Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Perghhh makin hangat percintaan Sharnaaz Ahmad dengan Noor Nabila ni. Kami dapat kiriman di inbox beberapa foto sempena hari jadi Noor Nabila. Memang sepadan la kami tengok pasangan ni. Muka pun masing-masing macam ada iras sikit. Hehe. Jom kita layan foto-foto ni. Biar gambar yang berbicara.










loading...

Diana Rafar Memendam Hati Bila Zamarul Hisham ‘Kaki’ Vape #VapeOn



Sekarang ni kalau kita pergi mana-mana je mesti nampak orang vape. Tak kira lah lelaki atau perempuan, mesti berasap je kat mulut tu. Tapi takpe lah, tu hak masing-masing cuma kalau nak vape on tu tengok tempat lah juga kan.
Tak terkecuali vagi artis-artis pun galak ber vape on. Macam Diana Rafar baru-baru ni memuat naik gambar di Instagram dan meluahkan rasa ‘kecewa’ terhadap Zamarul Hisham yang gemar mengumpul vapor sampai di tahap membazir. Hmm apa cerita ni?

‘Vape off please!’



‘Tolong jgn bazir duit’




Berikut antara komen-komen dari followers Diana di Instagram yang turut menyokong demi kebaikan dan kesihatan Zamarul Hisham dan ahli-ahli vapor di luar sana. Alaa isteri yang mana tak risau benda yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada orang tersayang kan? Think positive!
Sumber: Instagram Diana Rafar

loading...

Gambar Juliana Evans Memukau Di Festival Filem Malaysia Ke 27

Tak kisah korang nak cakap apa. Juliana Evans memang memukau sungguh di Festival Filem Malaysia ke 27. Sejak balik dari Amerika Syarikat, makin lama makin cantik Juliana Evans ini. Untunglah jejaka yang dapat mencuri hatinya. Bijak, cantik, bergaya dan menawan. Pakej lengkap!!!


Tak sabar nak tunggu saat di mana Juliana Evans mengumumkan hatinya sudah dimiliki. Tertanya-tanya jejaka yang manakah akan berjaya mencuri hatinya. Sementara Juliana Evans masih single, marilah kita mengkagumi keindahan ciptaanNya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
















loading...

Shah Iskandar Tayang Kekasih Di Instagram - 3 Foto

Pernah di kaitkan dengan kakak Anzalna Nasir dan juga penyanyi Rafidah Ibrahim baru-baru ini, hati Shah Iskandar nampaknya sudah dimiliki orang yang bukan daripada bidang seni, apabila beliau telah berkongsi foto cinta hatinya itu di Instagram.
Sering memuat naik foto mereka bersama, Shah kini kelihatan lebih terbuka untuk berkongsi kisah peribadinya kepada ummum.


Terus terang, kekasihnya yang dikenali di Instagram dengan nama iamsarahnorris mempunyai rupa paras ala Chinese sedikit dan kalau di lihat mereka memang cukup sepadan dan ramai peminat Shah mendoakan agar mereka berdua bahagia.
Berikut beberapa lagi foto Shah Iskandar dan kekasihnya khas buat peminat beliau.



loading...

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki


Perkongsian isteri arwah Harun Salim Bachik, Suriati Mohd Noor melalui Melodi baru-baru ini cukup meruntun hati dia menjelaskan perkara sebenar mengenai perjalanan hidup mereka selepas pemergian pelakon tersebut.

“Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga”
“Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,” jelas Kak Su menahan air mata. Selain itu, dia juga menjelaskan bahawa suatu produk akan dilahirkan di bawah jenama Harun Salim Bachik demi meneruskan legasi arwah.
Walaupun arwah sudah tiada, tetapi apa yang Afdlin lakukan benar-benar membuktikan erti persahabatan yang sebenar. Perlakuan baik tidak memerlukan pertalian darah daging namun hati yang ikhlas mampu menyentuh banyak hati. Semoga Kak Su tabah dan sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan dan sentiasa dilimpahkan rezeki.

loading...

Uqasha Senrose Nafi Jual Tudung Kerana Ikut Trend Semasa



Hadir dengan jenama tudung sendiri baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose menyatakan bahawa dia bukannya menceburi bidang perniagaan hanya semata-mata di atas dasar trend dan mengikut peredaran masa.

“Menerusi perniagaan hijab Uqasha Senrose yang diusahakan bersama keluarga, diharap khalayak akan berhenti melihat saya sebagai artis kontroversi. Sebaliknya, mula lihat sisi berbeza saya”
“Saya berniaga bukan kerana ikut trend atau selepas melihat kejayaan artis lain. Cuma peluang itu hanya tiba sekarang. Saya tidak nafikan, dalam perniagaan pasti ada pesaing, tetapi saya percaya terhadap rezeki Allah,” jelasnya kepada Kosmo!.
Menurut Uqasha, idea untuk hadir dengan jenama hijab sendiri tersebut bermula apabila ramai peminat sering bertanyakan hijab yang sering digayakannya di laman sosial Instagram dan akhirnya jenama tudung itu sendiri baru saja dilancarkan baru-baru ini.

Menyentuh soal cinta, Uqasha menyifatkan Iqram Dinzly yang kini sedang hangat digosipkan bersamanya hanya sebagai abang selain menyatakan bahawa pelakon tersebut banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan terhadapnya.







loading...

Tutorial Cara Mengatasi Stage Fright pada Smartphone Android


Mendengar istilah Stage Fright, apa yang ada di dalam benak anda? Mungkin sebahagian besar pengguna smartphone Android masih asing dengan yang namanya Stage Fright. Ok, untuk mengatasi masalah virus ini kami ada cara untuk mengatasinya.
Stage Fright sebenarnya merupakan bugs yang biasa terjadi pada sebuah perangkat dengan sistem operasi Android. Bugs tersebut memungkinkan perangkat untuk disusupi virus atau malware melalui Multimedia Message Service alias MMS. Tak heran jika masalah tersebut membuat banyak pengguna Android menjadi resah.

Oleh kerana itu beberapa vendor smartphone sudah melancarkan beberapa sistem update operasi untuk mengatasi masalah ini. Salah satunya adalah vendor smartphone lokal Nexian yang melancarkan update LMV48K pada smartphone Android One buatannya. Dan hal tersebut juga dilakukan oleh beberapa vendor smartphone lainnya.
Namun bagaimana dengan vendor yang tidak memikirkan cara untuk mengatasi permasalahan stage fright ini? Jangan bimbang kerana kali ini kami akan berkongsi mengenai cara mengatasi stage fright pada smartphone Android. Penat? baca sebaik mungkin cara-cara berikut:-
  1. Pertama-tama siapkan secawan kopi / teh / milo hehehe
  2. Setelah itu buka smartphone anda dan masuk ke menu Message. Biasanya di setiap smartphone memiliki nama yang berbeza. Ada yang bernama “Message”, atau “Text”
  3. Setelah itu masuk ke pengaturan atau settings Message tadi
  4. Pilih bagian Multimedia Message Service atau MMS
  5. Setelah itu cari pengaturan tentang pengambilan MMS secara automatik
  6. Apabila sudah jumpa, offkan option tersebut. Tujuannya adalah ketika anda menerima MMS, maka MMS tidak akan masuk secara automatik sebelum diluluskan oleh pemilik perangkat Android. Kerana boleh jadi MMS yang diterima mengandungi  malware atau virus berbahaya
  7. Jika anda menggunakan smartphone dual SIM, lakukan cara tadi pada kedua slot SIM card anda

Bagaimana, cukup mudah bukan?
loading...

7 TAHUN TIDAK 'BERSAMA' ISTERI KERANA NAFSU DIKUNCI AMAH


"Sudah hampir tujuh tahun saya tidak 'bersama' isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan saya jadi tak bermaya, namun keadaan jauh berbeza apabila saya melihat perempuan lain."


Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah tangganya Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan melulu,sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.


"Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.


Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual," katanya kepada Harian Metro.Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.


"Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

loading...

Gosip Bercumbu Calarkan Hati Keluarga - Tasha Shila


Kasihan dengan pelakon popular Tasha Shila atau nama penuhnya Natshashiela Abdul Razak, 26 apabila dirinya selalu dikaitkan dengan aktiviti yang tidak elok. Banyak tohmahan dicalitkan kepadanya. 

Kalau sebelum ini, dia digosipkan pernah ditangkap khalwat, kini dia dikatakan bercumbuan di khalayak ramai pula dengan teman lelakinya yang bernama Hans di sebua kafe terkemuka.

"Ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila anak mereka digosipkan dengan perkara-perkara memalukan?  Sudahlah sebelum ini ada berita kononnya saya ditangkap khalwat. Sekarang pula, saya dikatakan bercumbuan di khalayak ramai." 
"Walaupun mak dan ayah tahu cerita sebenar, tetapi mereka terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada rakan-rakan dan saudara. Mujurlah mereka faham dan percayakan saya," katanya .
Pada 4 Disember lalu, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan Tasha Shila telah bercumbuan di khalayak ramai namun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Tasha Shila. Tak mungkin dia akan melakukan perkara tersebut lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.
"Saya seorang yang tidak mudah melenting dengan apa-apa isu yang timbul. Tetapi janganlah 'provoke' saya dengan cerita-cerita rekaan sendiri. Kalau nak cakap isu ini telah mencalarkan nama saya, rasanya gosip sebelum ini lagi teruk." 
"Tapi sampai bila gosip-gosip buruk sebegini mahu berterusan? Selagi saya boleh tahan, saya tahan. Tetapi bagaimana dengan mak dan ayah? Jangan sampai saya terpaksa mengehadkan kemesraan saya bersama orang sekeliling saya," tuturnya.


loading...

Chacha Maembong Tidak Kisah Kena Kutuk



Sebelum ini kenyataan adik kepada aktres Emma Maembong, iaitu Chacha Maembong memberitahu bahawa dia berasa malu dan rendah diri apabila disindir atau dikutuk tidak bersekolah oleh rakan-rakan sebayanya yang lain, akan tetapi dia kini lebih terbuka dan dewasa apabila menganggap perkara itu hanyalah perkara yang remeh.


“Mula-mula memang rasa down serta rendah diri akan tetapi lama-kelamaan saya sudah biasa dan mereka yang mahu bercakap sebegitu cakaplah apa-apa pun. Saya tak kisah kerana sudah banyak pengalaman sebelum ini mendewasakan saya. Sekarang ini saya lebih berkeyakinan dan semangat”
“Apa yang orang mahu perkatakan tentang saya terpulang pada mereka untuk menilainya,” katanya kepada Rotikaya selain menyatakan bahawa dia bersama barisan kakak-kakaknya iaitu Emma dan Yaya akan berganding bahu untuk bersama-sama menjayakan program realiti ala-ala Kim Kardashian yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
“Ya, saya dan kakak saya akan menjayakan program realiti tersebut dan setakat ini tidak ada masalah apa-apa dan saya bergantung semua kepada Emma kerana dia yang banyak menguruskan perkara ini. Lakonan saya masih berlakon seperti biasa walaupun agak sibuk dengan program ini yang akan berlangsung pada minggu hadapan,” ujarnya yang ditemui di Majlis Festival Filem Malaysia Ke-27.
loading...

TAHNIAH! Raja Farah & Iskandar Ismail Selamat Bergelar Suami Isteri


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Raja Farah dan juga suaminya, Iskandar Ismail yang telah pun selamat dinikahkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor hari ini.

Perkahwinan Raja Farah bersama Iskandar sememangnya mengejutkan banyak pihak. Selain itu, sebelum ini, Raja Farah sempat berkongsi cerita mengenai bagaimana pertemuannya dengan suaminya itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.
“Dua hari sebelum Ramadan lepas, saya ada berkunjung ke sebuah restoran. Saya makan bersama kawan-kawan. Rupa-rupanya, di situlah dia nampak saya. Ketika itu, dia beritahu bahawa saya yang senyum kepada dia”
“Mungkin dia ingat saya senyum kepadanya, walaupun mungkin senyuman itu saya lemparkan secara rawak. Dia kemudian mahu terus bertanyakan nombor telefon kepada saya, tetapi dihalang oleh kawannya”
“Dia cerita kepada saya, pada waktu itu, dia tidak tahu pun saya ini pelakon sehinggalah kawannya yang beritahu bahawa orang yang dia rasa senyum kepada dia itu merupakan Raja Farah,” jelasnya kepada Kosmo!
Semoga perkahwinan Farah kali ini akan membawa bahagia yang berkekalan dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar bermula daripada majlis berinai (malam semalam) dan juga majlis pernikahan.











loading...