Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang, Tukar Cara Berfikir

Tags




Berkongsi pengalaman setelah bergelar bapa pada 31 Mei lalu kepada anak sulungnya, Alisha Anugerah, Alif Satar menyatakan bahawa kini dia belajar banyak perkara dalam menguruskan kehidupannya.


“Setiap fasa itu ada banyak perkara yang boleh dipelajari. Pengalaman itulah yang mendewasakan seseorang itu dari sudut fikiran mahupun tindakan. Kehadiran Alisha sejak beberapa bulan lalu diakui telah menukar cara saya berfikir dan bertindak”


“Kalau dahulu ketika bujang, lain halnya sebab hanya seorang diri. Apabila sudah berumah tangga pula, dalam setiap keputusan yang dibuat, perlu juga memikirkan keadaan atau perasaan isteri”

“Kini, apabila memasuki fasa baharu sebagai seorang bapa, lain pula caranya. Di awal kelahiran Alisha, saya telah pun bersedia akan tanggungjawab menjadi bapa. Saya cuba menukar rutin harian secara perlahan-lahan untuk mengadaptasi keadaan sekarang,” jelasnya kepada Utusan Online.

Selain itu, Alif juga menyatakan bahawa dia masih meneruskan minat dan hobi sama seperti zaman bujang dahulu, cuma masanya disingkatkan tanpa perlu mengorbankan apa-apa. Apa pun, semoga keluarga kecil ini akan bertambah bahagia.


7 - Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang - ROTIKAYA



1 - Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang - ROTIKAYA




3 - Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang - ROTIKAYA





4 - Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang - ROTIKAYA




5 - Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang - ROTIKAYA




8 - Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang - ROTIKAYA




9 - Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang - ROTIKAYA




10 - Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang - ROTIKAYA

loading...