KAUM WANITA HARUS BACA : KENALI 6 TANDA RAHIM JATUH YANG RAMAI TAK TAHU





Wanita ? Gadis ? Anak Dara ? Remaja ? Tidak kira siapa pun asalkan anda bergelar perempuan tulen.
Korang wajib jaga yang satu ni , susah kalau tidak jaga kelak merana .

Pasti korang tertanya apakah tandanya , jom scroll bawah untuk baca lebih lanjut :



Punca rahim jatuh apabila sikap sambil lewa akan kebersihan dan remeh temeh terhadap kesihtan ramai di kalangan wanita dah berkahwin Di sini kami ingin kongsikan maklumat berkenaan rahim jatuh. Semoga bermanfaat.
Punca-punca rahim turun
1. Jatuh terhentak yg kuat
2. Angkat benda yg berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti
6. Pergerakan yang lasak
Kesan akibat peranakan jatuh
1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika ‘bersama’ suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).
Tanda awal rahim jatuh
1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Cuba Check
1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.

SHARE UNTUK SAMA-SAMA KITA CHECK. 
loading...

Hasrat Berkahwin Lain Dihalang, Lelaki Ini Sanggup Cerai & Halau Isteri Dari Rumah. Rupa-Rupanya…





Betullah seperti dikata orang, kesetiaan seorang wanita akan diuji apabila pasangannya tidak mempunyai apa-apa. Manakala, kesetiaan lelaki pula akan diuji apabila sudah mempunyai segalanya.
Seperti kisah yang nak kami kongsikan kali ini, seorang suami sanggup cerai dan halau isterinya dari rumah hanya kerana orang ketiga. Sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya…

Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat, saya mula rapat dengan Asmat

250200_2276549997331_1356169348_2672486_5453195_n
(Sekadar gambar hiasan)
Lima tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk ceraikan isteri saya dan tinggalkan anak-anak kerana perempuan lain.
Saya berkahwin dengan isteri, Hana atas dasar suka sama suka. Hana ni pendiam, tapi lembut dan baik. Family saya pun Alhamdulillah boleh terima Hana dengan baik.  Lepas Hana bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja guru di sekolah menengah & Hana ikutkan permintaan saya. Hana jadi surirumah sepenuh masa dan jaga saya dan anak dengan baik. Kami hidup bahagia, tambah-tambah lagi Hana waktu tu sedang mengandungkan anak kedua kami.
Rezeki anak-anak, kedudukan kewangan kami makin stabil daripada makan cukup-cukup, dah boleh bawak family jalan-jalan, bercuti.
Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat. Saya perlu berurusan dengan ramai orang salah satunya Mr Goh, dan yang saya perasan, setiap kali meeting, Mr Goh akan bawa secretary dia bersama, Asmat.
Mula-mula saya dan Asmat hanya berurusan biasa tapi lama kelamaan tiap kali meeting, kami mula jadi rapat dan kadang-kadang saya tumpangkan Asmat untuk pulang dengan kereta saya. Tak nak cerita banyak part ni. Asmat memang pandai ambil kesempatan dia tahu saya dah makin tergila-gilakan dia, jadi dia akan ajak saya shopping dan saya akan turutkan semua kehendak dia.
Hana mula perasan perubahan saya tapi dia tak terus melenting. Dia cuma tanyakan beberapa soalan (sebab banyak kali kantoi terjumpa resit beli barang wanita dalam poket seluar).

Hana tak benarkan saya berkahwin lagi, malam tu juga saya ceraikan Hana dan halau dari rumah


1
(Sekadar gambar hiasan)
Lama-lama saya jadi baran, semua yang saya nampak pada Hana dan anak-anak jadi menyakitkan hati. Saya mengaku saya ada perempuan lain. Hana menangis malam tu, saya ingat lagi. Allah, kejamnya saya. Saya ingat lagi saya bagitahu Hana malam tu, yang dia langsung tak menarik, tak cantik macam Asmat yang sentiasa fashionable.
Satu malam, saya buat perkara yang paling saya menyesal seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dengan Hana supaya dia boleh minta Hana izinkan saya berkahwin lagi, dan saya ikutkan je. Bodohnya saya waktu tu.
Hana baru siap tidurkan anak sulung dan baby kami. Bila dia buka pintu untuk sambut saya, muka dia berubah bila nampak Asmat. Tapi dia langsung tak mengamuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk bercakap. Asmat dengan sombongnya arahkan Hana untuk bagi saya izin berkahwin lagi. Tapi Hana berkeras. Katanya kalau perempuan tu orang baik-baik, dia akan izinkan. Tapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak izinkan.
Asmat marah dan merajuk. Dia masuk dalam kereta dan minta saya bagi kata putus. DIA ATAU HANA. Saya masuk balik kerumah, saya marah pada Hana dan waktu tu lah saya lafazkan cerai pada Hana. Saya bagitahu dia untuk kemaskan barang dan keluar rumah esok.
Hana diam sekejap, kemudian dengan perlahan dia sebut “Allahuakbar” sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan anak sulung kami, mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun ke bawah dengan anak-anak dan terus keluar. Tanpa ambil satu helai pun pakaiannya.

Saya berdosa dengan Hana dan anak-anak

Tak lama Allah nak tunjuk, rupanya Asmat cuma mendampingi saya atas niat nak mengikis. Dia nampak kesenangan saya waktu tu. Padahal semua kesenangan tu rezeki isteri dan anak-anak.
Merata-rata saya cari Hana balik. Yang buat saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibubapa saya minta maaf atas salah silap padahal dia takda salah apepun. Mak ayah saya terlalu marahkan saya sampai setahun tak bercakap dengan saya. Tapi lama-lama lembut juga hati. Kesian bila tengok saya macam orang gila talak. Akhirnya diorg bagitahu, Hana keluar negara untuk sambung belajar Master dan terus menetap di situ bersama anak-anak. Mereka tak beritahu saya di negara mana.
Allah, saya rindukn Hana dan anak2.
Buat Hana, ini jalan terakhir abg untuk Hari Hana. Abg tak tukar pun nama2 supaya Hana tahu, ini kisah kita. Abg minta maaf banyak2 syg. Abg silap, abg silap, abg silap. Abg berdosa dengan Hana, dengan anak2. ya Allah, macam mana la Hana jaga anak2 kita yg masih kecik dgn belajar lagi..
Hana Safiyyah, tolonglah. Tolonglah abg..
loading...

"Kak, tak baik seorang isteri berprasangka terhadap suami sendiri,"





Nak cerita tentang sumbang mahram. Nak tak nak, kena percaya ye. Syaitan ini, kerja dia memang menghasut anak Adam sampai kiamat. Lelaki ada 9 akal 1 nafsu. Satu nafsu itu adalah wanita. Fakta. 

"Kak, tak baik seorang isteri berprasangka terhadap suami sendiri,"

Ya Allah sayang, bila saya cakap kena simpan walaupun 1% perasaan berhati-hati bila ada anak perempuan walaupun dengan suami sendiri, maknanya bukan prasangka pada suami atau tanya bermacam-macam pada suami. Hati-hati, berjaga-jaga maksudnya kalau anak ada kelainan ke apa, siasat. Bukan tengah happy-happy awak pergi tanya suami awak,

"Abang ada buat apa-apa tak pada anak?"

Siasat bila awak terjumpa ciri-ciri yang pelik.  Siasat kalau suami awak jenis yang suka tengok filem lucah. Hati-hati kalau pernah ternampak suami awak skodeng anak awak. 

Saya pernah jumpa kes ayah jadikan anak sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan anak. Saya pernah jumpa kes bapa saudara merogol atau menjadikan anak saudara seagai tempat memuaskan nafsu selama tiga tahun dari umur 8 tahun sehingga 12 tahun. Saya pernah jumpa kes bapa tiri merogol anak tiri tetapi ibunya tidak percaya pada aduan anaknya. Sebaliknya lebih percaya pada suami sendiri. 

Luahan sedih seorang follower Facebook saya yang semasa kecil dipaksa melakukan onani terhadap bapanya sampailah dia melarikan diri dari rumah cukup membuatkan saya sedar bahawa memang ada saudara sendiri yang gila dan berperangai syaitan. Tak tunggu orang luar. 

Kebanyakkan ciri-ciri perogol sumbang mahram ini ada ciri-ciri seperti ini. 

1. Suami/lelaki kaki porno walau sudah ada isteri

Dalam handphone kantoi ada video klip lucah. Kalau ciri-ciri ini ada pada suami anda, berwaspada dan jagalah anak-anak anda walau sedikit. Satu kes rogol anak sampai mengandung itu sebab si ayah memang kaki porno dan melakukan penderaan fizikal pada isteri. 

2. Nampak pendiam tetapi mental

Boleh nampak selera peliknya seperti pantang tengok orang catik atau objek-objek yang sewaktu dengannya. Kalau lelaki atau saudara kita ada ciri-ciri suka merenung pada anak-anak, adik-adik perempuan itu, awaslah. 

3. Tak ada iman, tak sembahyang etc

Jenis yang memang kita tak sangka langsung nampak baik. Yang ini paling bahaya kerana kita tidak boleh menjangka tindakan mereka. Awasi kelainan pada anak sebab kadang-kadang manusia bertopeng ini susah nak dijangka. 

Perkara ini berlarutan bila si ibu buat-buat tak kisah, buat tak nampak walaupun mengetahui suaminya itu mempunyai selera pelik suka tonton video lucah, tak nak having sexual intercourse dengan si ibu, kantoi beronani walaupun sudah ada isteri dan sebagainya. 

Si ibu mengambil langkah enggan peduli, tup-tup dapat tahu anak dirogol suami sendiri. Si ibu sendiri tidak percaya apa yang anak beritahu dan menuduh anak mereka-reka cerita, tuduh anak gatal dan sebagainya. Si ibu sanggup bersubahat dengan suami/adik beradik/si pelaku dalam keluarga atas alasan mahu menjaga nama baik keluarga.  Si ibu yang terlalu percaya pada suami sampaikan anak besar umur 7 tahun ke atas boleh lagi salin pakaian depan ayah tanpa bertutup, mandi telanjang bagai. 

Bila pertumbuhan anak bercambah, wajib cipta limit apa yang boleh dan tak boleh antara anak dengan bapa apatah lagi dengan orang lain, lagilah perlu berbuat demikian. 


Si ibu yang terlalu percaya pada adik beradik, datuk dan sebagainya suruh hantar dan ambil anak tuisyen ke kelas waktu-waktu malam walaupun anak berkeras tak nak pergi dengan si polan. Anak menjadi murung dan memberontak. 

Tolonglah, kalau anak tak nak dengan si polan, tolonglah siasat kenapa. Jangan buat dek saja. Dunia akhir zaman, anak rogol ibu sendiri pun ada. Apatah lagi yang lain. Nauzubillah. - Nurulbadiah Lai
loading...

'Jangan Jadi Macam Kakak Ini, Kerja Di Kedai Buku Sahaja' Tetapi Rupa Rupanya Perempuan Ini Bukan Calang Calang




Baru dua hari bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai buku dan alat tulis. Ya, inisiatif saya untuk mengisi masa sementara menunggu panggilan temuduga. Saya lebih suka kerja yang ada interaksi dengan manusia. Jadi saya rasa, tak salah saya mencuba cari pengalaman bekerja sebagai pembantu jualan.

Namun peristiwa hari ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan peringatan kepada kita manusia, terutama pada sahabat yang telah bergelar ibubapa atau bakal menjadi ibubapa.

Kisahnya, saya masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja dan suasana susun atur kedai. Kedai tersebut agak besar dengan lajur-lajur susunan buku yang pelbagai. Ya, saya masih belajar. Bermula sebagai orang baru.

Datang seorang pelanggan.

"Dik, boleh carikan ribbon ni satu gulung? Ada tak?" pinta pelanggan yang datang bersama anak lelakinya berusia lingkungan 5-6 tahun.

"Oh ada rasanya. Nanti saya cuba cari. Sat naa." kata saya sambil pergi mendapatkan bantuan rakan sekerja dan mencari barang yang dikehendaki kerana saya masih belajar tentang selok belok susun atur barang dalam kedai.

Selepas beberapa minit kemudian (sedikit terlambat), sambil membawa riben tersebut.

"Lambatnya cari riben segulung ja pun dik oi," katanya. 

Saya hanya tersenyum dan cuba tak mahu memberi alasan 'sebab baru kerja dua hari'.

Sambil berpaling ke arah anaknya, dia berkata, "Ha Danish, dengar ni cakap Mama. Bila besar nanti kena belajar rajin-rajin and cepat buat kerja. Kalau buat kerja lambat, nanti jadi macam kakak ni, kerja di kedai buku ja. Dah jom pi bayaq kat cashier," mereka terus berlalu pergi.

Saya speechless. Tapi untuk 5 saat saya terdiam sambil rasa nak tergelak. Yang kerja bersama saya semuanya lepasan ijazah. Ada yang sedang menanti menyambung pengajian sarjana. Dalam fikiran saya pada ketika itu cuma kasihan pada anak lelakinya. I wish someday, your mom will change the way she nurture you as you grow up. Atau ini memang cara didikan moden buat anak-anak millenia? Heh. Selamat malam. - Nurlisa Kamal
loading...

LELAKI WAJIB BACA!!! CARA KETAHUI SIFAT PEREMPUAN DARI BENTUK BIBIRNYA DAN YANG LAST SEKALI TU....PAHAM PAHAM LA YER





Percaya tidak kalau anda dapat membaca sifat teman, pacar atau mungkin keluarga wanita anda dari bentuk bibirnya saja. Setiap orang memiliki karakter bawaan yang sudah diwariskan oleh Tuhan, apalagi wanita yang memiliki banyak karakter dari bentuk tubuhnya.
Salah satunya adalah bentuk bibir yang berbeda-beda, dan hal ini akan sangat menarik sekali untuk diketahui. Bentuk bibir kecil, sedikit monyong, besar, dan bentuk bibir lainnya lucu sekali bila dilihat.

Apalagi di saat wanita sedang berkumpul rasanya dunia milik mereka saja, pasalnya jika para pria berkumpul tidak akan seheboh gerombolan wanita. Jadi wajar saja banyak yang menyebut wanita biang gosip. Gosip seakan-akan sudah mendarah daging bagi mereka.
Bibir Atas dan Bibir Bawah Tipis

Karakter pemilik bibir ini adalah pekerja keras, bertanggung jawab, dan pantang putus asa. Biasanya anda terkenal sebagai orang yang memiliki ekspetasi tinggi terhadap hal-hal yang anda lakukan dan memiliki selera berlevel tinggi. 

Serius juga merupakan karakter anda.Sayangnya anda bukan tipe orang perasa, anda tidak mudah menembak perasaan sekitar anda. Saking sulitnya percaya dengan orang lain, anda harus memilih orang yang tepat untuk mendengarkan keluhan anda.
Bahagian Bibir Atas dan Bawah Tebal


Menyenangkan adalah sifat anda pemilik bibir tebal, sehingga banyak yang menyukai anda. Guyonan anda akan membuat orang-orang sekitar anda merasa terhibur dan betah berlama-lama di dekat anda.

Menurut anda hidup ini “berharga” jadi ketika anda mempunyai kesalahan, anda akan terus menebus dosa atau kesalahan anda sampai anda menjadi seseorang yang lebih baik lagi dan lebih-lebih baik lagi dari sebelumnya.

Kedamaian adalah impian anda, untuk itu anda akan sangat marah besar saat ada yang ingin merusak kedamaian anda. Kesenangan hidup adalah prioritas anda, sekali dirusak, anda akan bertindak tegas dan keras.

Banyak yang beranggapan memiliki bibir tebal berarti banyak bicaranya. Pernyataan tersebut benar, anda doyan berbicara panjang lebar dan di luar topik inti pembicaraan. Apalagi jika sudah membicarakan mengenai pengalaman hidup anda, dengan senang hati anda akan membeberkannya secara lengkap dan jelas.

Tak jarang banyak orang yang ingin diberi saran oleh anda, selain memang anda mudah bergaul dengan orang baru. Anda juga dengan enteng menceritakan pengalaman anda tanpa ada yang anda tutupi. Dengan demikian anda termasuk banyak memiliki teman tanpa batasan usia maupun latar belakang.

Bagian Bibir Atas Tipis dan Bibir Bawah Tebal


Sifat anda yang menonjol adalah dermawan, anda akan terbuka untuk mengulurkan bantuan dengan ikhlas. Anda tidak pernah terbebani dengan amal, walaupun anda sendiri sedang mengalami kesulitan dalam hal materi. Iya sifat dermawan anda lebih tinggi daripada memikirkan diri sendri.

Murah hati juga milik anda pemilik bibir tipis di bagian atas dan tebal di bagian bawah. Anda akan banyak bicara saat dipancing lawan bicara, sebelum dipancing anda akan biasa saja. Banyak yang meminta saran kepada anda, karena hampir rata-rata saran anda bagus dan baik 
loading...

TERBONGKAR AKHIRNYA MISTERI MOTORSIKAL YAMAHA 135LC DAN YANG PALING TERKEJUT ADALAH....





KAMPAR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam Sungai Peria, dipercayai maut akibat kemalangan pada 27 Ogos lalu, lapor Harian Metro. 

Mangsa yang merupakan Orang Asli, Akong Husin, 62, ditemui bersama dengan motosikalnya Yamaha 135LC di dalam Sungai Peria oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang pada Sabtu lalu. 


"Siasatan awal mendapati, mangsa yang dilaporkan hilang Sabtu lalu dipercayai mengalami kemalangan pada 27 Ogos jam 4 petang ketika mangsa menunggang dari Sungai Siput Selatan menghala ke Pos Dipang. 

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan lalu melanggar tembok sebelum terjatuh ke dalam Sungai Peria," katanya. 

Akibat dari kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
loading...

Perhatian! Bahaya Gunakan Botol Susu Sudah Lebih Dari 3 Bulan Kesannya Mengidap Penyakit Yang Berbahaya Dan Yang Paling Takut Penyakit No 7




Mahal macam mana pun botol, tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut dan menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangat tidak relevan (kecuali belum digunakan).

Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat, 

"Eh? Berapa lama eh boleh tahan botol susu ni? Takkanlah selama-lamanya pula?"

Pernah tak terfikir perkara yang sama? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita itu? Apa kesan sampingannya juga menggunakan botol susu yang terlampau lama kepada anak? Tahu tak?

Rupa-rupanya, bahaya guna botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free itu, paling maksimum pun 6 bulan sahaja tempoh penggunaannya. 

Apa itu Bisfenol A (BPA)?

Bisfenol A (BPA) ini bahaya terhadap keluarga kita khususnya bayi. BPA adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna. Antaranya:
  1. Botol susu bayi
  2. Botol air mineral
  3. Bekas makanan
  4. Teether bayi
Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Jangka Hayat Botol Susu

Jika botol susu ada BPA, jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang. Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.

Kesan BPA Terhadap Kesihatan & Bayi
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:
  1. Baligh awal
  2. Kanser payudara
  3. Kanser prostat
  4. Penyakit jantung
  5. Obesiti
  6. Kencing manis
  7. Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon!
Faktor pengaruhi larut resap BPA ke dalam makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya:
Kepanasan (api/matahari)
Calar
Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Tips Mengelakkan BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini. Tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan microwave ataupun direbus. 
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin. Pilihyang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilihlah dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan plastik daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan dan minuman panas. 
  3. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adaah polikarbonat (elakkan kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  4. Jika mahu membungkus sup atau air panas dair penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik. 
  5. Jangan biarkan air dalam botol dan berjemur di dalam kereta yang kemudian diminum. 
Tips elak BPA pada botol susu anak anda
  1. Gunakan botol susu daripada kaca atau stanless steel. Ianya tahan lama dan tidak perlu risau tentang BPA atau boleh gunakan juga botol plastik yang bebas BPA. Tetapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan. Elakkan menggunakan botol polikarbonat.
  2. Jika anda menggunakan botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak di dalamnya. 
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span. Bukan guna berus sawai untuk untuk basuh botol bayi.
  4. Gunakan Sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda
Bila botol anak perlu ditukar segera?

1. Kesan calar pada botol
  • Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
2. Sterilizer
  • Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
3. Warna botol
  • Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol.
4. Bau
  • Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
5. Sabun Pencuci Botol
  • Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.
Sekarang sudah tahu kan? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu semua. Buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang. - Maya Darwish
loading...