjurkan mereka kerana tidak mahu dituduh masih mengharapkan keluarga mentua. Orang tidak perasan semua itu, tetapi mereka terus menerus menghentam saya sehingga ibu saya turut diheret sama. Itu yang menyebabkan saya bertambah sedih,” jelas Nora kepada Berita Harian.
Jujurnya, Nora ada pilihan untuk terus melayan haters atau terus fokus pada apa yang diusahakan ketika ini. Akhirnya nanti, hanya diri sendiri tahu apa yang benar. Semakin dilayan kritikan, semakin lambat langkah Nora untuk terus ke hadapan. Apa pun, terpulang kepada empunya diri untuk terus tenggelam melayan perkara negatif atau terus tumpukan perhatian untuk masa hadapan.

loading...

Berita Terkini! - A. Aida Upah Bodyguard Demi Keselamatan Diri, Elak Perkara Tidak Diingini Berlaku


Setelah menerima mesej berbaur lucah daripada individu yang tidak dikenali di Facebook sejak beberapa tahun lalu, penerbit dan pelakon A.Aida mengambil keputusan untuk mengupah pengawal keselamatan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Sudah beberapa tahun juga saya terima mesej gangguan seksual seperti gambar yang tidak sepatutnya menerusi ruangan mesej di laman sosial Facebook. Ada suatu masa individu itu menghantar gambar dan mesej hampir setiap hari”
“Saya bimbang juga, namun setakat ini saya belum buat sebarang laporan polis kerana belum benar-benar mengancam keselamatan saya. Sejak itu juga saya ambil khidmat pengawal peribadi untuk menjaga saya ketika berada di luar”
“Sekurang-kurangnya bila ada pengawal peribadi saya tidak risau tentang keselamatan selain dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” jelasnya kepada mStar Online selain dia turut bersyukur terhadap rezeki yang dilimpahkannya ketika ini.
loading...

Berita Terkini! - Uqasha Senrose Nafi Berkunjung Ke Kelab Malam Tanpa Hijab



Bukan pertama kali sebenarnya kami dengar khabar angin tentang Uqasha Senrose dan kononnya beliau tidak tetap pendirian dalam bertudung. Ada yang mengatakan pelakon ini sekadar memakai hijab di hadapan kamera namun membukanya jika keluar bersama kawan kawan.
Terbaru, ada pula sumber yang mengatakan Uqasha Senrose berkunjung ke kelab hiburan tanpa mengenakan tudung tetapi hanya bertopi. Berat juga khabar angin yang melanda diri selebriti ini.
“Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung. Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini,” jelas Uqasha Senrose kepada mStar Online.
Beliau ditemui media ketika pelancaran Uqasha Senrose Collection yang merupakan cabang perniagaan yang dicuba pelakon ini untuk memajukan dirinya.
“Sejak berhijab, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah. Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punyai jenama tudung sendiri,” tambahnya lagi.
loading...

Berita Terkini! - Tomok Bersyukur Isteri Kini Sudah Berhijab, Harap Penghijrahan Berterusan


Melalui perkongsian gambar terbaru di akaun Instagram miliknya semalam, Tomok telah berkongsikan gambar isterinya yang kini sudah pun mengenakan hijab sepenuhnya. Malah, menurut Tomok, dia sangat gembira dengan perkara tersebut ketika dihubungi 1MalaysiaBerita.




“Dia mula bertudung mulai semalam. Alhamdulillah, terbuka pintu hati dia untuk bertudung dan saya sangat-sangat gembira dengan perkara ini. Maklumlah, perkara inikan adalah satu kewajiban dan saya berharap penghijrahan ini adalah berterusan,” jelas Tomok mengenai perkara berkenaan.
Tambah Tomok, hari ini (1 September) juga merupakan hari lahir isterinya yang tercinta itu dan mereka meluangkan masa bersama-sama. Selain itu, penghijrahan isteri Tomok itu juga diiringi ucapan tahniah di Instagram selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Buat isteri Tomok, selamat menyambut hari lahir dan semoga perjalanan keluarga anda dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki yang tidak henti-henti. 


loading...

Berita Terkini! - Kakak Penguat Semangat Untuk Chacha Maembong Hadapi Cemuhan



Tidak mahu berselindung, Chacha Maembong mengakui malu keranca sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain malah perkara itu turut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama rakan baru.

“Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih. Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down”
“Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah. Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja.
“Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun,” jelasnya kepada mStar Online.

loading...

Berita Terkini! - Ashraf Muslim Abadi Detik Detik Bahagia Bersama Keluarga


Bermula dengan kontroversi mengenai pernikahan bersama isteri kedua kemudian ditambah pula dengan pelbagai lagi rentetan cerita mengenai pasangan ini, kini apa yang terzahir melalui gambar oleh Photolicius ini bagaikan bukti bahawa keluarga Ashraf Muslim kini semakin utuh.


Malah apa yang lebih menggembirakan, Ashraf bakal dikurniakan dua cahaya mata, seorang bersama isteri pertamanya, Noor Dayana dan juga isteri keduanya, Wan Sakinah. Malah, melalui komen daripada peminat juga ternyata mereka berkongsi kegembiraan atas berita tersebut.
“Bagi saya biarlah mereka nak bercakap, ini hal keluarga saya dan ia tidak boleh dikongsikan dengan orang lain tapi kalau mereka masih mahu bercakap saya tidak boleh berbuat apa-apa tapi yang berdosanya mereka”
“Kalau saya jelaskan perkara sebenar pun tidak ada guna kerana mereka masih akan bercakap perkara yang buruk. Yang penting saya perlu didik keluarga saya supaya lebih bersabar dan perlu faham kerana mereka bersama selebriti yang sering ditembak sana-sini,” kata Ashraf sebelum ini.
loading...

Berita Terkini! - Remy Ishak Anggap Nad Zainal Sebagai Rakan Kerja




Nama Remy Ishak baru-baru ini turut terpalit dengan kontroversi melibatkan Nad Zainal apabila pelakon wanita berkenaan didakwa menyukai Remy melalui pendedahan oleh bekas pengurus Nad sebelum ini.


“Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang biasa dalam industri di mana orang saling dihubungkaitkan. Tapi bagi saya, sebenarnya tak sepatutlah bila orang yang bermasalah itu mengaitkan orang lain dalam perkara ini. Pada saya, ini soal profesionalisme dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku”
“Apa yang bekas pengurus dia cakap itu tidak ada apa-apalah. Saya tak berani nak cakap orang itu fitnah sebab saya sendiri tak berada dalam situasi. Tapi jika dia ada cerita tentang isi hati dan sebagainya, perkara itu di luar bidang kuasa saya”
“Walaubagaimanapun, perkara itu memang tidak pernah berlaku (Nad luah perasaan) sepanjang saya bekerja dengannya sebanyak dua kali,” jelas Remy kepada Tonton Extra selain menjelaskan bahawa mereka berdua menyifatkan gosip Nad meminati Remy itu sebagai sesuatu yang lucu.

loading...

Berita Terkini! - Akim Ahmad Mahu Stacy Dalam Islam Sebelum Kahwin



Demi menyatakan rasa cinta yang utuh dan sejati kepada bakal isterinya nanti, Akim Ahmad memberitahu bahawa pengorbanan Stacy memeluk Islam akan mengingatkan dia dan melarikan pandangannya daripada melihat wanita cantik yang lain.

“Walaupun saya tahu pengorbanan yang dibuat bukan untuk saya, tetapi saya menganggap kesanggupannya memeluk agama Islam ada kaitan dengan saya. Pengorbanan itu akan mengingatkan dan melarikan pandangan saya terhadap wanita-wanita cantik (yang berada di sekelilingnya).
“Nak cakap tentang jaminan saya kepadanya, saya tak berani kerana saya hanyalah manusia biasa,” jelasnya kepada mStar Online. Bagaimanapun, menurut Akim, dia mahu memberi ruang kepada Stacy untuk mendalami Islam sebelum berkahwin.
“Saya mahu memberi ruang buat Stacy mendalami Islam dahulu sebelum merancang ke arah itu. Nak ikutkan sekarang saya nak kahwin. Tetapi saya mahu beri masa dan ruang kepada dia. Alhamdulillah, selain memberi semangat dan motivasi, saya ada datang ke rumahnya solat bersama,” kata Akim lagi.

loading...

Berita Terkini! - Lisa Surihani Nafi Laporan Sudah Bersalin


Macam macam cara orang lakukan di internet untuk menjadi cepat popular dan sebarkan berita palsu nampaknya menjadi pilihan ramai sejak akhir akhir ini. Selebriti antara yang sering menjadi popular taktik kotor ini.
Terbaru menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Lisa Surihani tampil menjelaskan satu khabar angin yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa dirinya kini sudah selamat bersalin — lengkap dengan gambar bayi pasangan itu lagi katanya.



“Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa2, saya masih belum bersalin buat masa ini. Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar”
“Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya?” tulis Lisa Surihani yang tampil menjelaskan perkara sebenar.
Tidak manis sebenarnya untuk sebarkan perkara sebegini ini kerana ianya akan kelirukan rakan rakan dan ahli keluarga terdekat yang sememangnya menantikan berita baik dari pasangan ini. Kita doakan yang baik baik sahaja ya.

loading...

Berita Terkini! - Nora Danish Nafi Kembali Bercinta Dengan Nedim


Tidak menafikan akan bercinta semula bersama Nedim (jika ada jodoh), Nora Danish dalam masa yang sama menjelaskan bahawa buat ketika ini dia lebih selesa solo atau seperti yang Nora pernah katakan sebelum ini – cinta tak semestinya memiliki. Ini quote dari filem mana ya?



“Benar kami ada keluar bersama kerana kami masih bersahabat baik. Masing-masing sudah dewasa dan boleh berfikir secara matang. Seandainya ada jodoh, kami akan bercinta semula. Namun, buat masa ini saya lebih selesa begini”
“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, cinta tak semestinya memiliki. Kami putus bukan kerana kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan ada perkara yang perlu kami selesaikan dulu,” jelas ibu tunggal ini kepada BH Online.
Selain itu, tambah Nora yang mengakui namanya kini sering diburukkan di pelbagai platform sosial yang lain, dia menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak menjejaskn langsung dirinya selain turut tenang dengan apa yang melandanya ketika ini.
loading...

Berita Terkini! - Rita Rudaini Mengamuk Dengan Datin Dalam Kapal Terbang


Tidak berpuas hati dengan sikap seorang wanita berpangkat Datin seperti yang didakwa Rita Rudaini ketika menaiki penerbangan pulang dari kota London, dia telah berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
BACA: Rita Rudaini Bawa Anak Ke London Raikan Birthday


Menurut Rita di Instagram, semuanya bermula apabila anaknya tertendang kerusi hadapan ketika sedang tidur namun perkara tersebut telah membuatkan wanita berpangkat Datin berkenaan naik angin dan bertindak menaikkan suara kepada pelakon tersebut.
Menceritakan dengan panjang lebar perkara berkenaan dan meluahkan rasa tidak puas hatinya, rata-rata peminat Rita menyokong tindakannya yang tidak membalas kembali apabila ditengking oleh wanita berkenaan malah ada juga peminat yang turut terikut emosi situasi itu.
Apa yang lebih penting, Rita dan anaknya selamat sampai. Mungkin apa yang terjadi boleh juga dijadikan pengajaran kepada orang lain. Tidak sabar kami nantikan perjalanan seterusnya Rita bersama anak-anak.
loading...

Berita Terkini! - Diperkosa ‘kekasih’ teman serumah



Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 22 tahun bukan saja disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di rumahnya di Jalan Changkat Thambi Dollah di Pudu, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa menyangka suspek teman lelaki rakan sebiliknya.
Menurut sumber, mangsa yang baru pulang ke rumah mendakwa hendak ke bilik air sebelum melalui kawasan dapur.
“Dia (mangsa) melihat kelibat seorang lelaki tetapi tidak mengendahkannya kerana sangkakan individu terbabit adalah teman lelaki rakan serumahnya.
“Sebaik keluar dari bilik air, mangsa mendakwa sekali lagi melalui kawasan dapur berkenaan untuk ke biliknya sebelum dihampiri suspek,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek kemudian meletakkan pisau di badan mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan wang tunai dan barang kemas miliknya.
Katanya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee untuk siasatan dan tindakan lanjut.
loading...

Berita Terkini! - Remaja 13 tahun rogol adik perempuan 8 tahun setelah menonton video lucah



BLACKBURN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Blackburn, England telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.

Budak  yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.

Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'.

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau,  manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .

Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'.

"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.

"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.

Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah.

Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.

Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.

Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.

Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.
Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua  yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian."

Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.

"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.

"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya.
loading...