Dalam Majlis Besar Tiba-Tiba Lauk Tak Cukup Dan Orang Ramai Mula Huru-Hara!




Dalam Majlis Besar Tiba-Tiba Lauk Tak Cukup Dan Orang Ramai Mula Huru-Hara! 

Dalam Majlis Besar Tiba-Tiba Lauk Tak Cukup Dan Orang Ramai Mula Huru-Hara! Lelaki Ini Datang Dan Sembur Dengan Ayat Ini Buat Orang Ramai Sentap Dan Terduduk Diam!

Dia merungut.

"Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah dan Allah yang menentukan apa yang kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan makanan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang untuk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dapat makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada miskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalinkan ukhwah itu yang lebih utama.

Dia terdiam, merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kepada hakikat rezeki ditangan Allah SWT. Jika pergi kenduri, apa yang tersedia itu rezeki kita, sedap atau tidak, berkenan atau tidak, tinggal kuah dan nasi sahaja ker, itulah rezeki kita. Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut, kita sebenarnya merungut dengan takdir dan rezeki dari Allah SWT. Tidak ada tuan kenduri yang mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kepada ketentuan Allah SWT. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga, apa yang ada itulah rezeki kita.

Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah untuk ikan tamban kering) dengan sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri kita yang penat penat memasak untuk kita. Jika tiada rezeki, lauk dimasak jadi hangit, periuk terbalik, ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan tentukan.

Berlapang dadalah sebelum menuding jadi menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan Allah SWT. Jika nak makan sedap, nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan, bersyukurlah dengan apa yang ada. Bukankah ini lebih baik, anda pulang dari jamuan dengan rasa lega dan redha. Semoga Allah SWT meredhai orang yang sentiasa bersyukur diatas nikmat dan kurnian dariNya. In Sha Allah. Amin


loading...