BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Seri Manjung | Berita Hangat Terkini!!!

Tags



IPOH: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Seri Manjung, kira-kira 85 kilometer dari sini, meningkat kepada 101, iaitu paras tidak sihat setakat jam 2 petang ini. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Abdul Razak Abdul Manap, berkata pihaknya kini masih mengumpul data dan sedang menentukan trend bacaan IPU berkenaan. "Sekarang kita masih dalam peringkat melihat trend bacaan dan punca kenaikan menggunakan pendekatan yang ditentukan jabatan. "Selebihnya, sekiranya bacaan semakin tinggi, kita akan melaksanakan tindakan mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata, pihaknya ketika ini sudah bertindak dengan melaksanakan pemantauan untuk memberi maklumat semasa dan paling terkini. "Kita sudah mengarahkan pegawai membuat rondaan dan kajian di sebarang lokasi yang menjadi punca IPU tinggi. Ia mengambil masa kerana kita perlu membuat penilaian di kawasan yang luas," katanya.



loading...