"KETIKA di Mina untuk melontar jamrah, saya tertinggal sebuku sabun yang dibalut dengan sehelai plastik merah di dalam bilik mandi, Ketika masuk ke bilik air, saya hampir pengsan kerana . . .





"KETIKA di Mina untuk melontar jamrah, saya tertinggal sebuku sabun yang dibalut dengan sehelai plastik merah di dalam bilik mandi, Ketika masuk ke bilik air, saya hampir pengsan kerana . . .

Kadang-kadang kita terfikir adakah ini ujian dari Allah atas apa yang kita lakukan di dunia ini ataupun disebabkan kelalaian kita sendiri. Sebenarnya ianya adalah ujian dari Allah untuk menyedarkan kita dari terus alpa dengan duniawi.

Bersama-samalah kita ambil iktibar dan akan terus menambahkan ketakwaan kita kepada Allah swt.
kisah pelik, kisah aneh

KES 1:

KETIKA di Mina untuk melontar jamrah, saya tertinggal sebuku sabun yang dibalut dengan sehelai plastik merah di dalam bilik mandi. Saya menyesal kerana sabun itu baru sekali dipakai.
Sepanjang perjalanan dari Mina ke hotel di Makkah, saya asyik teringatkan sabun itu. Setiba di Makkah, saya bersiap-siap untuk mandi dan membawa sebuku sabun baru.

Ketika masuk ke bilik air, saya hampir pengsan kerana di depan saya ada sabun dalam plastik merah. Saya amati sabun itu dan saya kenal, itulah sabun yang saya gunakan sewaktu di Mina.

Saya bertanya kepada teman-teman sebilik
sama ada mereka membawa balik sabun tersebut. Tetapi, mereka semua menafikan perkara itu. Lalu saya fikir kembali, kalau bukan mereka yang membawa balik sabun saya itu dari Mina ke Makkah, mustahil mereka yang meletakkan sabun itu dalam bilik air kami. Ini kerana sayalah orang pertama yang masuk ke dalam bilik air hotel itu sebaik-baik kami tiba dari Mina.
Saya beristighfar dan bersyukur berkali-kali. Hebat sungguh kuasa-Mu, Ya Allah. -- SULAIMAN.

KES 2:
Dalam perjalanan di lebuh raya dari Madinah ke Makkah, bas kami singgah di sebuah kawasan rehat, seperti kawasan rehat R&R di lebuh raya Utara Selatan di Semenanjung Malaysia, untuk makan dan minum atau sekadar berehat. Sewaktu semua penumpang turun dan menuju ke kedai, seorang jemaah wanita turun dahulu dan terus ingin menuju ke seberang jalan.

Saya lantas mengikutinya dan bertanya: 'Mak Haji nak ke mana?'
Jawabnya, 'Aku nak balik ke rumah aku... tu di sebelah sana jalan.' Saya lihat warna matanya seperti seorang yang sedang marah.

Saya terus berkata kepadanya: 'Mak Haji, kita berada di Makkah, bukan di Singapura.'
Saya lantas membaca ayat Kursi dan menghembuskan ke arahnya. Dia tiba-tiba tunduk dan mengikut kami semua menuju ke kedai makan. -- MUHAMMAD ISKANDAR.

KES 3:

INI cerita dari ayah saya dalam musim haji 1993. Biasanya selepas solat isyak di Masjidil Haram, ayah tidak terus pulang ke hotel. Setelah sekitaran lengang barulah ayah berjalan pulang dan akan makan malam di ruang makan hotel yang disediakan oleh agensi haji bersama-sama jemaah yang lain.

Setibanya di situ tempat sudah penuh. Meja-meja yang masih kosong hanya di ruang tengah tempat itu. Tiba giliran ayah mengambil nasi dan terus duduk di ruangan yang kosong itu.
Ayah baru sahaja meletakkan punggungnya di kerusi, tiba-tiba beliau ditegur oleh pengurus agensi. Katanya 'Encik Haji, tempat ini sudah saya reservedkan untuk VIP. Encik Haji cari tempat lain.'

'Hai? Di Tanah Suci, musim haji pun masih ada pilih bulu? Masih ada VIP?' sindir jemaah-jemaah yang lain di situ, yang bersimpati pada ayah. Rupa-rupanya sebelum ayah, ramai jemaah lain sudah terkena. Mereka terasa kecil hati dan melepaskan geram. Ayah relaks macam tidak ada apa-apa berlaku.

Pada waktu yang sama, muncullah para VIP yang dimaksudkan. VIP yang terpenting itu rupa-rupanya sahabat lama ayah, rakan sekolah dan teman sedarjahnya.
Mereka saling bertegur sapa dan bertanya khabar. Maklumlah, sudah sekian lama tidak bertemu. Mereka berbahasa 'engkau' dan 'aku'.
Kemudian, VIP (sahabat ayah) mempelawa ayah makan bersama-sama semeja dengannya. Malahan duduk makan bersebelahan.

Jemaah-jemaah haji yang lain, apa lagi, terus menegur pengurus agensi tadi. 'Lain kali jangan tengok orang macam tidak ada mata, jangan pandang kecil dan hina seseorang. Kerana hendak mengampu, awak kelaskan diri manusia. Tengok apa sudah jadi?'

Pengurus agensi itu duduk diam membatu dan malu. -- MARINI.

loading...